Tuesday 30 October 2012

Ibu Ayah


Kita menyembah hanya kepada Allah,dia lah tuhan yang satu, tiada sesuatu pun yang layak untuk disekutukan dengan Allah, Subhanallah!

Kita patuh kepada Allah dan RosulNya...
Selepas itu, patuh kepada ibu bapa...

Setinggi mana pengorbanan kita kepada ibu bapa, tidak dapat kita membalas setitis susu ibu yang disuapkan kepada kita ketika kita kecil.

Berlemah lembutlah bila bersuara dengan ibu bapa, jagalah hati ibu bapa.
Bila dewasa ini,suara saya yang paling lemah lembut adalalah ketika saya bercakap-cakap dengan ibu saya.
Besarkah nilai menunaikan kebajikan ibu bapa, jika selepas itu kata-kata kita dapat menguriskan hatinya.
Selepas bertanggungjawap kepada kebajikan kepada ibu bapa, maka, jagalah hatinya selepas itu.

'Ibu' kita adalah yang melahirkan kita sahaja....
Isteri Nabi adalah memegang gelaran 'ibu', isteri Nabi bukanlah ibu yang melahirkan kita, tetapi gelaran itu diberi oleh Allah S.W.T.

Sesiapa sahaja yang melahirkan anak adalah ibu...
yang mendapat gelaran ibu di sisi Allah S.W.T adalah isteri-isteri Nabi salallah alaihi wasalam

.....................................................................................................
Ada orang lelaki menuntut ilmu agama sebaik mungkin, menjaga maruah diri, bila hendak berkahwin, ingin memilih pasangan yang baik-baik dan bermaruah, zaman hari ini, nak cari wanita yang bermaruah serta menutup aurat agak susah, kalau ada pun beberapa kerap daripada kalangan anak-anak gadis pak tabligh atau ustaz pondok.

Contohnya,Selepas itu dia dapat berkahwin dengan anak orang tabligh, baik dan berpurdah, kerana itu adalah ciri-ciri wanita yang diingininya, selepas dapat anak orang, lain pulak yang terjadi, pandangan dia dan pak mertua tak secocok, dia selalu pertikai apa yang dibuat oleh mertua dan jemaahnya.

Kerana dia tidak menghormati pandangan mertuanya....
Maka adillah sampai satu masa dan ketika,dia mendapat menantu yang terbaik yang tidak menghormati pandangannya......
....................................................................................................