Wednesday 31 October 2012

Allah Wahyukan Kitab Kepada Rosulullah untuk Gantikan Dengan Yang Lebih Baik.

Allah menguji manusia bergantung kepada kemampuannya,Allah tidak menguji di luar kemampuan manusia.
Allah menurunkan kitab kepada kaum terdahulu,contohnya pada zaman nabi Musa, Allah turunkan taurat, di dalamnya Allah mengharamkan kepada bani Israel memakan binatang berkaki 4 kerana kederhakaan mereka kepada Allah.

Selepas terpisah lama nabi-nabi, Allah utuskan Isa Ibnu Mariam, dan Allah wahyukan kepadanya kitab Injil.
Di dalam Injil, ada yang Allah kekalkan dan ada yang Allah gantikan dengan ayat yang lebih baik.
Jika mereka mengikut Isa Ibnu mariam ketika itu, nescaya sucilah mereka daripada dosa-dosa sebelumnya.

Allah tidak membebankan manusia dengan apa yang dia tidak mampu... Allah wahyukan injil,ada yang Allah kekalkan dan ada yang Allah gantikan dengan yang lebih baik.

Selepas itu, Allah wahyukan Al-Quran kepada hambanya,Nabi Ahmad salallah alaihi wasalam, seorang Nabi berbangsa Arab, dalam kelompok masyarakat Arab, Allah tidak mengutuskan dari bangsa Ajam dalam kelompok masyarakat Arab, jika Allah utuskan bangsa Ajam,nescaya mereka enggan untuk beriman, ini turut dijelaskan di dalam Quran.

Sebelum Allah wahyukan kitab Al-Quran,ada sebahagian ahli kitab yang sudah menjangkakan kemunculan Al-Quran, setelah Al-Quran diwahyukan,mereka membacanya,bercucuran air mata mereka sebagai tanda berterima kasih kepada Allah S.W.T

ada yang Allah kekalkan dan ada yang Allah gantikan dengan ayat yang lebih baik.

" Ada yang Allah gantikan dengan ayat yang lebih baik"

Allah tahu kemampuan hambanya, Allah itu maha pengasih,maha penyayang
kemunculan Rosulullah S.A.W adalah untuk menyucikan dosa manusia,

bila saya menyebut mengenai 'menyucikan dosa manusia', bukannya saya mengikut apa yang di ajar dari agama kristian, tetapi Allah sendiri menyebut di dalam Al-Quran bahawa orang yang tidak mahu mengikut Rosulullah S.A.W adalah orang yang tidak mahu menyucikan dosanya. Contohnya Walib bin Mughirah.

Orang muslim tidak boleh mengikut ajaran kristian, tetapi dibenarkan oleh Allah S.W.T untuk kembali kepada persamaan dengan mereka.

Sebagai contoh:
dalam agama Nasrani, disebut lembu warna merah tua,
dalam agama  Islam , disebut lembu warna kuning tua,
kalau kita lihat lembu di padang, ada yang warnanya merah tua, ada yang warnanya kuning tua.
Kita sebagai orang islam, percaya pada warna kuning tua.

Contoh lain:
dalam agama Nasrani, Nabi adam dijadikan daripada debu.
dalam agama Islam, Nabi adam dijadikan daripada tanah.
berdasarkan tafsiran Al-Quran, Nabi adam dijadikan daripada 'tanah kering'.

Allahualam Bissawat.


Sebelum Masuk Kubur

 

"Dari Jabir Radiallahu Anhu katanya: Rasulullah Sallahu Alaihi Wasalam melaknat orang yang makan riba dan orang yang memberi wakil pada riba dan penulisnya dan dua saksi. Sabda baginda: Mereka itu semuanya sama pada hukum mengambil riba" (Riwayat Imam Muslim) 

Dan sesiapa yang mengulangi lagi perbuatan mengambil riba itu maka mereka itulah ahli neraka,mereka kekal didalamnya". Al-Baqarah 275 

Dan sesiapa yang mengulangi lagi perbuatan mengambil riba itu maka mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya".    Al-Baqarah 275 

.............................................

So, bertaubatlah daripada melakukan riba dengan taubat nasuha dan tidak mahu mengulangi lagi,jika kamu mahu dunia dan perhiasannya dengan cara riba, maka dapatlah dunia,dan di akhirat kekal dalam neraka. 

"benarlah kata Allah dalam Quran, orang beriman di dunia bagaikan dalam penjara, di dalam kubur pula bagaikan  syurga."

Tapuk dada tanya selera!!

Kita boleh menipu diri sendiri dengan mencipta berbagai alasan untuk terjebak dengan riba,tetapi di akhirat diri sendiri yang menanggung atas perbuatan kita sendiri,bukan orang lain.

"bersediakah anda untuk mati jika di jemput pada bila-bila masa" ?

............................................. 

Cash's Only - Tengok Boleh,Pinjam Boleh,Amal Riba Jangan,nanti masuk neraka.

 

Tuesday 30 October 2012

Ibu Ayah


Kita menyembah hanya kepada Allah,dia lah tuhan yang satu, tiada sesuatu pun yang layak untuk disekutukan dengan Allah, Subhanallah!

Kita patuh kepada Allah dan RosulNya...
Selepas itu, patuh kepada ibu bapa...

Setinggi mana pengorbanan kita kepada ibu bapa, tidak dapat kita membalas setitis susu ibu yang disuapkan kepada kita ketika kita kecil.

Berlemah lembutlah bila bersuara dengan ibu bapa, jagalah hati ibu bapa.
Bila dewasa ini,suara saya yang paling lemah lembut adalalah ketika saya bercakap-cakap dengan ibu saya.
Besarkah nilai menunaikan kebajikan ibu bapa, jika selepas itu kata-kata kita dapat menguriskan hatinya.
Selepas bertanggungjawap kepada kebajikan kepada ibu bapa, maka, jagalah hatinya selepas itu.

'Ibu' kita adalah yang melahirkan kita sahaja....
Isteri Nabi adalah memegang gelaran 'ibu', isteri Nabi bukanlah ibu yang melahirkan kita, tetapi gelaran itu diberi oleh Allah S.W.T.

Sesiapa sahaja yang melahirkan anak adalah ibu...
yang mendapat gelaran ibu di sisi Allah S.W.T adalah isteri-isteri Nabi salallah alaihi wasalam

.....................................................................................................
Ada orang lelaki menuntut ilmu agama sebaik mungkin, menjaga maruah diri, bila hendak berkahwin, ingin memilih pasangan yang baik-baik dan bermaruah, zaman hari ini, nak cari wanita yang bermaruah serta menutup aurat agak susah, kalau ada pun beberapa kerap daripada kalangan anak-anak gadis pak tabligh atau ustaz pondok.

Contohnya,Selepas itu dia dapat berkahwin dengan anak orang tabligh, baik dan berpurdah, kerana itu adalah ciri-ciri wanita yang diingininya, selepas dapat anak orang, lain pulak yang terjadi, pandangan dia dan pak mertua tak secocok, dia selalu pertikai apa yang dibuat oleh mertua dan jemaahnya.

Kerana dia tidak menghormati pandangan mertuanya....
Maka adillah sampai satu masa dan ketika,dia mendapat menantu yang terbaik yang tidak menghormati pandangannya......
....................................................................................................



Wednesday 24 October 2012

Sabar....


Point dari Quran...

(1) Allah beserta orang-orang sabar....
(2) Mereka sabar masuk mereka...

Kita mesti bersabar dengan setiap ujian Allah, setiap ujian Allah ada hikmahnya,dalam kehidupan hendaklah dihiasi dengan kesabaran yang disuruh dan ditetapkan oleh Allah S.W.T

Kita tidak disuruh menjadi seorang pengecut, bukankah kita tahu bahawa... mata dibalas dengan mata, gigi dibalas dengan gigi, setiap kisas ada kisasnya, kita tidak boleh menjadi pengecut dengan alasan berpura-pura bersabar atau cinta kepada dunia.

Kita bersabar mengikut apa yang disuruh oleh Allah S.W.T supaya bersabar,
kita membalas(kisas) mengikut apa yang dibenarkan oleh Allah tentang kisasnya(balasannya).

Ketika Nabi Isa salallah alaihi wasalam berdakwah kepada bani  Israel, jawap bani israel, kami beriman hanya kepada Allah, ini adalah alasan yang sombong.

Sedangkan yang dibawa oleh Nabi Isa itulah jalan menuju kepada keredhaan Allah,
mereka sebenarnya menentang jalan Allah dan menurut jalan-jalan syaitan.

Sabar kerana Allah... Insya-Allah akan bersama Allah!!
Jika sabar menentang Allah dan RosulNya... Sabar masuk neraka!!

Contohnya,
Apabila kita mampu membalas(kisas) kepada golongan yang lebih lemah daripada kita,tetapi kita memaafkannya, ini adalah kesabaran.
Tetapi kalau niat kita benar-benar hendak melakukan kisas(pembalasan), tetapi kita tidak melakukannya kerana disebabkan oleh kerana orang itu lebih kuat daripada kita, ini bersabar kerana takut kepada manusia, bukan bersabar kerana Allah.

Apa-apa pun, saling memaafkan orang lain dan tidak memutuskan hubungan sesama muslim adalah terbaik!!




Thursday 4 October 2012

Fobia


Ada orang fobia terhadap Ayat-Ayat Al-Quran,
Ada orang fobia terhadap Hadis dan Sunnah,

1. Orang-orang yang Fobia terhadap Ayat-Ayat Al-Quran
- Bekas pengikut ajaran anti-hadis. Kerana mereka pernah ditipu dengan sengaja atau tidak sengaja dan takut ditipu lagi.
- Orang-orang yang menganggap semua Ayat Al-Quran sukar difahami.
- Orang-orang yang menganggap dengan "mengaku" menjadi Sunnah Wal Jamaah sahaja boleh masuk syurga,secara tidak langsung mereka cenderung untuk mengabaikan makna al-Quran.
Sedangkan kalau mahu menjadi sunnah wal jemaah yang sebenar hendaklah membaca makna Al-Quran.

2. Orang-orang yang fobia terhadap Hadis dan Sunnah
-  Orang-orang yang berjaya dipengaruhi oleh anasir dari barat supaya  percaya kepada Al-Quran sahaja,tidak perlu mengikut Hadis dan Sunnah.
 - Orang-orang yang mendapati bahawa banyak hadis dan sunnah telah dipalsukan, jadi, mereka takut untuk mengambil Hadis dan Sunnah.
  3 point ada dalam ingatan saya melaui pembacaan makna Al-Quran...
  1. Tidak beriman kepada Rosulullah jika tidak mengambil keputusan yang dibuat olehnya....
  2. Sesungguhnya pada rosul Allah itu contoh tauladan yang baik...
  3. Jangan mengambil sesuatu sebelum ditentukannya sahih....

Rinkasannya.... Kita hendaklah membaca seluruh makna Al-Quran...dan memahami seluruh Ayat-Ayat munkamat dan biarkan Ayat-Ayat mutashabihat kerana Allah sahaja yang tahu.


Kalau kita tidak membaca Al-Quran dan maknanya... kita akan mudah dipengaruhi oleh sesiapa,
Kita harus belajar, tetapi jangan sampai disesatkan oleh mana-mana guru yang menfatwa sesuatu mengikut kemahuannya.

Kalau kita tidak membaca Al-Quran dan maknanya seperti membaca buku yang kita minat.
Jika berguru dengan Salafi... akan jadi salafi
Jika berguru dengan Syiah.. akan jadi syiah
Jika berguru dengan Wahabbi... akan jadi Wahabi.
Jika berguru dengan Anti-Hadis... akan jadi anti-Hadis
Jika berguru dengan tarikat... akan jadi tarikat.

Bila kita sendiri membaca Al-Quran dan maknanya... barulah kita yakin tentang islam,
Tidak salah berguru dengan mana-mana guru selagi dia mengajarkan islam dan mengaku islam,
Asalkan kita dapat menapis ilmu yang disampaikannya....
Supaya kita dapat membezakan mana yang betul dan mana yang tersalah.


Banyak ilmu yang dipelajari, belum tentu ilmu yang kita anggap ilmu itu adalah ilmu di sisi Allah S.W.T
Ilmu yang sebenar adalah "kesahihan"....
Kesahihan menentukan kebenaran.
Islam itu mudah tetapi manusia sedaya upaya menyusahkannya.




Kalau Mengaku Umat Nabi

                                   
Kalau mengaku sebagai umat Nabi, orang muslim hendaklah  menjaga diri daripada berzina,
kerana disebut dalam quran perbuatan itu tidak akan dilakukan oleh Nabi yakni tidak patut.

Ada di kalangan kita tidak mahu berzina... tetapi kadangkala menghampiri zina, ...pertama,kerana terlupa, ...kedua, kerana tanpa sedari kita yakin bahawa iman kita tebal.

Sebenarnya, Allah melarang berzina dan juga Allah melarang menghampiri zina... kedua-dua sekali Allah larang.

Bukan kami menulis bab zina supaya orang-orang yang pernah berzina berputus asa kepada Allah, tetapi supaya sesiapa jangan berzina....

-orang yang tidak pernah melakukan zina, so ,jangan berzina!

-orang yang pernah berzina, so, jangan diulang perbuatan zina itu dan bertaubat nasuha!

 "Diketahui bahawa anda tidak dapat mengundurkan masa, 
 walaupun anda tidak dapat mengundurkan masa, 
 katakanlah,"jika aku dapat mengundurkan masa,aku tidak akan melakukannya..."






Monday 1 October 2012

Rosul dan Nabi


Di sini, Saya nak berkongsi makna Rosul dan Nabi berdasarkan ayat-ayat Al-Quran.

Rosul-Rosul (Rosul Allah)
- Rosulullah adalah utusan Allah melalui perantaraan  malaikat (jibril) atau Allah sendiri berkata-kata dengannya, "sebelum" diwahyukan Kitab Allah kepadanya.

Contohnya, Nabi kita ,Allah utuskan malaikat kepadanya, sedangkan Nabi Musa, Allah berkata-kata dengannya.
berdasarkan quran kita dapat tahu bahawa, "setiap rosul yang diutus diwahyukan kitab"....


Nabi-Nabi
- Nabi adalah hamba Allah yang diturunkan Kitab Allah kepadanya... contohnya, Allah utuskan Musa menjadi Rosul.. setelah Allah turunkan kitab Taurat kepada Musa, maka Musa sudah berpangkat Nabi, Musa merasakan tidak mampu untuk berdakwah seorang diri dengan alasan ada masalah pertuturan, maka Musa berdoa kepada Allah supaya Harun bersamanya, Allah terima doa Nabi Musa dan diturunkan kitab Taurat kepada Musa dan Harun.
Maka, Musa dan Harun menjadi Nabi.

Musa adalah "Rosul" dan juga "Nabi"..
Harun adalah "Nabi"...
Musa dan Harun bersaudara.

Dalam Quran, kalau kita perhatikan kisah-kisah Rosul, sebelum diutuskan menjadi Rosul, sebelum diwahyukan kitab Allah kepadanya, Allah berikan Hikmah kepadanya...

Kitab-Kitab Allah
Taurat... tiada siapa yang mampu mencipta buku setanding Taurat, melainkan Allah mewahyukan Injil selepas itu untuk membenarkannya.
Injil... Tiada siapa yang mampu menciptakan yang setanding dengannya, melainkan Allah mewahyukan Quran untuk membenarkannya.
Kumpullah seluruh manusia dan jin untuk ciptakan setanding Quran, tiada siapa yang mampu menciptakannya, yakinlah, bahawa Kalam Allah tidak boleh ditandingi oleh sesiapa apabila Allah turunkan kepada HambaNya....

Maha Suci yang menurunkan Furqan kepada hambaNya, supaya dia memberi peringatan kepada seluruh alam. 
Ayat 1 : Surah Al-Furqan