Sunday 27 May 2012

Caliph is Coming with Cloud and Rain



Sesungguhnya Allah tiada malu menjadikan nyamuk, untuk jadi perumpamaan atau benda yang lebih hina dari padanya. Adapun orang-orang yang beriman mengetahui, bahawa yang demikian itu suatu kebenaran dari pada tuhannya, tetapi orang-orang yang kafir berkata, apakah maksud Allah dengan perumpamaan ini? disesatkan oleh Allah dengan perumpamaan itu kebanyakan orang dan ditunjukiNya kebanyakan orang yang lain, tetapi Allah tidak meyesatkan dengan dia, kecuali orang-orang yang fasik,orang-orang yang melanggar janji Allah setelah teguhnya dan mereka itu memutuskan yang disuruh Allah memperhubungkannya, lagi mereka membuat bencana di muka bumi. Mereka itulah orang -orang merugi.

Ayat 26-27: Surah Baqarah.


Kelu-kelu untuk mengelak salah tafsir orang-orang dari kalangan kita:

1. Bukan jahat umpama nyamuk,bukan melakukan dosa umpama nyamuk dan sebagainya yang berkaitan   dengan dosa besar... Tapi hina umpama nyamuk.

2. Jika kamu beriman,kamu akan kata,"Ya,betul,ini kebenaran dari Allah". Jika kamu disesatkan oleh Allah, mungkin kamu akan berkata"Entahlah, apa makna perumpamaan ini"?

3. Allah yang memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki dan Allah juga yang tidak memberi petunjuk kepada sesiapa yang layak tidak mendapat petunjuk. Jika Allah tidak memberi petunjuk, maka Allah telah menyesatkan orang itu terhadap (mengenal) dia kerana sebab-sebab dinyatakan itu.

4. Mungkin maksud sebenar disebalik perumpamaan itu memalukan dan melucukan... tetapi Allah tidak malu untuk membandingkan khalifah pilihanNya dengan Nyamuk.


Ketika tuhanMu berfirman kepada malaikat: Sesunguhnya Aku akan menjadikan seorang khalifah diatas bumi. Maka Jawap mereka itu: Adakah patut Engkau jadikan diatas bumi orang yang akan berbuat bencana dan menumpahkan darah, sedang kami tasbih memuji Engkau dan menyucikan Engkau? Allah berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui apa-apa yang tiada kamu ketahui.
Ayat 30: surah Baqarah


Ketika pertama kali saya menghadiri satu pengumpulan jemaah manusia yang menyeru kepada melakukan kerja dakwah Nabi Salallah Alahi wa Salam (S.A.S) di Kuala Lumpur, saya terbaca tulisan di atas baju seorang pelajar,dalam kiraan saya pelajar itu berumur belasan tahun. 

Maksud tulisan itu lebih kurang bunyi begini "Tiada khalifah tanpa Tauhid dan Jihad",
Saya setuju dengan slogan itu

Al-Quran adalah panduan dari dulu sampai sekarang! Kandungannya Muktamat dan tidak ada yang mengubah kalimat Allah kecuali gagal.


Wednesday 23 May 2012

Ikhlas kerana Allah S.W.T


Jika kita berdakwah melalui tulisan semata-mata kerana Allah S.W.T atau menulis tentang agama,
bukan untuk mendapat popularity, bukan untuk mendapat wang melalui jualan tulisan dan sebagainya.

Kita tidak perlu risau tentang tulisan kita, sama ada orang nak ciplak,copy paste dan sebagainya.
Sama ada orang tahu atau tidak, bahawa tulisan saya ini adalah tulisan saya,
Copy & paste tulisan saya, jika anda mahu.
Kita tidak perlu risau, jika orang menuduh kita menciplak tulisan orang lain kerana pada logik akal mereka kita tidak mampu berkata demikian.
Apa yang penting, apa yang hendak disampai itu tercapai dan semata-mata kerana Allah S.W.T,
balasannya yang kita harapkan adalah di akhirat,
kita tidak mahu menjual akhirat untuk membeli dunia,

Jika kita/saya/anda menulis pasal agama,kenapa kita takut diciplak oleh orang lain? Adakah kita mahu dikenali oleh orang lain sebagai seorang yang dapat mengemukakan idea yang bernas?

Jika kita/saya/anda menulis pasal agama,kenapa kita takut diciplak oleh orang lain? Adakah kita mahu popular dan sanjungan daripada orang lain?


Jika kita/saya/anda menulis pasal agama,kenapa kita takut diciplak oleh orang lain? Adakah kita mahu menjualnya untuk mendapatkan sedikit wang royalty?

"Semua manusia berjaya disesatkan oleh iblis kecuali orang-orang yang Ikhlas"

Maka ikhlaskan agama semata-mata kerana Allah S.W.T ,semoga ilmu tidak tersekat oleh perbutan manusia yang menjual akhirat untuk mendapat dunia.

Jika mahu berniaga, janganlah "agama" turut diniagakan...... tetapi berniaga lah berlandaskan agama.

 Jual gorang pisang lebih baik daripada jual agama, jual buku matematik lebih baik daripada jual agama.

"Jadikanlah dakwah kita sebahagian jihad kita disisi Allah S.W.T,
dan bukanlah dakwah kita sebahagian daripada cita-cita kita untuk mendapat keuntungan dalam perniagaan." 
Ok. Salam sahabat semua


Saturday 5 May 2012

Apa ada pada nama?


Apa ada pada nama, nama yang kita miliki pun berkongsi dengan ramai orang lain yang mempunyai nama yang sama. Ada orang yang mempunyai nama seperti kita dari kalangan orang-orang baik dan ada juga orang yang mempunyai nama seperti kita dari kalangan orang-orang jahat.

Sesetengah orang suka mentafsirkan sikapnya berdasarkan namanya, kadang kala mereka mengikat tag nama mereka bersama-sama kunci motor untuk mendatangkan semangat baginya.

Ok lah. saya juga ingin menayang maksud nama saya(senyum) :

 Mohd Salihin.

*Mohd = adalah singkatan kepada Muhamad
 (berjuta-juta rakyat malaysia bernama "Muhamad" sebagai first name)
 *Salihin = Perlu sebut dengan betul, adalah perkataan di dalam Quran di tujukan kepada Nabi-Nabi,
                jadi ,perkataan "Salihin" bermaksud "Nabi-nabi yang soleh"

Mohd Salihin = bermaksud , Muhamad Nabi-Nabi yang soleh.


Seperti saya kata di atas, apa lah sangat yang ada pada nama, berapa ramai manusia di dunia yang bernama Mohd Salihin? terlalu ramai! ada yang baik dan ada pula yang kurang baik.

Kalau lah nama menjadi penentu segala-galanya nya, lebih baik anda letak nama anak anda sebagai
"Masuk Syurga Bin Anda" ... sudah tentu dia masuk syurga, jika ianya dinilai pada nama semata-mata.

Berbalik soal syurga dan neraka, siapa tak nak masuk syurga? Aku juga seperti kalian, mahu masuk syurga! Insya-Allah.
"Ya Allah, jadikan lah aku bersama orang-orang yang akan mendiami syurga mu nanti!






Tuesday 1 May 2012

Selain sebutan berbunyi "Muhamad" adalah Rosul Palsu.



Ramai yang mendakwa si fulan dan si fulan adalah Rosulullah,
sebenarnya itu adalah taksub dan sangkaan pengikut mereka terhadap guru-guru mereka sahaja.
Seperti:  ayah pin, kahar,guru nanak, rashad clickpar, davidian dan sebagainya. Semua itu Rosul palsu.


Berdasarkan Al-Quran

Allah turunkan kitab taurat kepada Nabi Musa.
Allah turunkan kitab injil kepada Nabi Isa
Allah turunkan kitab Quran kepada Nabi Ahmad.
Dan Muhammad adalah akhir kepada Nabi-Nabi.

 Ingatlah ketika Isa anak Mariam berkata: Hai bani Israel, sesungguhnya aku Rasul Allah kepada mu, serta membenarkan apa yang sebelum ku, iaitu Taurat dan memberi khabar gembira dengan seorang Rasul yang akan datang kemudian ku namanya Ahmad
 Ayat 5-6 : Surah Ash-Shaf


 (Muhamad tidak mempunyai anak laki-laki)
Muhamad itu bukan bapa salah seorang diantara laki-laki kamu, tetapi dia Rasul Allah dan kesudahan-kesudahan Nabi. Allah Maha mengetahui tiap-tiap sesuatu.
Ayat 40; Surah Al-Ahzab.      .

Berdasarkan Al-Quran, bahawasanya ada ruang untuk Allah mengutuskan Nabi dan Rosul baru iaitu Muhamad, jika dikehendaki oleh Allah.
Kita tidak boleh berkata, Allah tidak akan mengutuskan Nabi lagi,
nanti kita akan mengikut kehendak hawa nafsu kita mendahului kehendak Allah S.W.T.
Siapa kita untuk menafikan kehendak Allah, jika sesuatu itu dikehendaki oleh Allah.
Kita adalah hamba, dia adalah pencipta, Allah kata jadi, maka jadi lah.


Berdasarkan Hadis
Kita diberitahu bahawa, ada banyak hadis tentang kemunculan Isa alaihisalam.
Ulama berpendapat Isa alaihisalam adalah seorang Nabi.


Khutbah Nabi Terakhir
Khutbah terakhir  Nabi Rosulullah alaihisalam, yang diriwayatkan oleh banyak periwayat yang terkenal yang biasa meriwayatkan banyak hadis dan lebih sahih. Mengambil sepotong pesan baginda...

" Janganlah kamu melampau batas... berpeganglah pada kitab Allah yang ada pada kamu, nescaya kamu tidak akan sesat selamanya...."

Mengikut Al-Quran, Allah suruh kita taat kepada Rosulullah... iaitu ikut apa yang dibawa oleh baginda,
 bagi mazhab sunni memanggilnya sebagai "hadis dan sunnah"
 bagi mazhab syiah memanggilnya "ahlul bait".

Apa nama yang diberi untuk mengikut Rosulullah, yang penting kita mengikut apa yang dibawa oleh baginda dan jangan melampau batas.


Keputusannya
Berdasarkan Quran mahu pun Hadis-Hadis, Ia menjuruskan kita supaya percaya kepada kemunculan hamba Allah yang baru, yang akan membawa kebenaran.
Maka,Berdasarkan apakah untuk kamu berkata, tidak ada yang baru selepas ini?
Cuba jawap.


Jangan! Selagi mereka menunaikan Solat.

 Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim:
قال الرسول    : إنه يستعمل عليكم أمراء فتعرفون وتنكرون فمن كره فقد برىء ومن أنكر فقد سلم ولكن من رضي وتابع . قالوا : يارسول الله ألا نقاتلهم ؟ قال : لا ما أقاموا فيكم الصلاة
Maksudnya : Sesungguhnya akan muncul ke atasmu beberapa pemimpin yang kamu kenal kebaikan dan kejahatannya. Maka sesiapa yang membenci dalam hatinya maka bererti telah bebas, sesiapa yang menentang bererti selamat, sebaliknya siapa yang rela dan mengikutinya maka itulah yang  binasa. Sahabat bertanya : Wahai Rasulullah! Tidakkah lebih baik kami memerangi mereka dengan senjata?.
 Jawab nabi : Jangan! Selagi mana mereka masih solat.