Thursday 25 August 2011

Ayat Pokok Cherry Part 2 : Pasal Jodoh.. Let's Cool


Bismillahirahmanirahim....

Tuhan telah tetapkan jodoh seseorang itu sejak azali lagi....

Jika ada Seseorang yang anda sangat cinta padanya....
 Don't worry.. be Cool!!
JIKA dia jodoh anda...  
Allah akan tutup pintu hati dia untuk mencintai orang lain,
 Walaupun berapa ramai orang yang dia temui....
Walaupun berapa hebat orang yang datang ...
Walaupun berapa banyak ayat power yang dilemparkan...
(Nak banyak lagi,tambah "walaupun" anda sendiri!!)
.....sehinggalah dia menemui anda, barulah pintu hati dia terbuka.

Bagaikan setangkai anak kunci... 
hanya satu sahaja yang dapat membuka kunci.
Andalah kuncinya...

JIKA dia bukan jodoh anda...
Anggaplah itu semua ketentuan dari yang maha mengetahui,
Dia yang menciptakan kita semua,
Dia lebih mengetahui tentang kita semua.

Kita patut rasa berterima kasih kepada Allah dengan apa jua ketetapannya,
Alhamdulillah!
Lagi pun, kita tak bayar "Seposen" pun dengan ketetapan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.
Kepada kita semua.


LegNote: bab kata hati yg "rebel" kebanyakan owang, nak dia jugak! xde dah owang laen.

Wednesday 24 August 2011

Kenapa Beruk Ekor Pendek Dan Kera Ekor Panjang?



Jawapan Saya ;

Beruk dan kera biasanya tinggal pada habitat yang sama,
beruk lebih besar daripada kera,
beruk lebih kuat daripada kera,
kera akan menjadi mangsa kepada beruk.

Jika Allah jadikan kera ekor pendek seperti beruk, kera tidak dapat melarikan diri
daripada beruk, disebabkan kera mempunyai ekor panjang, jadi kera dapat melarikan diri
ke hujung ranting dengan bantuan ekor nya, dimana tempat itu tidak boleh di capai oleh beruk.

Kalau Allah jadikan beruk ekor panjang seperti kera, ke mana kera nak melarikan diri daripada beruk?

Psst: A Beruk can't catch A Keraaaaa





Sunday 14 August 2011

Tidak Boleh Menipu Hal Agama

Kita tidak boleh mengunakan agama untuk menipu orang lain demi kepntingan sendiri, biasanya kalau menggunakan agama untuk menipu orang lain akan terkena perkara misteri atau ditimpa bala.

Ada satu cerita yang terjadi di kampung kami, seorang lelaki berniat untuk merampas tanah orang lain dan bersumpah palsu di hadapan Al-Quran di mahkamah. Semasa dalam perjalanan pulang, sebatang pokok menimpa keretanya, pokok itu betul-betul menimpa diatasnya, dia seorang sahaja yang meninggal dunia dalam tragedi itu sedangkan orang lain di dalam kereta semuanya selamat.
kisah tauladan ini sudah agak lama terjadi dan diceritakan kepada kami.

Adakah berani untuk menipu orang lain demi kepentingan sendiri dengan menggunakan agama,contohnya Al-Quran dan sebagainya, cuba bayangkan jika mati tiba-tiba sebelum sempat bertaubat, alangkah penderitaan di akhirat berpanjangan.....
Aunzubillah!

Tuesday 9 August 2011

Sebelum Dan Selepas Nabi Yusof Menjadi PeMiMpiN

Sebelum Nabi Yusof jadi pemimpin:
Ayat 4: Surah Yusof
(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku". 


Selepas Nabi Yusof menjadi pemimpin
Ayat 100: Surah Yusof
Dan ia dudukkan kedua ibu bapanya (bersama-samanya) di atas kerusi kebesaran. Dan setelah itu mereka semuanya tunduk memberi hormat kepada Yusuf. Dan (pada saat itu) berkatalah Yusuf: "Wahai ayahku! Inilah dia tafsiran mimpiku dahulu. Sesungguhnya Allah telah menjadikan mimpiku itu benar. Dan sesungguhnya Ia telah melimpahkan kebaikan kepadaku ketika Ia mengeluarkan daku dari penjara; dan Ia membawa kamu ke mari dari dosa sesudah Syaitan (dengan hasutannya) merosakkan perhubungan antaraku dengan saudara-saudaraku. Sesungguhnya Tuhanku lemah-lembut tadbirNya bagi apa yang dikehendakiNya; sesungguhnya Dia lah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.