Monday 24 September 2012

Sejarah Orang-Orang Yang Disucikan


Laki-laki berzina tiada berkahwin melainkan dengan perempuan berzina pula atau perempuan musyrik. Perempuan berzina tiada berkahwin melainkan dengan laki-laki berzina pula atau laki-laki musyrik.
Yang demikian itu di haramkan atas orang-orang beriman.
Ayat 3: An-Nur


Hai Nabi! sesungguhnya telah kami halalkan bagi engkau isteri-isteri engkau yang telah engkau berikan maskawinnya dan perempuan yang engkau miliki di antara tawanan perang yang diberikan Allah kepada engkau dan anak perempuan dari saudara bapa yang laki-laki, anak perempuan dari saudara bapa yang perempuan, anak perempuan dari saudara ibu yang laki-laki,anak perempuan dari saudara ibu yang perempuan yang pergi hijrah bersama engkau dan perempuan mukmin jika ia memberikan dirinya kepada Nabi, sedang Nabi mau mengahwininya. Khusus untuk engkau sahaja,bukan untuk orang-orang mukmin.   Sesungguhnya kami tahu apa yang telah kami perlukan untuk mereka(Nabi-nabi) terhadap isteri-isterinya dan hamba-hamba sahaya yang dimilikinya,supaya engkau  tiada merasa kesempitan. Allah pengampun lagi penyayang.
Ayat 50: Al-Ahzab


1. Allah haramkan ke atas orang beriman untuk berkahwin dengan orang yang berzina...
Orang berzina hendaklah berkahwin dengan orang yang berzina juga.

2. Tetapi....Jika Allah utuskan Rosul, setiap rosul yang diutus diwahyukan kitab kepadanya...
 "bila" diwahyukan kitab kepadanya, menjadi Nabi! (sebelum itu,Ketika usia remaja sebelum diutus menjadi Rosul, Allah berikan hikmah dan bijaksana kepadanya)

Bila diutuskan, Jika orang-orang mukmin beriman kepada Allah dan RosulNya, ketika itu ia seperti baru dilahirkan semula, suci dari segala dosa....."Maka, Boleh berkahwin dengan nabi, jika cukup syarat seperti di dalam ayat 50 surah Al-ahzab itu.
(Sejarah tentang Nabi kahwin ramai)
Kalau kita baca Quran, Allah takdirkan bukan semua isteri Nabi-Nabi terdahulu baik dan patuh, ada yang derhaka dan masuk neraka. Kalau lah mereka patuh, alangkah baiknya, dalam Quran,bukankah isteri nabi itu ibu orang mukmin? Ya. ibu seluruh orang mukmin.

3. So, dari cerita diatas,di akhir zaman ini,Sesiapa yang pernah melakukan zina, jangan berputus asa dari bertaubat nasuha kepada Allah S.W.T.
Jika tiada Taubat Nasuha diatas perbuatan berzina, bagaimana hendak mendapat petunjuk dalam agama.
   



Sunday 9 September 2012

Response



-Orang baik, ada tanda pada hidung,kerana beriman kepada Muhammad,kerana kesan/bekas bergesel dengan lantai ketika sujud. (dahi dan hidung adalah di muka/wajah)
-Orang jahat, ada tanda pada hidung kerana tidak beriman pada hari akhirat.


" Tipu daya Allah amat kukuh....
Kepada siapa?
...kepada orang-orang yang tidak percaya akan Ayat-Ayat Allah."
Bagaimana tu?
...dalam sesuatu yang merupakan perjanjian!









Sunday 2 September 2012

Correct!


Dalam Al-Quran tiada percanggahan isi kandungan,dengan kata lain,tiada ayat Al-quran yang menolak ayat quran yang lain. Tetapi disebabkan oleh tafsiran manusia secara "sambil lewa", secara tidak terperinci, menyebabkan ramai yang tersalah faham tafsirannya. sebagai contoh:

Dalam Quran, jika ayat quran itu menggunakan perkataan "Nabi", bermakna ia dituju kepada semua Nabi s.a.s.
Jika ayat Quran itu mengunakan perkataan "Rosul", bermakna ia dituju kepada semua para rosul s.a.s.
Jika ayat quran itu menggunakan perkataan "engkau" atau seumpamanya, ia dituju khas kepada baginda salallah alaihi wa salam.

 Sebagai contoh,
"Yatim piatu", dituju khas kepada baginda salallah alaihi wa salam dan bukan semua nabi yatim piatu. Dalam ayat ini menggunakan perkataan "engkau".
"Ada tanda di atas bahu," dituju khas kepada baginda dan bukan kepada semua nabi s.a.s, kerana ayat ini mengunakan perkataan engkau.

 Diriwayatkan oleh Abdul al-Hakim daripada Wah-hab bin Munabbih, berkata: "Allah tidak membangkitkan seseorang nabi melainkan terdapat tanda kenabian di tangan kanannya. Kecuali Nabi kita salallah alaihi wa salam, tanda kenabiannya "terletak di antara dua bahunya."