Wednesday 30 November 2011

Dedikasi kepada siapa.



Ayat Quran adalah tepat, kepada siapa ayat itu ditujukan.

1. Jika sesuatu ayat itu ditujukan kepada Rosulullah S.A.S (Solallah Alaihi waSalam), maka, Ayat itu disebut dengan menggunakan perkataan "Engkau,Kamu" dan sebagainya yang sesuai.

2. Jika sesuatu ayat ditujukan khas kepada Rosul-rosul, maka ayat Quran itu akan disebut dengan menggunakan perkataan "Rosul".
Maka semua Rosul adalah begitu seperti yang disebut. Jika tidak begitu, maka hamba itu bukan Rosul.

3. Jika sesuatu ayat ditujukan khas kepada Nabi-Nabi akan disebut di dalam Quran dengan menggunakan perkataan "Nabi".
Maka semua Nabi adalah begitu seperti yang disebut. Jika tidak begitu, maka hamba itu bukan Nabi

4. Jika ditujukan khas kepada Muhammad akan disebut  menggunakan perkataan "Muhammad".
"Muhammad" hanya disebut empat kali sahaja di dalam Quran.

 Contoh:

Di dalam Al-Quran menyubut, Engkau tidak pernah membaca kitab sebelum ini dan tidak menulis dengan tangan kananmu.
Ayat ini ditujukan kepada baginda Rosulullah S.A.S, kerana baginda sebelum diwahyukan Al-Quran kepadanya , baginda tidak pernah membaca mana-mana kitab. Menyebabkan pada masa itu,ahli kitab berasa hairan untuk menolak dakwah Rosulullah S.A.S, kerana apa yang diajarkan oleh Rosulullah membenarkan kitab yang ada disampingnya dan tidak salah. Bagaimana Rosulullah boleh berkata benar? Melainkan apa yang dibawa oleh baginda itu adalah betul-betul wahyu daripada tuhan.

Dan ada Nabi-nabi lain yang belajar kitab lain selain daripada kitab yang diwahyukan kepadanya,
Contohnya ,Nabi Idris a.s dan Nabi Isa a.s , Nabi Isa a.s Allah S.W.T  wahyukan kepada baginda kitab Injil dan pada masa yang sama Allah ajarkan kitab taurat kepada baginda, kitab Taurat adalah kitab yang diwahyukan sebelumnya kepada nabi Musa a.s.

Jika Banyak sifat-sifat Rosul yang kebetulan ada persamaan dengan Rosul-rosul lain tetapi tidak di sebut sifatnya di dalam Al-Quran. Mungkin persamaan itu disebut di dalam Kitab Allah yang lain, di sebut dalam Taurat atau Injil.

Mengikut ajaran Kristian, sifat "Muhammad" adalah ada persamaan dengan sifat "Nabi Musa" Alaihi Salam.

Allah Knows Best .. Allah Lebih Mengetahui.. Allahualam Bissawat

Ameen.. perkenankan
InsyaAllah.

Thursday 24 November 2011

Ya atau Tidak



Adakah tuhanmu menentukan anak laki-laki untukmu dan Dia mengambil malaikat menjadi anak perempuan? Sesungguhnya kamu mengeluarkan perkataan yang besar.
Ayat 40: Surah Al-Israak

Jawapan kepada soalan diatas adalah "Tidak"!
Bila jawapannya tidak, penerangannya akan jadi begini,
"Tuhan tidak tentukan anak laki-laki kepadanya dan
Tuhan tidak mengambil malaikat menjadi anak perempuan."

Kalau jawapan diatas adalah "Ya", maka jawapan itu adalah syirik dan tidak betul.


Muhammad itu bukan bapa salah seorang diantara laki-laki kamu, tetapi dia Rasul Allah dan kesudahan-kesudahan Nabi. Allah Maha mengetahui tiap-tiap sesuatu.
Ayat 40; Surah Al-Ahzab.

Sunday 20 November 2011

Kecewa - Tidak Mampu Menbaca Tulisan Wahyu Tetapi Boleh Membaca Tulisan Lain



Dalam hidup ini
Ada perkara yang kita kecewa
Arwah bapa ku dan ibu ku
Mereka boleh mengajar Al-Quran
Umur 6 tahun, bapa ku hantar ku mengaji Al-Quran
kepada seorang lelaki tua, bekas gurunya.

Aku pergi  mengaji Al-Quran bersama X,
Kini X seorang yang diperhati oleh polis dan dibenci oleh keluarga sendiri
tetapi dia dipayung oleh ahli "Mahkota", tiada ramai berani menganggu nya. .
Kini, Entah kemana X menghilangkan diri.
Kampung halaman menjadi negeri asing baginya.

Jika aku bertemu dengan X,
dia tidak pernah sombong dengan aku, tidak menyakiti hati aku.
dia kawan zaman sekolah.


Aku perhatikan, jika seseorang samseng atau gangster yang bersalah dengan polis sengaja menyakiti hati ku,
Selalu terjadi, lebih kurang 3 hari selepas itu akan ditangkap polis.


Yang aku kesal sampai sekarang...
Kenapa?
Aku belajar Al-Quran sejak umur 6 tahun lagi, sampai sekarang aku tidak boleh membaca Al-Quran,
Cuma aku menghafalkannya dan membaca maknanya.
Tetapi aku boleh membaca Jawi, ketika diatas bas, tatkala melintasi tanah perkuburan islam.. aku boleh membaca tulisan itu dalam tulisan jawi,
"Tanah Perkuburan Islam".
Sedangkan, Tidak ada orang yang mengajar aku tulisan jawi pun.

Saturday 19 November 2011

Quran Itu Wahyu Kepada Rosulullah dan Memberitahu kebenaran sepanjang zaman.



Ingatlah, Ketika Musa berkata kepada kaumnya: Hai Kaumku,mengapakah kamu menyakiti ku, padahal kamu mengetahui,bahawa aku Rasul Allah kepada mu. Maka tatkala mereka condong, Allah mencondongkan hati mereka. Allah tidak menunjuki kaum yang pasik.
Ingatlah ketika Isa anak Mariam (jesus) berkata: Hai bani Israel, sesungguhnya aku Rasul Allah kepada mu, serta membenarkan apa yang sebelum ku, iaitu Taurat dan memberi khabar gembira dengan seorang Rasul yang akan datang kemudian ku namanya Ahmad (Quran dan Islam). Maka tatkala Rasul itu datang kepada mereka dengan keterangan, mereka berkata: Ini sihir yang nyata.
Ayat 5-6 : Surah Ash-Shaf  (61: 5-6)


 Turutan Rosul-Rosul
 Musa, Isa, Ahmad(Quran & Islam)....
(Muhamad bukan bapa kepada mana-mana lelaki....
 ....Saya faham "Muhamad tidak akan  mempunyai anak laki-laki")


Muhammad itu bukan bapa salah seorang diantara laki-laki kamu, tetapi dia Rasul Allah dan kesudahan-kesudahan Nabi. Allah Maha mengetahui tiap-tiap sesuatu.
Ayat 40; Surah Al-Ahzab.


Nama Anak-Anak Lelaki/Putera  Rosulullah S.A.W

Abdullah bin Muhammad
Putra beliau dari Khadijah, meninggal ketika masih kecil.

Ibrahim bin Muhammad (wafat 10 H)
 Putra Nabi dari Mariah Qibtiah. Dia hanya hidup selama 18 bulan. Nabi menyaksikan ketika dia menghembuskan nafas yang terakhir sambil manitiskan air mata, beliau berkata “mata boleh manitiskan air, hati boleh bersedih, tapi kita tidak boleh mengucapkan kalimat yang tidak diridai Allah”.

Qasim bin Muhammad
Putra beliau dari Khadijah yang meninggal ketika masih kecil.

Saturday 5 November 2011

Relax lu Bro.. Ada Citer Pasal Kesan-kesan Berzina nie



Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman. (Surah An-Nuur :Ayat 2)

Kesan-kesan zina kepada seseorang ialah:

1. Menjadikan wajah pelakunya muram dan gelap.(Tak nampak aura lah pada wajah..bro n sis)

2. Membuatkan hati menjadi gelap dan mematikan sinarnya.(Wa tak tau nak Comment)

3. Menjadikan pelakunya selalu dalam kemiskinan sehingga tidak pernah berasa cukup dengan apa yang diterimanya. (duit selalu pokai tanpa sebab dan jiwa kacau)

4. Akan menghilangkan kehormatan pelakunya dan jatuh martabatnya, baik di hadapan Allah mahupun sesama manusia. (orang akan pandang hina bro.. orang pandang sebagai murahan sis)
    
6. Penzina akan dipandang manusia dengan pandangan mual dan tidak dipercayai.
   
7. Penzina mengharamkan dirinya untuk mendapat bidadari jelita (atau putera tampan) di syurga         nanti. (bab ni rasa rugilah bagi orang yang masuk syurga kalau tak dapat yang jelita giler atau     tampan giler di syurga)
     

8. Zina menghilangkan harga diri pelakunya dan merosakkan masa depannya disamping meninggalkan aib yang berpanjangan bukan sahaja kepada pelakunya malah kepada seluruh keluarganya.(orang pandang sebelah mata beb)

9. Perzinaan menyebabkan menularnya penyakit Aids, sifilis dan gonorhea atau kencing bernanah.
    (kena Aids baru padang muka)
 
10. Antara azab di akhirat nanti penzina akan dibesarkan kemaluan mereka, baik lelaki mahupun perempuan sebesar Bukit Uhud. Anda tahu Bukit Uhud?

Alhamdulillah jika kita masih suci daripada zina. Semoga kita dan anak keturunan kita terselamat daripada KESILAPAN INI! 
(Dipetik daripada petikan ustaz zawawi daripada akhbar dan ditambahkan dengan komen saya dalam kurungan/bracket ( ).
Saya ambil 9 sahaja daripada tulisan itu iaitu kesan-kesan berzina, kerana ramai orang yang takutkan kesan-kesan berzina daripada balasan berzina, kecuali bagi orang-orang yang beriman.
 

Friday 4 November 2011

286

Bismilahirahmanirahim.

Baqara... tapi dipanggil Baqarah... tambah huruh"Ha"

Ba(2) Qa(7) Ra(10) Ha(6)

  2  ,7
+    ,10 ,6
  2   8    6 .......... Baqara ... (Baqara tidak gagap.)


Musa.. tapi dipanggil Musah.. bila tambah huruf "Ha"
Min(24) , Sa(4), Ha(6)

     2  4
+       4 ,6
     2  8  6 .............Musa ...(Musa Gagap)


Manusia merancang... Perancangan tuhan adalah sebaik-baiknya.

Thursday 3 November 2011

Khas Untuk Rosul Sahaja

                                   Gambar ini diambil dari thefashionisto.com   Photo taken from thefashionisto.com

Kalau kita mengkaji sejarah Rosulullah, ada yang mempertikaikan perbuatan tertentu yang dilakukan
oleh baginda Rosulullah S.A.W.

Senenarnya, Kalau dirujuk kepada Al-Quran,ada perkara tertentu diberitahu dengan jelas,
bahawasanya boleh dilakukan oleh Rosul sahaja dan tidak boleh dilakukan oleh orang lain.
Jika orang lain buat berdosa... tetapi ada perkara yang lain pula, tidak boleh dilakukan oleh Isteri Rosululah dan boleh dilakukan oleh orang lain.
Hanya rosul sahaja boleh buat begitu kerana... selepas dia menjadi isteri rosul, ada perkara lain yang dia tidak boleh buat tetapi orang lain boleh buat. Jika difikirkan,Itu sangat adil ketetapan tuhan dan tuhan tetap begitu ada hikmahnya.


Dosa tetap dosa
Salah tetap salah

Tetapi ada perkara tertentu yang diberitahu oleh Al-Quran, Hanya boleh dilakukan oleh Rosul sahaja.
Orang mempertikaikan sejarah rosulullah S.A.W kerana mereka tidak merujuk kepada Al-Quran terlebih dahulu.

Wednesday 2 November 2011

Ayat 286 : Al-Baqarah


Sebelum baca ayat 286, baca dulu ayat 26-27: Surah Al-Baqarah.

Nyamuk !!

(Al-Baqarah 26-27)
 Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja,nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya, iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka; dan kalau orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata: "Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan ini?" (Jawabnya): Tuhan akan menjadikan banyak orang sesat dengan sebab perbandingan itu, dan akan menjadikan banyak orang mendapat petunjuk dengan sebabnya; dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang fasik;
Orang-orang yang Merombak (mencabuli) Perjanjian Allah sesudah diperteguhkannya, dan memutuskan perkara yang disuruh Allah supaya diperhubungkan, dan mereka pula membuat kerosakan dan bencana di muka bumi. Mereka itu ialah orang-orang yang rugi. (Al-Baqarah 26-27)
 (Perjanjian Allah di dalam Al-Quran untuk berbahagia di akhirat:
Solat-Sedekah-Baca Quran(beserta faham)
..................................................................................................................................................


(Al-Baqarah:286)
 Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". (Al-Baqarah:286) ...................................................................................................................................................

Solat Itu Tiang Agama... Siapa yang tidak patuh kepada Allah untuk menyiram air membasuh wudud dan solat umpama lembu yang tidak patuh untuk meyiram air......

Nabi MuSa menjawab:
"Bahawasanya Allah berfirman: Sebenarnya ialah lembu betina yang tidak pernah digunakan untuk membajak tanah, dan tidak pula untuk menyiram tanaman; ia juga tidak cacat dan tidak ada belang pada warnanya". Mereka berkata: "Sekarang baharulah engkau dapat menerangkan sifat-sifatnya yang sebenar". Maka mereka pun menyembelih lembu yang tersebut, dan hampir-hampir mereka tidak dapat menunaikan  itu. (Al-Baqarah 2:71) (Surah 2 ayat 71 ) (2.71)