Wednesday 14 November 2012

Warna Kulit.



Allah tidak menilai warna kulit kamu atau keturunan kamu untuk memberi rahmat kepada kamu.
Semua manusia dilahirkan suci bersih daripada dosa dan membesar dengan melakukan kesilapan demi kesilapan, itu adalah fitrah manusia, kerana manusia tidak bersifat sempurna dan bertaubat kepada Allah, pada dosa-dosa yang telah dilakukannya.

Allah jadikan manusia berbilang bangsa, supaya saling berkenalan diantara satu sama lain.
Lebih baik manusia memupuk sikap berkenalan dengan bangsa lain daripada memupuk sikap membenci kepada bangsa lain tanpa sebab.
 ..................................................................................................

Mukjizat Al-Quran.

Rosulullah bercakap-cakap dengan bahasa ibunda nya...
Allah wahyukan Al-Quran kepada Rosulullah salallah alaihi wasalam di dalam bahasa Arab standard (global), sedangkan Rosulullah salallah alaihi salam menggunakan bahasa Arab loghatnya sendiri.
Ini menunjukkan Al-Quran adalah wahyu daripada Allah S.W.T kepada baginda salallah alaihi salam.
di luar kemampuan Rosulullah salallah alaihi wasalam untuk menciptanya.

Dalam masyarakat Arab, Allah tidak utus seorang Rosul berbangsa Ajam.
Kalaulah Allah hendak mengutuskan seorang Rosul dalam masyaralat Ajam, sudah tentu Allah tidak memilih bangsa Arab dan memilih bangsa kaum itu sendiri.

Fitrah manusia sukakan kepada bangsa sendiri, etnik sendiri, keluarga sendiri,tempat asal sendiri dan sebagainya.
...............................................................................................