Monday 31 October 2011

BaQaRah

 Alif Ba Ta..........
Alif(1) ba(2) ta(3) sa(4) ja(5) ha(6)qa(7) da(8) za(9) ra(10) zai (11).......


Ba(2) Qa(7) Ra(10) Ha(6)

  2  ,7
+    ,10 ,6
  2   8    6  (Jumlah surah Al-Baqarah)

Cantiknya Al-Quran, manusia tidak mampu membuat sepertinya, melainkan ianya wahyu daripada Allah S.W.T


Kebetulan :  Pointer yang saya dapat adalah:

CGPA  : 2.71
GPA    :  2.86
(Kalau macam tu dapat makan gulai kawah percuma la. Hee )

Al-Baqarah (Lembu Betina)


Pengajaran daripada surah Al-Baqarah adalah....
Pembunuh tidak lepas daripada proses keadilan, apabila berlaku pembunuhan, mereka saling tuduh menuduh diantara satu sama lain, sehinggalah tertangkapnya si pembunuh yang sebenar.

Tertangkapnya si pembunuh di gambarkan sebagai tertangkapnya Lembu betina(Al-Baqarah) yang diberitahu oleh Nabi Musa, seorang Nabi yang tidak lancar bercakap,Yahudi memanggil nabinya,Nabi Musa Alaihisalam sebagai Gagap.

Mereka hampir tidak dapat menemuinya, tetepi akhirnya dapat juga menemuinya.

Keadilan Tetap Terlaksana Akhirnya !!

Sunday 30 October 2011

3 Kumpulan



Kumpulan 1
- Mereka terbalikkan catatan Hadis dan Sunnah, mereka percaya, dengan melakukan dengan cara itu adalah akan  menemui perbuatan Rosulullah yang sebenar.
 
Kumpulan 2
- Mereka mengikut Hadis dan Sunnah tanpa mengira sama ada benar(sahih) atau palsu.

Kumpulan 3
- Mereka  mengikut Hadis dan Sunnah yang terbukti benar dan tidak bercanggah dengan Al-Quran.
  Saya berada di golongan ini.



Rosulullah S.A.W ada berpesan, Dajjal akan menterbalikkan ajaran, dan Al-Quran juga ada mencatatkan bahawa ada orang yang mengubah dengan melakukan yang terbalik.
Maka, betul apa yang dipesan oleh Rosulullah S.A.W

Rosulullah S.A.W ada berpesan, maknanya lebih kurang, setiap Rosul yang diutus akan berdepan dengan Dajal-dajal nya sendiri.

Jika setiap umat(pengikut) percaya akan Rosul dan Nabi itu... dia akan percaya sesiapa yang menentang Rosul itu atau menterbalikkan Rosul itu adalah Dajjal.........

Orang Kristian percaya wujudnya Anti-Nabi isa
Orang Islam percaya wujudnya Dajjal

Saturday 29 October 2011

Orang dahulu ada yang mengubah berita.


Orang dahulu ada yang mengubah berita yang disampaikan daripada Rosulullah kepadanya
mungkin atas sebab perkauman,cemburu dan sebagainya.

Contohnya,
Jika bangsa dia kulit hitam, dia akan memadam perkataan "kulit putih" dan menukar dengan
perkataan "kulit hitam".
Jika bangsa dia kulit putih, dia akan memadam perkataan "kulit hitam" dan menggantikan dengan
perkataan "kulit putih"
Jika bangsa dia hidung tinggi, dia akan tukar perkataan "hidung rendah" kepada perkataan "hidung tinggi"
Jika bangsa dia hidung rendah, dia akan tukar perkataan "hidung tinggi" kepada perkataan "hidung rendah"
Jika bangsa dia rambut kerinting, dia akan tukar perkataan "rambut lurus" kepada perkataan "rambut kerinting" dan sebagainya...

Tetapi orang dahulu tidak boleh mengubah ayat Al-Quran kerana terjamin hingga kiamat...
Hadis dan sunnah yang tidak bercanggah dengan Al-Quran adalah sumber rujukan selepas Al-Quran.

Al-Quran turut mencatat bahawa orang dahulu kala telah mengubah berita daripada Rosul-Nya.

Kemudian orang-orang yang zalim itu mengubah perkataan yang dikatakan kepada mereka
dengan melakukan sebaliknya; maka Kami turunkan ke atas orang-orang yang zalim itu bala bencana dari langit,dengan sebab mereka sentiasa berlaku fasik. - Ayat 59,Surah Al-Baqarah


Sunnatullah tidak pernah berubah...

Wednesday 26 October 2011

AAAAAAAAAAA

 BismillahiRahmaniRahim

Allah adalah tuhan dia
Ahad - bukan dua bukan tiga
Ahmad adalah nama dia
Arab adalah bangsa dia
Abdullah adalah bapa dia
Aminah adalah ibu dia
Aishah adalah isteri dia
Ali adalah pemegang amanah dia
Allahu Akhbar!!

Monday 24 October 2011

Muhammad

YAHUDI
  - Saya tidak tahu pasal yahudi, kerana orang yahudi berbahasa Hebrew, dan kitab Torah hanya boleh dibaca
     separuh sahaja oleh orang yahudi kecuali pendeta-pendeta yang berpangkat tinggi sahaja.

KRISTIAN
   - Di dalam Bible ada menyebut MUHAMMAD.
   - Dan Nabi Isa(Jesus) memberi tahu, bahawa selepasnya akan datang seorang
      Khalifah namanya AHMAD
   - Selepas itu muncul lah Baginda RosulullahSAW, baginda bersabda, namanya banyak,
      di antaranya adalah MUHAMMAD dan AHMAD.
      BagindaSAW yang membawa agama ISLAM.
      yang menjadi rahmat kepada seluruh alam.


ISLAM
   - Di dalam Al-Quran menyebut RosulullahSAW sebagai AHMAD dan perkataan MUHAMMAD di
     sebut sebagai yang terakhirnya, ada yang menterjemah sebagai penutup.
   - Pesanan RosulullahSAW adalah, selepasnya akan muncul seorang khalifah, baginda memanggilnya
     Mahdi/Mehdi/Mohdi
   - Baginda memberitahu bahawa namanya semacam namanya dan nama bapaknya semacam nama
     bapaknya.
     Jadi, ramai yang mentafsirkannya Mahdi/Mohdi/Mehdi sebagai Muhammad Bin Abdullah.


    Muhammad itu pembuka...
    Muhammad itu Penutup...

Friday 21 October 2011

Pegangan tanpa ragu-ragu.

1. Pegangan utama orang islam adalah Al-Quran
Kerana Al-Quran terjamin isi kandungannya sampai kiamat.

2. Hadis tidak dijamin Oleh Allah S.W.T akan kekal sampai kiamat
tanpa diubah oleh tangan manusia.

3. Jika kita menolak satu ayat Al-Quran bermakna kita menolak seluruh Al-Quran.
Kita hendaklah menolak tafsiran Al-Quran yang tidak betul
dan mengambil tafsiran yang betul dan tepat.
Kita tidak boleh mengambil ahli kitab yahudi atau pun nasrani
untuk mentafsirkan Ayat-Ayat Al-Quran.
Nescaya mereka akan memanipulasikan kita supaya mengikut agama mereka.

4. Kita hendaklah mengutamakan Ayat Al-Quran daripada segala-galanya....,
    Selepas itu boleh mengambil hadis yang tidak bercanggah dengan Ayat Al-Quran
    Boleh mengambil sunnah yang tidak bercanggah dengan Ayat Al-Quran.
    Cuba bayangkan, jika ada hadis yang sahih perawinya tetapi telah diubahkan ayatnya menjadikan kita  
    menyekutukan Allah, adakah kita mahu ikut? sudah tentu tidak!
    seperti mana yang telah terjadi kepada agama Kristian.

5. Ada ayat Al-Quran yang jelas dan terang maknanya... kita hendaklah beriman kepada ayat itu.
    Ayat Ayat Al-Quran yang tidak mampu kita fahami,hanya Allah dan Rosul-Nya sahaja yang tahu.
    Kalau kita cuba mentafsirkannya, nescaya sesatlah kita.

Thursday 20 October 2011

Guna Akal

Saya cuba senaraikan beberapa statemant yang terdapat di dalam Al-Quran untuk kita berfikir, kerana Al-Quran sendiri menberitahu bahawa "Orang buta adalah orang yang tidak menggunakan akalnya".
Maka,gunakanlah akal untuk memahami Ayat Al-Quran.

1. Umat yang awal ramai masuk syurga dan umat yang akhir sedikit masuk syurga.
2. Dunia bagaikan penjara bagi orang beriman dan bagaikan syurga bagi orang kafir.
    Di dalam Kubur terdapat dua macam iaitu Taman syurga atau Lubang neraka.
3. Ada orang sakit yang amat sangat ketika hendak mati dan ada orang terasa mati itu seperti keluar angin
    sahaja.
4. Turutan Nama Nabi di dalam Al-Quran adalah, selepas Musa adalah Isa, dan selepas Isa adalah
    Ahmad(Al-Quran dan islam). Dan penutupnya adalah Muhammad.


Apakah pangkat Al-Mahdi sebenarnya?
Orang biasa atau rosul Allah? Jika Rosul Allah hendaklah memenuhi ciri-ciri Rosul yang disebut di dalam Al-Quran.

Al-Quran suruh kita bertanya kepada orang ahli zikir...

"Ringkas ceritanya, anda perlu bertanya kepada orang yang ada ciri-ciri ini.
-Pertama,Orang yang selalu mengingati Allah S.W.T beserta selalu berzikir,
-Hendak meyakinkan lagi, orang yang hendak ditanya itu hendaklah ada kesan sujud di dahi.
-Hendak meyakinkan lagi, orang yang hendak ditanya itu hendaklah "makna dan maksud" Ayat Al-Quran  berada dalam kepala nya. iaitu Orang yang membaca Al-Quran seperti membaca buku, Arif pasal cerita di dalam  Al-Quran.

Selamat bertanya.... dan anda akan dapat jawapannya sendiri.

"Orang-orang yang Kami berikan Kitab itu mengetahui serta mengenalinya sebagaimana mereka mengenal anak-anak mereka sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian dari mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu, sedang mereka mengetahui." 146: Al-Baqarah


Rosulullah S.A.W pernah berpesan:
Islam bermula dengan terasing dan berakhir dengan terasing...........
Maka, beruntunglah Orang terasing,
Al-Quran ada menyatakan,"Ahli syurga disangka sebagai ahli neraka"
Kerana ahli syurga disangkakan sesat di pandangan orang ramai.
Kerana telah tetap perjanjian Allah dalam Al-Quran, umat yang akhir sedikit masuk syurga.
Tuhan telah berjanji dalam Al-Quran akan penuhkan api neraka dengan manusia dan jin sebagai bahan bakarannya..........

Ya Allah Ya Rabbi, Aku tidak sanggup menjadi bahan bakaran api neraka Mu, Maka selamatkan lah aku dan seluruh keluarga ku daripada menjadi bahan bakaran Api neraka Mu yang sangat azab itu.

Sunday 16 October 2011

Umat Muhammad Yang Sejati

Muhammad ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kuffar, dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri. Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia  dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka terdapat (pada) muka mereka dari kesan sujud.
Ayat 29: surah Al-Fath



LegNote : Pipi dan dahi adalah muka, sudah tentu pada dahi,kerana sujud dengan dahi. Dan kita dapati tidak semua orang terdapat tanda begini.

Saturday 8 October 2011

Berfikir : Al-Quran Menakjub kan



Al-Quran di dalam bahasa Arab
dan di wahyukan kepada Rosulullah S.A.W yang berbangsa Arab.
Tetapi, banyak isi kandungan Al-Quran menceritakan pasal Nabi Musa alaihissalam
dan Bani Israel.

Kerana Al-Quran itu diturunkan daripada Allah, tuhan semesta alam,
Bukan rekaan manusia
Dengan kehendak Allah, Agama Islam dapat diterima oleh seluruh masyarakat di pelusuk tanah Arab.

Cuba bayangkan:  Fikir sejenak....
Jika anda menulis sebuah buku tentang perjalanan hidup musuh tradisi kepada bangsa anda
dan menjual buku itu kepada bangsa anda sendiri.
Sudah tentu buku itu tidak laku dan orang akan menuduh anda orang gila.

Kerana Al-Quran itu wahyu Allah kepada RosulNya, ia diterima oleh masyarakat Arab dan selepas itu tersebar keseluruh dunia, segala nya dengan kehendak Allah yang
mengatasi segala perancangan manusia dan sangat mudah bagi Allah untuk menjadikan apa yang manusia sangka tidak boleh terjadi.

Tuhan kata jadi, maka jadi lah...

Monday 3 October 2011

Bismillah

Bila Berbicara
Baca Bismillah
Bila Bicara
Biar Berani Berkata Benar
Bila Berbicara
Berkata Benar Biar Berisi
Bila Berbicara
Buah Berisi Biar Berlapik
Bila Bicara
Bekas Berlapik Biar Bersih
Barulah Berbuka Bicara
Barulah berkat
Berkat Bacaan Bismillah


LegNote: Non-Politic status

Suami Isteri Bagaikan Pakaian Masing-masing

Al-Quran diwahyukan kepada Baginda Rosulullah S.A.W lebih 1400 tahun dahulu.
.
...
......
 ........
 ............
 ...................
 ..........................
Sebahagian Al-Quran, 
Allah S.W.T menegur Rosulullah S.A.W
Dan Rosulullah S.A.W menegur umatnya

Rosul patuh pada Tuhannya
Dan umat pula patuh pada Tuhan dan Rosulullah nya 
 (12 kali di sebut dalam Al-Quran,Patuh Allah,Patuh Rosul)
Bukan Alasan untuk tidak patuh kepada Rosulullah, hanya kerana Rosul berkerut dahi......

Tetapi, selidik dahulu tentang sesuatu perkara, jangan lah sehingga mengambil sesuatu yang di dakwa dari Rosulullah dan sebenarnya bukan dari Rosulullah S.A.W.
Kerana telah terjadi kepada umat Nabi terdahulu.



Berbalik kepada tajuk diatas: 

Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. 
Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Ia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. 
Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih dari benang hitam, iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib); dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid.
Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian manusia supaya mereka bertaqwa.
Ayat 187: surah Al-Baqarah. 


Apakah Fungsi Pakaian?
1. Memanaskan badan ketika kesejukan.
2. Menutup Aib


LegNote: Saya belum berkahwin lagi dan single.
(tidak semestinya kena berkahwin dulu baru boleh bercakap hal begini)