Wednesday 24 October 2012

Sabar....


Point dari Quran...

(1) Allah beserta orang-orang sabar....
(2) Mereka sabar masuk mereka...

Kita mesti bersabar dengan setiap ujian Allah, setiap ujian Allah ada hikmahnya,dalam kehidupan hendaklah dihiasi dengan kesabaran yang disuruh dan ditetapkan oleh Allah S.W.T

Kita tidak disuruh menjadi seorang pengecut, bukankah kita tahu bahawa... mata dibalas dengan mata, gigi dibalas dengan gigi, setiap kisas ada kisasnya, kita tidak boleh menjadi pengecut dengan alasan berpura-pura bersabar atau cinta kepada dunia.

Kita bersabar mengikut apa yang disuruh oleh Allah S.W.T supaya bersabar,
kita membalas(kisas) mengikut apa yang dibenarkan oleh Allah tentang kisasnya(balasannya).

Ketika Nabi Isa salallah alaihi wasalam berdakwah kepada bani  Israel, jawap bani israel, kami beriman hanya kepada Allah, ini adalah alasan yang sombong.

Sedangkan yang dibawa oleh Nabi Isa itulah jalan menuju kepada keredhaan Allah,
mereka sebenarnya menentang jalan Allah dan menurut jalan-jalan syaitan.

Sabar kerana Allah... Insya-Allah akan bersama Allah!!
Jika sabar menentang Allah dan RosulNya... Sabar masuk neraka!!

Contohnya,
Apabila kita mampu membalas(kisas) kepada golongan yang lebih lemah daripada kita,tetapi kita memaafkannya, ini adalah kesabaran.
Tetapi kalau niat kita benar-benar hendak melakukan kisas(pembalasan), tetapi kita tidak melakukannya kerana disebabkan oleh kerana orang itu lebih kuat daripada kita, ini bersabar kerana takut kepada manusia, bukan bersabar kerana Allah.

Apa-apa pun, saling memaafkan orang lain dan tidak memutuskan hubungan sesama muslim adalah terbaik!!