Thursday 23 June 2011

Asal sebut nama, mesti terserempak


Kalau aku tersalah sebut nama orang tu, biasanya aku akan terserempak dengan orang tu...
ni salah satu cerita yang tersalah sebut.

2 bulan lepas,Kawan aku mengadu sakit gigi, aku temankan dia ke hospital...
sampai kat hospital, tiba2 keluar seorang nurse yang cantik...
tiba-tiba kawan aku mengomel.. ehhh, nurse ni, cantiklah, macam puan wardina lah..........
balas aku, canik ke Wardina (Puan Wardina), tak pernah tengok pun kak luar, tengok kat TV jer...
kak luar tak sama kot?

wei kuat kau cakap, nanti dia dengar, bini orang kot?
Tiba-tiba dia menggelengkan kepala...
kau pun cakap kuat jugak, dia dengar tu! dia geleng kepala tu!

Alahhh.. bukan kita nak kacau dia, kita cakap dia cantik salah ke?
kalau aku ada bini, orang cakap bini aku cantik, aku suka jer...
aku tanya dia balik, Lu jealous ker brother?
Kalau kacau2, sorry arr.. cuba try kalu nak makan nasi ikut wire kat wad kecemasan.


2 hari kemudian, aku dan kawan keluar jalan2 sekitar KL, singgah suria KLCC jap...
sebaik sahaja masuk waktu solat maghrib, kami bergegas ke masjid sebelah suria KLCC.

Masa nak solat maghrib tu, ternmpak Puan Wardina sedang mendukung anaknya ditemankan suaminya.

Ehh, dua hari lepas kau cakap tak pernah tengok dia kat luar, hari ni dah terserempak dengan dia.
Aku memang macam ni selalu.. pantang sebut nama sapa-sapa, tak lama lepas tu mesti jumpa.