Thursday 4 October 2012

Fobia


Ada orang fobia terhadap Ayat-Ayat Al-Quran,
Ada orang fobia terhadap Hadis dan Sunnah,

1. Orang-orang yang Fobia terhadap Ayat-Ayat Al-Quran
- Bekas pengikut ajaran anti-hadis. Kerana mereka pernah ditipu dengan sengaja atau tidak sengaja dan takut ditipu lagi.
- Orang-orang yang menganggap semua Ayat Al-Quran sukar difahami.
- Orang-orang yang menganggap dengan "mengaku" menjadi Sunnah Wal Jamaah sahaja boleh masuk syurga,secara tidak langsung mereka cenderung untuk mengabaikan makna al-Quran.
Sedangkan kalau mahu menjadi sunnah wal jemaah yang sebenar hendaklah membaca makna Al-Quran.

2. Orang-orang yang fobia terhadap Hadis dan Sunnah
-  Orang-orang yang berjaya dipengaruhi oleh anasir dari barat supaya  percaya kepada Al-Quran sahaja,tidak perlu mengikut Hadis dan Sunnah.
 - Orang-orang yang mendapati bahawa banyak hadis dan sunnah telah dipalsukan, jadi, mereka takut untuk mengambil Hadis dan Sunnah.
  3 point ada dalam ingatan saya melaui pembacaan makna Al-Quran...
  1. Tidak beriman kepada Rosulullah jika tidak mengambil keputusan yang dibuat olehnya....
  2. Sesungguhnya pada rosul Allah itu contoh tauladan yang baik...
  3. Jangan mengambil sesuatu sebelum ditentukannya sahih....

Rinkasannya.... Kita hendaklah membaca seluruh makna Al-Quran...dan memahami seluruh Ayat-Ayat munkamat dan biarkan Ayat-Ayat mutashabihat kerana Allah sahaja yang tahu.


Kalau kita tidak membaca Al-Quran dan maknanya... kita akan mudah dipengaruhi oleh sesiapa,
Kita harus belajar, tetapi jangan sampai disesatkan oleh mana-mana guru yang menfatwa sesuatu mengikut kemahuannya.

Kalau kita tidak membaca Al-Quran dan maknanya seperti membaca buku yang kita minat.
Jika berguru dengan Salafi... akan jadi salafi
Jika berguru dengan Syiah.. akan jadi syiah
Jika berguru dengan Wahabbi... akan jadi Wahabi.
Jika berguru dengan Anti-Hadis... akan jadi anti-Hadis
Jika berguru dengan tarikat... akan jadi tarikat.

Bila kita sendiri membaca Al-Quran dan maknanya... barulah kita yakin tentang islam,
Tidak salah berguru dengan mana-mana guru selagi dia mengajarkan islam dan mengaku islam,
Asalkan kita dapat menapis ilmu yang disampaikannya....
Supaya kita dapat membezakan mana yang betul dan mana yang tersalah.


Banyak ilmu yang dipelajari, belum tentu ilmu yang kita anggap ilmu itu adalah ilmu di sisi Allah S.W.T
Ilmu yang sebenar adalah "kesahihan"....
Kesahihan menentukan kebenaran.
Islam itu mudah tetapi manusia sedaya upaya menyusahkannya.