Friday 30 September 2011

Ubat Dan Formula Matematik : 12-(a+b)//9-b , dgn izin Allah.

12-(a+b)//9-b ...... Nombor sali kepada nombor bulat.   //,simbol
3+n2-n1 -> 9-b ......Nombor bulat kepada nombor Sali.  ->, simbol.


Contohnya:  8->2  (a->b)

a=8 , b=2.
12-(8+2)//9-2 = (12-10)//7
                      = 2//7
                      = 2(10) + 7
      Jadi,         = 27 = (8->2)

27 ,  (n1n2)
n1=2, n2=7.

3+n2 -n1 -> 9-n2
3+7-2      -> 9- 7
            8 -> 2 = (27)

Kedua-dua penyelesaian itu membuktikan bahawa 8->2 = 27.
Anda boleh memasukkan nombor yang lain dalam persamaan itu.
Satu lagi yang saya tertinggal,
// = 10a+b.

LegNote : Formula Matematik ini ada Trade Secret (sumber) tersendiri, seperti mana rempah KFC ada Trade Secret (sumber rempah) sendiri. Orang lain tidak boleh menipu dengan mengaku hasil ciptaan orang lain adalah miliknya. So, macam tolong promosi kat orang lain.

Yang saya tunjuk diatas  ini adalah tentang formula matematik,
Bukan saya yang pintar, tapi tuhan yang memberi  ilham kepada saya untuk menciptanya.
Manalah tahu,selepas ini, tuhan berikan saya keajaiban yang lain.
Contohnya,
Tuhan berikan saya orang gila
Lepas tu saya dapat ubati orang gila dengan izinNya.
Tuhan berikan saya orang lumpuh
Lepas tu saya dapat ubati orang lumpuh dengan izinNya.
Manalah tahu Jika suatu masa nanti ,saya berjumpa dengan seorang Pakcik yang mempunyai anak yang cun...
Gamaknya, Peluang yang cerahlah untuk saya memilikinya. hehe.

Monday 26 September 2011

Perkara Pelik Pasal Penzina


(Azab Allah pada penzina amat berat di akhirat dimana kemaluannya ditusuk-tusuk)

Berikut adalah cerita dan bukti azab Allah kepada penzina semasa hidup di dunia lagi.

1)Bangkok-Thailand. Polis Thailand menyerbu sebuah pusat pelacuran yang terkenal dan mendapati seorang pelacur telah mati selepas 2 jam melakukan zina dengan pelanggannya. Keadaan pelacur itu amat mengerikan,pihak polis mendapati wajah dan tubuh pelacur itu hitam terbakar. Gambar diatas.

2)Seorang ustaz menceritakan suatu kejadian yang berlaku di Melaka apabila seorang isteri berzina dengan teman lelaki simpanannya ketika suaminya bekerja. Ketika berzina,tubuh kedua-dua pasangan itu melekat dan tidak dapat dipisahkan. Ketika pasangan ini dibawa ke hospital untuk dibedah,salah seorang pasangan itu telah meninggal dunia.

3)Negara Arab. Seorang penceramah terkenal menceritakan tentang seorang remaja lelaki yang warak dan taat pada agama. Ketika bercuti,dia telah bertemu dengan seorang wanita. Bermula dengan minum arak, pemuda tersebut dipaksa oleh wanita untuk minum air kencing setan itu. Setelah dipaksa,dia tewas. Dia minum arak bersama wanita itu hingga mabuk. Selepas mabuk,wanita itu membawa pemuda itu ke sebuah hotel berdekatan. Wanita itu mengajaknya melakukan zina dan pemuda itu bersetuju. Selepas berzina,pemuda itu meninggal dunia serta merta di atas katil.

4)Negara Arab- Sepasukan ahli Jabatan Agama bahagian pencegah maksiat melakukan serbuan di sebuah hotel mewah yang menjadi sarang pelacuran. Ketika tiba di satu bilik,semua anggota terkejut melihat seorang wanita dan dua lelaki bertelanjang bulat mati di atas katil tanpa sebab.

Info ini Dipetik daripada laman web dibawah:
http://pendekar-hud.blogspot.com/2011/05/azab-allah-pada-penzina.html

Friday 23 September 2011

Tahu Tersilap Tapi Tidak Tahu Tempatnya

Bismillahirahmanirahim.

Setiap Manusia melakukan kesilapan
Cara untuk memulangkan kesilapan kita adalah
Bertaubat kepada yang Satu
Dialah penerima ampunan
Tanpa membeza warna kulit dan pangkat
Dialah pemberi rezeki
Tanpa mengira kafir atau muslim
Banyak atau sikit
Malas atau rajin


Jika kita tahu silap kita
Tapi tidak tahu dimana punca silap kita
Tidak perlu kita memcari puncanya
Jika kita tidak akan bertemu puncanya
Terus bertaubat
Jika kita tahu silap kita
Tempat kita tahu itu adalah silap kita
Kalau kita tidak mengakuinya
Itu sudah dikira sombong, ego dan takbur.
Biarlah kita malu didunia
Asalkan jiwa tenang sepanjang masa
dengan penyesalan kita
Daripada kita takbur
yang membuat kita gelisah sepanjang waktu.

Iblis tahu dia disesatkan Oleh Allah S.W.T
Dia kecewa disesatkan
Dia tahu tapi akhirnya dia sanggup menerima kesesatan itu
Semata-mata kerana malu
untuk tunduk kepada makhluk
yang lebih rendah darjat daripadanya.

Tuhan Terimalah Taubatku !!

Thursday 22 September 2011

Lalat Tidak hinggap diatas Rosul ?????


Ada orang berkata, lalat tidak hinggap diatas Rosulullah S.A.W,
Berdasarkan kisah-kisah Nabi dan Rosul di dalam Al-Quran, ada diantara mereka
Yang terkena penyakit teruk sehingga berulat-ulat, ada yang hidup sederhana, ada yang menjadi peminpin yang hebat yang tidak lalai dengan tanggungjawap,ada yang kaya, ada yang miskin dan sebagainya.

Cuba kita fikirkan?
Jika kaki berulat-ulat, darimanakah datang ulat itu?
Biasanya, ulat-ulat terjadi disebabkan oleh hinggapan lalat.
Belum ada lagi fakta yang menyatakan bahawa ulat-ulat dalam daging manusia  terbentuk disebabkan selain daripada hinggapan lalat.
Allah boleh jadikan begitu dengan izinNya
Allah boleh jadikan apa sahaja dengan kehendaknya.
Allah jadikan Nabi Isa tanpa bapa
Allah jadikan Hawa daripada tulang rusuk adam.
Semua itu diberitahu oleh Allah S.W.T di dalam Al-Quran
Dan bukannya kita tahu sendiri tanpa diberitahu (Oleh Alah S.W.T).


Malah, ada ayat Al-Quran yang bermaksud lebih kurang begini:
Berkata orang-orang kafir, Lalat tidak hinggap di atas hidung Rosul...

Allah sudah kategorikan hambanya melalui kata-katanya,
Maka, kita akan kenal manusia yang akan menjadi penentang kepada perintah tuhan
DI MASA HADAPAN.............

Friday 16 September 2011

Rahsia Mudah Nak masuk syurga Berdasarkan Al-Quran

Diantara syarat-syarat mudah yang difirmankan oleh Allah S.W.T di dalam Al-Quran untuk masuk syurga adalah : Buat Tiga perkara ini,

1. Jangan Tinggal Solat (Keep perform solah/worshipping god)
2. Bersedekah.
3. Membaca Al-Quran (dan maknanya sekali - kerana kita bukan orang arab yang faham bahasa arab)

So, jika buat 3 perkara diatas, berbahagialah di hari akhirat, itu adalah janji tuhan di dalam Al-Quran.
Bukan janji manusia dan sesiapa.
Nampak macam senang untuk buat 3 perkara diatas... tapi tidak sampai 1% pun orang disekeliling kita yang cukup syarat diatas.


LegNote :
Solat kita... tanda kita sujud dan patuh kepada Allah S.W.T
Sedekah kita... Tanda kita kasih dan simpati sesama manusia, mudah-mudahan Allah simpati kepada kita untuk dihumbankan ke dalam neraka,Simpati di balas dengan simpati.
Membaca Al-Quran.. Untuk kita memahami ayat-ayat nya dan patuh kepada ayat-ayat nya, barulah kita terasa bahawa dunia ini bagi orang yang beriman bagaikan penjara, dan kubur bagaikan taman syurga.

Syurga itu hak Allah, Dia Boleh memilih kepada sesiapa yang dia hendak berikan... Sekuat mana amalan kita, hanyalah untuk mendapat redha Allah ke syurga... Tapi, sebanyak mana sekalipun amalan kita,untuk membayar harga sebiji mata yang dianugerahkan Allah S.W.T kepada kita, tidak mampu untuk kita berbuat sedemikian, tidak sama nilainya.


 Jika tidak pandai membaca Al-Quran?
 -Jika tidak pandai membaca Al-Quran daripada huruf-hurufnya,membaca dengan cara mengahafal bacaannya,bagus jugak, lebih tepat bacaannya.

Kepada kawan2 Yang Nak Jadi Samseng

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Orang laki-laki yang paling dibenci oleh Allah ialah orang yang keras kepala lagi suka bertengkar.” (Hadis Riwayat Muslim)

Monday 12 September 2011

Jika Kisah Adam Dan Hawa Berulang?



Jika Aku Adalah Adam
Kau adalah Hawa....
Siapakah?
yang merancang sehingga Adam dan Hawa
bertelanjang bulat jatuh ke bumi.

Adam sangat inginkan teman hidup
maka dijadikan hawa untuknya

Bila sebut Adam
Seluruh lelaki adalah Adam
Bila sebut Hawa
Seluruh Wanita adalah Hawa.

Maka datang lah adam ke tempat
seperti dalam perjanjian
kali ke empat
Hawa sudah menanti
menanti dengan senyuman manis

Di hadapan terhidam
makanan dan minuman
Adam sudah diberi alamat
supaya berjaga-gaja dengan makanan dan miniman
ADAM TERLUPA
Hawa kata tidak mengapa
Demi Kau dan Aku untuk terus bersama sampai syurga

Adam dan Hawa
Makan dan minum semua yang ada
Dalam banyak-banyak gelas
Ada gelas arak yang tidak diberitahu
Maka adam tidak sedar diri
Hawa separuh sedar
Dibawa oleh mereka ke hotel
Sebaik sahaja sampai di hotel
Empat minit kemudian
Datanglah malaikat ibu negeri
Berpakaian serba putih
Mengetuk pintu dan memberi salam
Adam dibawa keluar dari kamar
Maka Bermulalah kisah baru
Adam dan Hawa

Adam masih suci
Tuhan selamatkan dia dalam rancangan itu.
Adam tidak menyentuh hawa
Melainkan selepas mereka disatukan secara halal.

Wednesday 7 September 2011

Terkenang Arwah


Ramadhan baru saja berlalu
kini kita berada dalam bulan Syawal
Bulan syawal adalah salah satu bulan mulia dalam kalender islam
Pada Zaman Rosulullah S.A.W dulu,
Pada bulan ini diharamkan berperang
Dan Semua masyarakat Arab mematuhi nya

Ini bulan Syawal, Ini bulan mulia!!

Apabila kita teringat.... Paling tidaknya memberi kesan Positif kepada Aktiviti kita
Dan mengubah kearah yang lebih baik daripada yang sepatutnya kita lakukan.

Ramadhan - Bulan yang sangat mulia dan diturunkan Al-Quran pada bulan ini.

Ketika Arwah bapa saya ada dulu, setiap kali berada di bulan Ramadhan, biasanya Arwah akan mengkhatamkan bacaan Al-Quran 2 kali, kalau dia tidak dapat menghabiskan 2 kali, dia meluahkan rasa kerugian, setiap petang saya selalu ternampak dia sedang membaca Al-Quran di penjuru rumah dan kini semuanya tingal kenangan dan sekali sekala terasa seperti dia masih ada..........

Ya Allah kasihanilah kedua ibu-bapaku seperti mana dia mengasihani aku ketika aku masih kecil.