Wednesday 31 October 2012

Allah Wahyukan Kitab Kepada Rosulullah untuk Gantikan Dengan Yang Lebih Baik.

Allah menguji manusia bergantung kepada kemampuannya,Allah tidak menguji di luar kemampuan manusia.
Allah menurunkan kitab kepada kaum terdahulu,contohnya pada zaman nabi Musa, Allah turunkan taurat, di dalamnya Allah mengharamkan kepada bani Israel memakan binatang berkaki 4 kerana kederhakaan mereka kepada Allah.

Selepas terpisah lama nabi-nabi, Allah utuskan Isa Ibnu Mariam, dan Allah wahyukan kepadanya kitab Injil.
Di dalam Injil, ada yang Allah kekalkan dan ada yang Allah gantikan dengan ayat yang lebih baik.
Jika mereka mengikut Isa Ibnu mariam ketika itu, nescaya sucilah mereka daripada dosa-dosa sebelumnya.

Allah tidak membebankan manusia dengan apa yang dia tidak mampu... Allah wahyukan injil,ada yang Allah kekalkan dan ada yang Allah gantikan dengan yang lebih baik.

Selepas itu, Allah wahyukan Al-Quran kepada hambanya,Nabi Ahmad salallah alaihi wasalam, seorang Nabi berbangsa Arab, dalam kelompok masyarakat Arab, Allah tidak mengutuskan dari bangsa Ajam dalam kelompok masyarakat Arab, jika Allah utuskan bangsa Ajam,nescaya mereka enggan untuk beriman, ini turut dijelaskan di dalam Quran.

Sebelum Allah wahyukan kitab Al-Quran,ada sebahagian ahli kitab yang sudah menjangkakan kemunculan Al-Quran, setelah Al-Quran diwahyukan,mereka membacanya,bercucuran air mata mereka sebagai tanda berterima kasih kepada Allah S.W.T

ada yang Allah kekalkan dan ada yang Allah gantikan dengan ayat yang lebih baik.

" Ada yang Allah gantikan dengan ayat yang lebih baik"

Allah tahu kemampuan hambanya, Allah itu maha pengasih,maha penyayang
kemunculan Rosulullah S.A.W adalah untuk menyucikan dosa manusia,

bila saya menyebut mengenai 'menyucikan dosa manusia', bukannya saya mengikut apa yang di ajar dari agama kristian, tetapi Allah sendiri menyebut di dalam Al-Quran bahawa orang yang tidak mahu mengikut Rosulullah S.A.W adalah orang yang tidak mahu menyucikan dosanya. Contohnya Walib bin Mughirah.

Orang muslim tidak boleh mengikut ajaran kristian, tetapi dibenarkan oleh Allah S.W.T untuk kembali kepada persamaan dengan mereka.

Sebagai contoh:
dalam agama Nasrani, disebut lembu warna merah tua,
dalam agama  Islam , disebut lembu warna kuning tua,
kalau kita lihat lembu di padang, ada yang warnanya merah tua, ada yang warnanya kuning tua.
Kita sebagai orang islam, percaya pada warna kuning tua.

Contoh lain:
dalam agama Nasrani, Nabi adam dijadikan daripada debu.
dalam agama Islam, Nabi adam dijadikan daripada tanah.
berdasarkan tafsiran Al-Quran, Nabi adam dijadikan daripada 'tanah kering'.

Allahualam Bissawat.