Saturday 17 November 2012

mohD


Pengarang kitab memberitahu mohD adalah hidung mancung, dengan alasan, hidung mancung lebih cantik daripada hidung tidak mancung. Orang kristian menggambarkan Muhammad salalallah alaihi wa salam adalah sangat handsome, sebab itulah sebahagian orang kristian zaman Rosulullah alaihisalam dulu menolak baginda.
Pengarang kitab juga membuat ramalan, bahawa mohD adalah kaya.
Apa yang kita tahu daripada Al-Quran, Nabi-nabi yang mempunyai kerajaan yang hebat adalah daripada keturunan bani Israel, contohnya, Sulaiman dan Daud.


mohD - Hidung dia bengkok
- Daripada hadis kita dapat tahu bahawa hidung mohD adalah bengkok(tidak lurus), sahih atau tidak sahih hadis itu, Allah S.W.T sahaja yang maha mengetahuinya.

Check it Out !!
 - Bengkok bukan bermakna bongkok.
 - Kebanyakan hidung mancung adalah lurus dan tidak bengkok.....
 - Kebanyakan hidung bengkok(tidak lurus)  adalah tidak mancung atau kurang mancung.


mohD - Suka memberi,pemurah.
- Daripada hadis, kita dapat tahu mohD suka memberi,pemurah....

Check it Out!!
- Suka memberi tidak semestinya kaya.
- Jika dua orang yang mempunyai pendapatan yang sama, seorang suka memberi dan seorang kedekut, 
  siapa yang mempunyai baki yang lebih banyak? orang yang kedekut itu mempunyai baki lebih banyak dan    dianggap lebih kaya.
-Orang baik suka memberi... jika seseorang yang sangat baik, contohnya mohD, sudah tentu dia sangat suka memberi.. bila sangat suka memberi.. adakah dia masih mempunyai harta yang banyak atau kaya? kecuali ada harta cukup untuk dirinya dan keluarga sahaja. Cukup bermakna tidak kurang dan tidak lebih.

Thursday 15 November 2012

Muhammad


Yahudi, Nasrani(kristian) dan Muslim, ketiga-tiga agama wahyu ini menyebut Muhammad.
Kesemua agama wahyu ini, hari ini mengalami perpecahan fahaman yang banyak, hanya sebilangan kecil penganut Yahudi dan Nasrani yang percaya kepada muhammad.
Majority penganut yahudi berkata,tidak ada nabi lagi selepas Musa a.s,
Majority penganut Kristian pula berkata,tidak ada nabi lagi selepas Isa a.s.


Yahudi
- Dalam solat orang yahudi askenazi, antara perkataan yang disebut dalam solat mereka adalah,
   "ashadu Muhammad", "Muhammad abdullah", "salihim".... bermakna, bukan sahaja di dalam solat kita menyebut Muhammad, tetapi dalam solat umat nabi Musa a.s. juga menyebut Muhammad.

Nasrani (kristian)
- Dalam agama Nasrani juga ada menyebut Muhammad, ini telah diterangkan oleh pendakwah-pendakwah islam di Amerika seperti Ahmad Deedat dan sebagainya.

Islam (dan akhir zaman)
- Rosulullah alaihisalam juga bernama Muhammad salallah alaihi wasalam dan namanya di dalam Al-Quran adalah Ahmad, berbangsa Arab dan diwahyukan kitab Al-Quran kepadanya di Mekah dan Madinah. Banyak nabi-nabi yang di sebut dalam Quran,bahawa agama mereka adalah Islam. Maknanya, dari dahulu lagi Allah telah menamakan agama-Nya adalah Islam.

 Masa Akan Datang
- Pada masa akan datang... Muhammad adalah Imam mohD, Namanya Mohd(sound: Muhammad) dan bapanya Abdullah, dia tidak mengambil upah bila mengajar agama,dia lah yang  mengajarkan Furqan kepada kami.

Wednesday 14 November 2012

Warna Kulit.



Allah tidak menilai warna kulit kamu atau keturunan kamu untuk memberi rahmat kepada kamu.
Semua manusia dilahirkan suci bersih daripada dosa dan membesar dengan melakukan kesilapan demi kesilapan, itu adalah fitrah manusia, kerana manusia tidak bersifat sempurna dan bertaubat kepada Allah, pada dosa-dosa yang telah dilakukannya.

Allah jadikan manusia berbilang bangsa, supaya saling berkenalan diantara satu sama lain.
Lebih baik manusia memupuk sikap berkenalan dengan bangsa lain daripada memupuk sikap membenci kepada bangsa lain tanpa sebab.
 ..................................................................................................

Mukjizat Al-Quran.

Rosulullah bercakap-cakap dengan bahasa ibunda nya...
Allah wahyukan Al-Quran kepada Rosulullah salallah alaihi wasalam di dalam bahasa Arab standard (global), sedangkan Rosulullah salallah alaihi salam menggunakan bahasa Arab loghatnya sendiri.
Ini menunjukkan Al-Quran adalah wahyu daripada Allah S.W.T kepada baginda salallah alaihi salam.
di luar kemampuan Rosulullah salallah alaihi wasalam untuk menciptanya.

Dalam masyarakat Arab, Allah tidak utus seorang Rosul berbangsa Ajam.
Kalaulah Allah hendak mengutuskan seorang Rosul dalam masyaralat Ajam, sudah tentu Allah tidak memilih bangsa Arab dan memilih bangsa kaum itu sendiri.

Fitrah manusia sukakan kepada bangsa sendiri, etnik sendiri, keluarga sendiri,tempat asal sendiri dan sebagainya.
...............................................................................................


Wednesday 31 October 2012

Allah Wahyukan Kitab Kepada Rosulullah untuk Gantikan Dengan Yang Lebih Baik.

Allah menguji manusia bergantung kepada kemampuannya,Allah tidak menguji di luar kemampuan manusia.
Allah menurunkan kitab kepada kaum terdahulu,contohnya pada zaman nabi Musa, Allah turunkan taurat, di dalamnya Allah mengharamkan kepada bani Israel memakan binatang berkaki 4 kerana kederhakaan mereka kepada Allah.

Selepas terpisah lama nabi-nabi, Allah utuskan Isa Ibnu Mariam, dan Allah wahyukan kepadanya kitab Injil.
Di dalam Injil, ada yang Allah kekalkan dan ada yang Allah gantikan dengan ayat yang lebih baik.
Jika mereka mengikut Isa Ibnu mariam ketika itu, nescaya sucilah mereka daripada dosa-dosa sebelumnya.

Allah tidak membebankan manusia dengan apa yang dia tidak mampu... Allah wahyukan injil,ada yang Allah kekalkan dan ada yang Allah gantikan dengan yang lebih baik.

Selepas itu, Allah wahyukan Al-Quran kepada hambanya,Nabi Ahmad salallah alaihi wasalam, seorang Nabi berbangsa Arab, dalam kelompok masyarakat Arab, Allah tidak mengutuskan dari bangsa Ajam dalam kelompok masyarakat Arab, jika Allah utuskan bangsa Ajam,nescaya mereka enggan untuk beriman, ini turut dijelaskan di dalam Quran.

Sebelum Allah wahyukan kitab Al-Quran,ada sebahagian ahli kitab yang sudah menjangkakan kemunculan Al-Quran, setelah Al-Quran diwahyukan,mereka membacanya,bercucuran air mata mereka sebagai tanda berterima kasih kepada Allah S.W.T

ada yang Allah kekalkan dan ada yang Allah gantikan dengan ayat yang lebih baik.

" Ada yang Allah gantikan dengan ayat yang lebih baik"

Allah tahu kemampuan hambanya, Allah itu maha pengasih,maha penyayang
kemunculan Rosulullah S.A.W adalah untuk menyucikan dosa manusia,

bila saya menyebut mengenai 'menyucikan dosa manusia', bukannya saya mengikut apa yang di ajar dari agama kristian, tetapi Allah sendiri menyebut di dalam Al-Quran bahawa orang yang tidak mahu mengikut Rosulullah S.A.W adalah orang yang tidak mahu menyucikan dosanya. Contohnya Walib bin Mughirah.

Orang muslim tidak boleh mengikut ajaran kristian, tetapi dibenarkan oleh Allah S.W.T untuk kembali kepada persamaan dengan mereka.

Sebagai contoh:
dalam agama Nasrani, disebut lembu warna merah tua,
dalam agama  Islam , disebut lembu warna kuning tua,
kalau kita lihat lembu di padang, ada yang warnanya merah tua, ada yang warnanya kuning tua.
Kita sebagai orang islam, percaya pada warna kuning tua.

Contoh lain:
dalam agama Nasrani, Nabi adam dijadikan daripada debu.
dalam agama Islam, Nabi adam dijadikan daripada tanah.
berdasarkan tafsiran Al-Quran, Nabi adam dijadikan daripada 'tanah kering'.

Allahualam Bissawat.


Sebelum Masuk Kubur

 

"Dari Jabir Radiallahu Anhu katanya: Rasulullah Sallahu Alaihi Wasalam melaknat orang yang makan riba dan orang yang memberi wakil pada riba dan penulisnya dan dua saksi. Sabda baginda: Mereka itu semuanya sama pada hukum mengambil riba" (Riwayat Imam Muslim) 

Dan sesiapa yang mengulangi lagi perbuatan mengambil riba itu maka mereka itulah ahli neraka,mereka kekal didalamnya". Al-Baqarah 275 

Dan sesiapa yang mengulangi lagi perbuatan mengambil riba itu maka mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya".    Al-Baqarah 275 

.............................................

So, bertaubatlah daripada melakukan riba dengan taubat nasuha dan tidak mahu mengulangi lagi,jika kamu mahu dunia dan perhiasannya dengan cara riba, maka dapatlah dunia,dan di akhirat kekal dalam neraka. 

"benarlah kata Allah dalam Quran, orang beriman di dunia bagaikan dalam penjara, di dalam kubur pula bagaikan  syurga."

Tapuk dada tanya selera!!

Kita boleh menipu diri sendiri dengan mencipta berbagai alasan untuk terjebak dengan riba,tetapi di akhirat diri sendiri yang menanggung atas perbuatan kita sendiri,bukan orang lain.

"bersediakah anda untuk mati jika di jemput pada bila-bila masa" ?

............................................. 

Cash's Only - Tengok Boleh,Pinjam Boleh,Amal Riba Jangan,nanti masuk neraka.

 

Tuesday 30 October 2012

Ibu Ayah


Kita menyembah hanya kepada Allah,dia lah tuhan yang satu, tiada sesuatu pun yang layak untuk disekutukan dengan Allah, Subhanallah!

Kita patuh kepada Allah dan RosulNya...
Selepas itu, patuh kepada ibu bapa...

Setinggi mana pengorbanan kita kepada ibu bapa, tidak dapat kita membalas setitis susu ibu yang disuapkan kepada kita ketika kita kecil.

Berlemah lembutlah bila bersuara dengan ibu bapa, jagalah hati ibu bapa.
Bila dewasa ini,suara saya yang paling lemah lembut adalalah ketika saya bercakap-cakap dengan ibu saya.
Besarkah nilai menunaikan kebajikan ibu bapa, jika selepas itu kata-kata kita dapat menguriskan hatinya.
Selepas bertanggungjawap kepada kebajikan kepada ibu bapa, maka, jagalah hatinya selepas itu.

'Ibu' kita adalah yang melahirkan kita sahaja....
Isteri Nabi adalah memegang gelaran 'ibu', isteri Nabi bukanlah ibu yang melahirkan kita, tetapi gelaran itu diberi oleh Allah S.W.T.

Sesiapa sahaja yang melahirkan anak adalah ibu...
yang mendapat gelaran ibu di sisi Allah S.W.T adalah isteri-isteri Nabi salallah alaihi wasalam

.....................................................................................................
Ada orang lelaki menuntut ilmu agama sebaik mungkin, menjaga maruah diri, bila hendak berkahwin, ingin memilih pasangan yang baik-baik dan bermaruah, zaman hari ini, nak cari wanita yang bermaruah serta menutup aurat agak susah, kalau ada pun beberapa kerap daripada kalangan anak-anak gadis pak tabligh atau ustaz pondok.

Contohnya,Selepas itu dia dapat berkahwin dengan anak orang tabligh, baik dan berpurdah, kerana itu adalah ciri-ciri wanita yang diingininya, selepas dapat anak orang, lain pulak yang terjadi, pandangan dia dan pak mertua tak secocok, dia selalu pertikai apa yang dibuat oleh mertua dan jemaahnya.

Kerana dia tidak menghormati pandangan mertuanya....
Maka adillah sampai satu masa dan ketika,dia mendapat menantu yang terbaik yang tidak menghormati pandangannya......
....................................................................................................



Wednesday 24 October 2012

Sabar....


Point dari Quran...

(1) Allah beserta orang-orang sabar....
(2) Mereka sabar masuk mereka...

Kita mesti bersabar dengan setiap ujian Allah, setiap ujian Allah ada hikmahnya,dalam kehidupan hendaklah dihiasi dengan kesabaran yang disuruh dan ditetapkan oleh Allah S.W.T

Kita tidak disuruh menjadi seorang pengecut, bukankah kita tahu bahawa... mata dibalas dengan mata, gigi dibalas dengan gigi, setiap kisas ada kisasnya, kita tidak boleh menjadi pengecut dengan alasan berpura-pura bersabar atau cinta kepada dunia.

Kita bersabar mengikut apa yang disuruh oleh Allah S.W.T supaya bersabar,
kita membalas(kisas) mengikut apa yang dibenarkan oleh Allah tentang kisasnya(balasannya).

Ketika Nabi Isa salallah alaihi wasalam berdakwah kepada bani  Israel, jawap bani israel, kami beriman hanya kepada Allah, ini adalah alasan yang sombong.

Sedangkan yang dibawa oleh Nabi Isa itulah jalan menuju kepada keredhaan Allah,
mereka sebenarnya menentang jalan Allah dan menurut jalan-jalan syaitan.

Sabar kerana Allah... Insya-Allah akan bersama Allah!!
Jika sabar menentang Allah dan RosulNya... Sabar masuk neraka!!

Contohnya,
Apabila kita mampu membalas(kisas) kepada golongan yang lebih lemah daripada kita,tetapi kita memaafkannya, ini adalah kesabaran.
Tetapi kalau niat kita benar-benar hendak melakukan kisas(pembalasan), tetapi kita tidak melakukannya kerana disebabkan oleh kerana orang itu lebih kuat daripada kita, ini bersabar kerana takut kepada manusia, bukan bersabar kerana Allah.

Apa-apa pun, saling memaafkan orang lain dan tidak memutuskan hubungan sesama muslim adalah terbaik!!




Thursday 4 October 2012

Fobia


Ada orang fobia terhadap Ayat-Ayat Al-Quran,
Ada orang fobia terhadap Hadis dan Sunnah,

1. Orang-orang yang Fobia terhadap Ayat-Ayat Al-Quran
- Bekas pengikut ajaran anti-hadis. Kerana mereka pernah ditipu dengan sengaja atau tidak sengaja dan takut ditipu lagi.
- Orang-orang yang menganggap semua Ayat Al-Quran sukar difahami.
- Orang-orang yang menganggap dengan "mengaku" menjadi Sunnah Wal Jamaah sahaja boleh masuk syurga,secara tidak langsung mereka cenderung untuk mengabaikan makna al-Quran.
Sedangkan kalau mahu menjadi sunnah wal jemaah yang sebenar hendaklah membaca makna Al-Quran.

2. Orang-orang yang fobia terhadap Hadis dan Sunnah
-  Orang-orang yang berjaya dipengaruhi oleh anasir dari barat supaya  percaya kepada Al-Quran sahaja,tidak perlu mengikut Hadis dan Sunnah.
 - Orang-orang yang mendapati bahawa banyak hadis dan sunnah telah dipalsukan, jadi, mereka takut untuk mengambil Hadis dan Sunnah.
  3 point ada dalam ingatan saya melaui pembacaan makna Al-Quran...
  1. Tidak beriman kepada Rosulullah jika tidak mengambil keputusan yang dibuat olehnya....
  2. Sesungguhnya pada rosul Allah itu contoh tauladan yang baik...
  3. Jangan mengambil sesuatu sebelum ditentukannya sahih....

Rinkasannya.... Kita hendaklah membaca seluruh makna Al-Quran...dan memahami seluruh Ayat-Ayat munkamat dan biarkan Ayat-Ayat mutashabihat kerana Allah sahaja yang tahu.


Kalau kita tidak membaca Al-Quran dan maknanya... kita akan mudah dipengaruhi oleh sesiapa,
Kita harus belajar, tetapi jangan sampai disesatkan oleh mana-mana guru yang menfatwa sesuatu mengikut kemahuannya.

Kalau kita tidak membaca Al-Quran dan maknanya seperti membaca buku yang kita minat.
Jika berguru dengan Salafi... akan jadi salafi
Jika berguru dengan Syiah.. akan jadi syiah
Jika berguru dengan Wahabbi... akan jadi Wahabi.
Jika berguru dengan Anti-Hadis... akan jadi anti-Hadis
Jika berguru dengan tarikat... akan jadi tarikat.

Bila kita sendiri membaca Al-Quran dan maknanya... barulah kita yakin tentang islam,
Tidak salah berguru dengan mana-mana guru selagi dia mengajarkan islam dan mengaku islam,
Asalkan kita dapat menapis ilmu yang disampaikannya....
Supaya kita dapat membezakan mana yang betul dan mana yang tersalah.


Banyak ilmu yang dipelajari, belum tentu ilmu yang kita anggap ilmu itu adalah ilmu di sisi Allah S.W.T
Ilmu yang sebenar adalah "kesahihan"....
Kesahihan menentukan kebenaran.
Islam itu mudah tetapi manusia sedaya upaya menyusahkannya.




Kalau Mengaku Umat Nabi

                                   
Kalau mengaku sebagai umat Nabi, orang muslim hendaklah  menjaga diri daripada berzina,
kerana disebut dalam quran perbuatan itu tidak akan dilakukan oleh Nabi yakni tidak patut.

Ada di kalangan kita tidak mahu berzina... tetapi kadangkala menghampiri zina, ...pertama,kerana terlupa, ...kedua, kerana tanpa sedari kita yakin bahawa iman kita tebal.

Sebenarnya, Allah melarang berzina dan juga Allah melarang menghampiri zina... kedua-dua sekali Allah larang.

Bukan kami menulis bab zina supaya orang-orang yang pernah berzina berputus asa kepada Allah, tetapi supaya sesiapa jangan berzina....

-orang yang tidak pernah melakukan zina, so ,jangan berzina!

-orang yang pernah berzina, so, jangan diulang perbuatan zina itu dan bertaubat nasuha!

 "Diketahui bahawa anda tidak dapat mengundurkan masa, 
 walaupun anda tidak dapat mengundurkan masa, 
 katakanlah,"jika aku dapat mengundurkan masa,aku tidak akan melakukannya..."






Monday 1 October 2012

Rosul dan Nabi


Di sini, Saya nak berkongsi makna Rosul dan Nabi berdasarkan ayat-ayat Al-Quran.

Rosul-Rosul (Rosul Allah)
- Rosulullah adalah utusan Allah melalui perantaraan  malaikat (jibril) atau Allah sendiri berkata-kata dengannya, "sebelum" diwahyukan Kitab Allah kepadanya.

Contohnya, Nabi kita ,Allah utuskan malaikat kepadanya, sedangkan Nabi Musa, Allah berkata-kata dengannya.
berdasarkan quran kita dapat tahu bahawa, "setiap rosul yang diutus diwahyukan kitab"....


Nabi-Nabi
- Nabi adalah hamba Allah yang diturunkan Kitab Allah kepadanya... contohnya, Allah utuskan Musa menjadi Rosul.. setelah Allah turunkan kitab Taurat kepada Musa, maka Musa sudah berpangkat Nabi, Musa merasakan tidak mampu untuk berdakwah seorang diri dengan alasan ada masalah pertuturan, maka Musa berdoa kepada Allah supaya Harun bersamanya, Allah terima doa Nabi Musa dan diturunkan kitab Taurat kepada Musa dan Harun.
Maka, Musa dan Harun menjadi Nabi.

Musa adalah "Rosul" dan juga "Nabi"..
Harun adalah "Nabi"...
Musa dan Harun bersaudara.

Dalam Quran, kalau kita perhatikan kisah-kisah Rosul, sebelum diutuskan menjadi Rosul, sebelum diwahyukan kitab Allah kepadanya, Allah berikan Hikmah kepadanya...

Kitab-Kitab Allah
Taurat... tiada siapa yang mampu mencipta buku setanding Taurat, melainkan Allah mewahyukan Injil selepas itu untuk membenarkannya.
Injil... Tiada siapa yang mampu menciptakan yang setanding dengannya, melainkan Allah mewahyukan Quran untuk membenarkannya.
Kumpullah seluruh manusia dan jin untuk ciptakan setanding Quran, tiada siapa yang mampu menciptakannya, yakinlah, bahawa Kalam Allah tidak boleh ditandingi oleh sesiapa apabila Allah turunkan kepada HambaNya....

Maha Suci yang menurunkan Furqan kepada hambaNya, supaya dia memberi peringatan kepada seluruh alam. 
Ayat 1 : Surah Al-Furqan

Monday 24 September 2012

Sejarah Orang-Orang Yang Disucikan


Laki-laki berzina tiada berkahwin melainkan dengan perempuan berzina pula atau perempuan musyrik. Perempuan berzina tiada berkahwin melainkan dengan laki-laki berzina pula atau laki-laki musyrik.
Yang demikian itu di haramkan atas orang-orang beriman.
Ayat 3: An-Nur


Hai Nabi! sesungguhnya telah kami halalkan bagi engkau isteri-isteri engkau yang telah engkau berikan maskawinnya dan perempuan yang engkau miliki di antara tawanan perang yang diberikan Allah kepada engkau dan anak perempuan dari saudara bapa yang laki-laki, anak perempuan dari saudara bapa yang perempuan, anak perempuan dari saudara ibu yang laki-laki,anak perempuan dari saudara ibu yang perempuan yang pergi hijrah bersama engkau dan perempuan mukmin jika ia memberikan dirinya kepada Nabi, sedang Nabi mau mengahwininya. Khusus untuk engkau sahaja,bukan untuk orang-orang mukmin.   Sesungguhnya kami tahu apa yang telah kami perlukan untuk mereka(Nabi-nabi) terhadap isteri-isterinya dan hamba-hamba sahaya yang dimilikinya,supaya engkau  tiada merasa kesempitan. Allah pengampun lagi penyayang.
Ayat 50: Al-Ahzab


1. Allah haramkan ke atas orang beriman untuk berkahwin dengan orang yang berzina...
Orang berzina hendaklah berkahwin dengan orang yang berzina juga.

2. Tetapi....Jika Allah utuskan Rosul, setiap rosul yang diutus diwahyukan kitab kepadanya...
 "bila" diwahyukan kitab kepadanya, menjadi Nabi! (sebelum itu,Ketika usia remaja sebelum diutus menjadi Rosul, Allah berikan hikmah dan bijaksana kepadanya)

Bila diutuskan, Jika orang-orang mukmin beriman kepada Allah dan RosulNya, ketika itu ia seperti baru dilahirkan semula, suci dari segala dosa....."Maka, Boleh berkahwin dengan nabi, jika cukup syarat seperti di dalam ayat 50 surah Al-ahzab itu.
(Sejarah tentang Nabi kahwin ramai)
Kalau kita baca Quran, Allah takdirkan bukan semua isteri Nabi-Nabi terdahulu baik dan patuh, ada yang derhaka dan masuk neraka. Kalau lah mereka patuh, alangkah baiknya, dalam Quran,bukankah isteri nabi itu ibu orang mukmin? Ya. ibu seluruh orang mukmin.

3. So, dari cerita diatas,di akhir zaman ini,Sesiapa yang pernah melakukan zina, jangan berputus asa dari bertaubat nasuha kepada Allah S.W.T.
Jika tiada Taubat Nasuha diatas perbuatan berzina, bagaimana hendak mendapat petunjuk dalam agama.
   



Sunday 9 September 2012

Response



-Orang baik, ada tanda pada hidung,kerana beriman kepada Muhammad,kerana kesan/bekas bergesel dengan lantai ketika sujud. (dahi dan hidung adalah di muka/wajah)
-Orang jahat, ada tanda pada hidung kerana tidak beriman pada hari akhirat.


" Tipu daya Allah amat kukuh....
Kepada siapa?
...kepada orang-orang yang tidak percaya akan Ayat-Ayat Allah."
Bagaimana tu?
...dalam sesuatu yang merupakan perjanjian!









Sunday 2 September 2012

Correct!


Dalam Al-Quran tiada percanggahan isi kandungan,dengan kata lain,tiada ayat Al-quran yang menolak ayat quran yang lain. Tetapi disebabkan oleh tafsiran manusia secara "sambil lewa", secara tidak terperinci, menyebabkan ramai yang tersalah faham tafsirannya. sebagai contoh:

Dalam Quran, jika ayat quran itu menggunakan perkataan "Nabi", bermakna ia dituju kepada semua Nabi s.a.s.
Jika ayat Quran itu mengunakan perkataan "Rosul", bermakna ia dituju kepada semua para rosul s.a.s.
Jika ayat quran itu menggunakan perkataan "engkau" atau seumpamanya, ia dituju khas kepada baginda salallah alaihi wa salam.

 Sebagai contoh,
"Yatim piatu", dituju khas kepada baginda salallah alaihi wa salam dan bukan semua nabi yatim piatu. Dalam ayat ini menggunakan perkataan "engkau".
"Ada tanda di atas bahu," dituju khas kepada baginda dan bukan kepada semua nabi s.a.s, kerana ayat ini mengunakan perkataan engkau.

 Diriwayatkan oleh Abdul al-Hakim daripada Wah-hab bin Munabbih, berkata: "Allah tidak membangkitkan seseorang nabi melainkan terdapat tanda kenabian di tangan kanannya. Kecuali Nabi kita salallah alaihi wa salam, tanda kenabiannya "terletak di antara dua bahunya."







Thursday 9 August 2012

Bangsa yang berkomunikasi dengan Quran selepas Arab?


Bangsa Arab yang berkomunikasi dengan Quran, selepas bangsa arab adalah bangsa Melayu yang kedua terbesar (bermula dari indonesia,malaysia,brunei,singapura,filipina hinggalah ke selatan thailand) yang berkomunikasi dengan Al-Quran,sebagai orang muslim dan beragama islam.

Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang Rosul dari bangsamu, yang amat berat baginya kesusahan kamu, serta harap akan keimananmu, lagi sangat kasihan dan penyayang kepada orang-orang yang beriman

Ayat 128: At-Taubah

Thursday 2 August 2012

Who is coming with Cloud?


Perkataan Muhammad... Bila dieja jadi, = Min..Ha..Min..Da.

M(Muhmmad) , H(harun), D(Daud).

Dalam Islam ada dua Muhammad,dua Harun, dan dua Daud.

1.  Dalam Quran ada dua Harun, (1)Harun saudara Mariam dan (2) Harun Saudara Nabi Musa.
2.  Dalam Quran ada dua Daud, (1) Daud sebelum Nabi Musa dan (2) Daud selepas Nabi Musa.
  (1)Daud sebelum Nabi Musa, Allah wahyukan kepadanya kitab Zabur (2) dan Daud selepas nabi Musa   yang berjaya membunuh Jalut.

Nabi salallah alaihi wasalam, yang hidup lebih kurang 1430 tahun dulu, mengikut susunan atau turutan atau sanad/tanga ,dalam Quran disebut sebagai "Ahmad"dan dipanggil oleh "umatnya termasuk kita" sebagai Muhammad.

3. Dalam Quran, Muhammad disebut sebanyak 4 kali, dan Khatam Nabiyin.

Apakah maksud Khatam Nabiyin? Saya tidak bersetuju, maksud "Khatam Nabiyim",
adalah "Tidak ada lagi Nabi" selepas ini.
Kerana makna itu bercanggah dengan ayat Quran yang lain,di sebut dalam Quran,dalam turutan atau susunan bahawa selepas Nabi "isa" ada "Nabi-nabi" lain.
Dan tidak diberitahu bahawa selepas Nabi isa ,hanya seorang nabi.

Sesetengah orang ada tanda sujud di dahi, tanda sujud di dahi boleh hilang dalam masa lebih kurang 2 bulan atau kurang 2 bulan, Insya-Allah.

Saya selalu perhatikan, jika bertemu dengan orang yang ada tanda sujud di dahi, jika dia menentang,
Insya-Allah, dalam masa lebih kurang 2 bulan atau kurang 2 bulan, Insya-Allah, sempat hilang tanda di dahinya atau semakin menghilang walaupun tidak sempat hilang sepenuhnya.

 mereka berkata; kalau sekiranya kami dahulu mendengar atau memikirkan, niscaya kami tiada termasuk penghuni neraka.

Ayat 10: Surah Al-Mulk.






Saturday 30 June 2012

SB : Surah Baqarah


Surah Baqarah!

1. Baqarah adalah lembu betina dan bukannnya orang yang diibaratkan sebagai lembu betina.
 Ketika berkata Musa kepada kaumnya: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyembelih lembu betina. Jawap mereka itu: Adakah kau memperolok-olokkan kami?Berkata Musa: aku berlindung pada Allah,bahawa aku termasuk orang-orang jahil. (2:67)


2. Dalam quran ini,kita dapat jumpa tujuan kenapa Allah S.W.T  menyuruh Nabi Musa s.a.s menyembelih lembu betina itu, kerana ekor lembu betina itu akan digunakan untuk memukul orang yang sudah mati, sebagai salah satu mukjizat Nabi Musa s.a.s.
 Lalu Kami berkata: Pukullah orang mati itu dengan sebahagian anggota ekor lembu betina itu. Demikianlah Allah menghidupkan orang-orang mati dan memperlihatkan kepada mu ayat-ayat Nya, mudah-mudahan kamu memikirkannya. (2:73)


3. Dan bukanlah Allah menyuruh Nabi Musa s.a.s  membunuh manusia tanpa sebab, jika kamu  mengesyaki sesiapa adalah Baqarah yang dimaksudkan dan membunuh manusia itu  tanpa sebab, sebenarnya pembunuh itu adalah yang diumpamakan sebagai Baqarah dan akan dijejaki sampai ke lubang cacing.

Ketika kamu membunuh seseorang,lalu kamu berbantah-bantah tentang siapa yang membunuhnya, sedang Allah melahirkan apa-apa yang kamu sembunyikan. (2:72)


                                

Sunday 17 June 2012

Musa,Isa Dan Nabi-Nabi Dari Tuhan Mereka

Ketika Allah berkata: ya Isa sesungguhnya aku mewafatkan engkau dan meninggikan engkau kepadaKu dan menyucikan engkau dari orang-orang kafir dan menjadikan orang-orang yang mengikut engkau di atas mereka yang kafir, sampai hari kiamat. Kemudian tempat kembali kamu kepadaKu, lalu aku hukum antara kamu tentang apa-apa yang kamu perselisihkan.


Allah telah tetapkan bahawa umat Nabi Isa akan mengatasi orang-orang kafir sampai kiamat,tetapi mereka tidak boleh mengatasi orang-orang yang beriman.
 Hari ini kebanyakkan orang-orang islam sudah terpesong jauh dari ajaran agama islam yang sebenar,mereka di datangi oleh orang-orang kafir ibarat burung datang kepada bangkai,membunuh sesuka hati, ibarat buih-buih di lautan,banyak bilangan tapi lemah mempertahankan agama sendiri kerana telah dijangkiti penyakit Al-wahan, cinta kepada dunia dan takut kepada mati.

Zaman dulu, satu demi satu negara islam ditubuhkan, sehingga hari ini berapa banyak negara islam ada di dunia. Hasil daripada dakwah dan jihad umat yang awal,mereka mendapat kemenangan kerana mereka beriman kepada Allah dan Rosulullah S.A.S, mereka tidak takut kepada sesiapa dan mengharapkan sepenuhnya kepada Allah. Mereka memahami Al-Quran dengan bersungguh-sunguh, mereka memahami cara nabi dengan shahih.

(1) Hari ini, ada orang mengikut cara nabi,tetapi pada masa yang sama terbalik dengan Al-Quran, secara tidak langsung usaha mereka termasuk dalam kategori berusaha "melemahkan" Allah.
(2) Hari ini, ada orang mengikut Al-Quran, tetapi pada masa yang sama menolak Hadis dan Sunnah, kerana mereka beriman kepada ayat-ayat "Mutasyabihat" dan menolak ayat-ayat "Munkahmat". Mereka beriman kepada ayat-ayat "Mutasyabihat" untuk menolak Hadis dan Sunnah.

Seharusnya orang islam, berpegang teguh pada Al-Quran dan mengikut cara Rosulullah S.A.S.

Zaman hari ini,satu demi satu negara islam tumbang, sehingga hari ini berapa banyak negara Islam tumbang, tumbungnya negara islam bersama-sama Iman-iman mereka.

"Tercabut iman-iman di dada mereka, ibarat pokok yang sudah mati akarnya,menanti masa untuk dipukul ribut putih."



Katakanlah: Kami beriman kepada Allah dan apa-apa yang diturunkan kepada kepada Ibrahim, Ismail,Ishaq,Yaaqub dan anak-anaknya dan apa-apa yang diberikan kepada Musa,Isa dan Nabi-Nabi dari tuhan mereka; tidaklah kami membezakan seorang juga diantara mereka itu dan kami tunduk kepada Allah.
(Ayat 84: Surah Ali Imran)


Sunday 3 June 2012

Dan Dia menurunkan Furqan.

Dia menurunkan Kitab kepada engkau dengan sebenarnya serta membenarkan yang sebelumnya dan Dia menurunkan Taurat dan injil, sebelum Quran,jadi petunjuk bagi manusia dan Dia menurunkan Furqan.

Sesungguhnya orang-orang kafir  kepada ayat-ayat Allah, untuk mereka itu siksa yang keras dan Allah Maha perkasa,lagi mempunyai siksaan.

2-3: Surah Ali Imran (Keluarga Imran)(Imran adalah bapa kepada Mariam)

Sunday 27 May 2012

Caliph is Coming with Cloud and Rain



Sesungguhnya Allah tiada malu menjadikan nyamuk, untuk jadi perumpamaan atau benda yang lebih hina dari padanya. Adapun orang-orang yang beriman mengetahui, bahawa yang demikian itu suatu kebenaran dari pada tuhannya, tetapi orang-orang yang kafir berkata, apakah maksud Allah dengan perumpamaan ini? disesatkan oleh Allah dengan perumpamaan itu kebanyakan orang dan ditunjukiNya kebanyakan orang yang lain, tetapi Allah tidak meyesatkan dengan dia, kecuali orang-orang yang fasik,orang-orang yang melanggar janji Allah setelah teguhnya dan mereka itu memutuskan yang disuruh Allah memperhubungkannya, lagi mereka membuat bencana di muka bumi. Mereka itulah orang -orang merugi.

Ayat 26-27: Surah Baqarah.


Kelu-kelu untuk mengelak salah tafsir orang-orang dari kalangan kita:

1. Bukan jahat umpama nyamuk,bukan melakukan dosa umpama nyamuk dan sebagainya yang berkaitan   dengan dosa besar... Tapi hina umpama nyamuk.

2. Jika kamu beriman,kamu akan kata,"Ya,betul,ini kebenaran dari Allah". Jika kamu disesatkan oleh Allah, mungkin kamu akan berkata"Entahlah, apa makna perumpamaan ini"?

3. Allah yang memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki dan Allah juga yang tidak memberi petunjuk kepada sesiapa yang layak tidak mendapat petunjuk. Jika Allah tidak memberi petunjuk, maka Allah telah menyesatkan orang itu terhadap (mengenal) dia kerana sebab-sebab dinyatakan itu.

4. Mungkin maksud sebenar disebalik perumpamaan itu memalukan dan melucukan... tetapi Allah tidak malu untuk membandingkan khalifah pilihanNya dengan Nyamuk.


Ketika tuhanMu berfirman kepada malaikat: Sesunguhnya Aku akan menjadikan seorang khalifah diatas bumi. Maka Jawap mereka itu: Adakah patut Engkau jadikan diatas bumi orang yang akan berbuat bencana dan menumpahkan darah, sedang kami tasbih memuji Engkau dan menyucikan Engkau? Allah berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui apa-apa yang tiada kamu ketahui.
Ayat 30: surah Baqarah


Ketika pertama kali saya menghadiri satu pengumpulan jemaah manusia yang menyeru kepada melakukan kerja dakwah Nabi Salallah Alahi wa Salam (S.A.S) di Kuala Lumpur, saya terbaca tulisan di atas baju seorang pelajar,dalam kiraan saya pelajar itu berumur belasan tahun. 

Maksud tulisan itu lebih kurang bunyi begini "Tiada khalifah tanpa Tauhid dan Jihad",
Saya setuju dengan slogan itu

Al-Quran adalah panduan dari dulu sampai sekarang! Kandungannya Muktamat dan tidak ada yang mengubah kalimat Allah kecuali gagal.


Wednesday 23 May 2012

Ikhlas kerana Allah S.W.T


Jika kita berdakwah melalui tulisan semata-mata kerana Allah S.W.T atau menulis tentang agama,
bukan untuk mendapat popularity, bukan untuk mendapat wang melalui jualan tulisan dan sebagainya.

Kita tidak perlu risau tentang tulisan kita, sama ada orang nak ciplak,copy paste dan sebagainya.
Sama ada orang tahu atau tidak, bahawa tulisan saya ini adalah tulisan saya,
Copy & paste tulisan saya, jika anda mahu.
Kita tidak perlu risau, jika orang menuduh kita menciplak tulisan orang lain kerana pada logik akal mereka kita tidak mampu berkata demikian.
Apa yang penting, apa yang hendak disampai itu tercapai dan semata-mata kerana Allah S.W.T,
balasannya yang kita harapkan adalah di akhirat,
kita tidak mahu menjual akhirat untuk membeli dunia,

Jika kita/saya/anda menulis pasal agama,kenapa kita takut diciplak oleh orang lain? Adakah kita mahu dikenali oleh orang lain sebagai seorang yang dapat mengemukakan idea yang bernas?

Jika kita/saya/anda menulis pasal agama,kenapa kita takut diciplak oleh orang lain? Adakah kita mahu popular dan sanjungan daripada orang lain?


Jika kita/saya/anda menulis pasal agama,kenapa kita takut diciplak oleh orang lain? Adakah kita mahu menjualnya untuk mendapatkan sedikit wang royalty?

"Semua manusia berjaya disesatkan oleh iblis kecuali orang-orang yang Ikhlas"

Maka ikhlaskan agama semata-mata kerana Allah S.W.T ,semoga ilmu tidak tersekat oleh perbutan manusia yang menjual akhirat untuk mendapat dunia.

Jika mahu berniaga, janganlah "agama" turut diniagakan...... tetapi berniaga lah berlandaskan agama.

 Jual gorang pisang lebih baik daripada jual agama, jual buku matematik lebih baik daripada jual agama.

"Jadikanlah dakwah kita sebahagian jihad kita disisi Allah S.W.T,
dan bukanlah dakwah kita sebahagian daripada cita-cita kita untuk mendapat keuntungan dalam perniagaan." 
Ok. Salam sahabat semua


Saturday 5 May 2012

Apa ada pada nama?


Apa ada pada nama, nama yang kita miliki pun berkongsi dengan ramai orang lain yang mempunyai nama yang sama. Ada orang yang mempunyai nama seperti kita dari kalangan orang-orang baik dan ada juga orang yang mempunyai nama seperti kita dari kalangan orang-orang jahat.

Sesetengah orang suka mentafsirkan sikapnya berdasarkan namanya, kadang kala mereka mengikat tag nama mereka bersama-sama kunci motor untuk mendatangkan semangat baginya.

Ok lah. saya juga ingin menayang maksud nama saya(senyum) :

 Mohd Salihin.

*Mohd = adalah singkatan kepada Muhamad
 (berjuta-juta rakyat malaysia bernama "Muhamad" sebagai first name)
 *Salihin = Perlu sebut dengan betul, adalah perkataan di dalam Quran di tujukan kepada Nabi-Nabi,
                jadi ,perkataan "Salihin" bermaksud "Nabi-nabi yang soleh"

Mohd Salihin = bermaksud , Muhamad Nabi-Nabi yang soleh.


Seperti saya kata di atas, apa lah sangat yang ada pada nama, berapa ramai manusia di dunia yang bernama Mohd Salihin? terlalu ramai! ada yang baik dan ada pula yang kurang baik.

Kalau lah nama menjadi penentu segala-galanya nya, lebih baik anda letak nama anak anda sebagai
"Masuk Syurga Bin Anda" ... sudah tentu dia masuk syurga, jika ianya dinilai pada nama semata-mata.

Berbalik soal syurga dan neraka, siapa tak nak masuk syurga? Aku juga seperti kalian, mahu masuk syurga! Insya-Allah.
"Ya Allah, jadikan lah aku bersama orang-orang yang akan mendiami syurga mu nanti!






Tuesday 1 May 2012

Selain sebutan berbunyi "Muhamad" adalah Rosul Palsu.



Ramai yang mendakwa si fulan dan si fulan adalah Rosulullah,
sebenarnya itu adalah taksub dan sangkaan pengikut mereka terhadap guru-guru mereka sahaja.
Seperti:  ayah pin, kahar,guru nanak, rashad clickpar, davidian dan sebagainya. Semua itu Rosul palsu.


Berdasarkan Al-Quran

Allah turunkan kitab taurat kepada Nabi Musa.
Allah turunkan kitab injil kepada Nabi Isa
Allah turunkan kitab Quran kepada Nabi Ahmad.
Dan Muhammad adalah akhir kepada Nabi-Nabi.

 Ingatlah ketika Isa anak Mariam berkata: Hai bani Israel, sesungguhnya aku Rasul Allah kepada mu, serta membenarkan apa yang sebelum ku, iaitu Taurat dan memberi khabar gembira dengan seorang Rasul yang akan datang kemudian ku namanya Ahmad
 Ayat 5-6 : Surah Ash-Shaf


 (Muhamad tidak mempunyai anak laki-laki)
Muhamad itu bukan bapa salah seorang diantara laki-laki kamu, tetapi dia Rasul Allah dan kesudahan-kesudahan Nabi. Allah Maha mengetahui tiap-tiap sesuatu.
Ayat 40; Surah Al-Ahzab.      .

Berdasarkan Al-Quran, bahawasanya ada ruang untuk Allah mengutuskan Nabi dan Rosul baru iaitu Muhamad, jika dikehendaki oleh Allah.
Kita tidak boleh berkata, Allah tidak akan mengutuskan Nabi lagi,
nanti kita akan mengikut kehendak hawa nafsu kita mendahului kehendak Allah S.W.T.
Siapa kita untuk menafikan kehendak Allah, jika sesuatu itu dikehendaki oleh Allah.
Kita adalah hamba, dia adalah pencipta, Allah kata jadi, maka jadi lah.


Berdasarkan Hadis
Kita diberitahu bahawa, ada banyak hadis tentang kemunculan Isa alaihisalam.
Ulama berpendapat Isa alaihisalam adalah seorang Nabi.


Khutbah Nabi Terakhir
Khutbah terakhir  Nabi Rosulullah alaihisalam, yang diriwayatkan oleh banyak periwayat yang terkenal yang biasa meriwayatkan banyak hadis dan lebih sahih. Mengambil sepotong pesan baginda...

" Janganlah kamu melampau batas... berpeganglah pada kitab Allah yang ada pada kamu, nescaya kamu tidak akan sesat selamanya...."

Mengikut Al-Quran, Allah suruh kita taat kepada Rosulullah... iaitu ikut apa yang dibawa oleh baginda,
 bagi mazhab sunni memanggilnya sebagai "hadis dan sunnah"
 bagi mazhab syiah memanggilnya "ahlul bait".

Apa nama yang diberi untuk mengikut Rosulullah, yang penting kita mengikut apa yang dibawa oleh baginda dan jangan melampau batas.


Keputusannya
Berdasarkan Quran mahu pun Hadis-Hadis, Ia menjuruskan kita supaya percaya kepada kemunculan hamba Allah yang baru, yang akan membawa kebenaran.
Maka,Berdasarkan apakah untuk kamu berkata, tidak ada yang baru selepas ini?
Cuba jawap.


Jangan! Selagi mereka menunaikan Solat.

 Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim:
قال الرسول    : إنه يستعمل عليكم أمراء فتعرفون وتنكرون فمن كره فقد برىء ومن أنكر فقد سلم ولكن من رضي وتابع . قالوا : يارسول الله ألا نقاتلهم ؟ قال : لا ما أقاموا فيكم الصلاة
Maksudnya : Sesungguhnya akan muncul ke atasmu beberapa pemimpin yang kamu kenal kebaikan dan kejahatannya. Maka sesiapa yang membenci dalam hatinya maka bererti telah bebas, sesiapa yang menentang bererti selamat, sebaliknya siapa yang rela dan mengikutinya maka itulah yang  binasa. Sahabat bertanya : Wahai Rasulullah! Tidakkah lebih baik kami memerangi mereka dengan senjata?.
 Jawab nabi : Jangan! Selagi mana mereka masih solat.



Sunday 29 April 2012

Jika




" Jika buta,pekak dan bisu. Apakah yang terakhir di lihat,di dengar dan di ucap?

Jawapan saya :

"Jika buta, yang terakhir dilihat adalah cahaya.
Jika pekak, yang terakhir di dengar adalah bunyi
Jika bisu, yang terakhir di ucap adalah suara."







Sunday 22 April 2012

Tunjuklah


Maksud saya pada tulisan dibawah, "Tunjuklah"  adalah lawan kepada perkataan "Sesatlah".

Tunjuklah "Laillahaillallah"  = Maksudnya, Janganlah Engkau sesatkan aku dari memahami,"Laillahaillallah.

Tunjuklah "Muhammad Rosulullah" = Maksudnya, Janganlah Engkau sesatkan aku dari memahami atau mengenal, "Muhammad Rosulullah".

Ini doa saya, Perkataan "Tunjuklah" dalam doa saya juga boleh membawa maksud supaya Allah tunjuk pada ciptaan alam dan sebagainya, contohnya,dulu, tumbuh pokok yang tertulis 2 kalimah syahadah di jerman ( kalau tak silap saya, berlaku pada tahun 1982, nak kepastian lagi, pergilah sendiri ke daerah yang tumbuh pokok itu dan bertanya pada orang muslim di kawasan itu), ini adalah ayat-ayat tanda kebesaran Allah. Ini boleh memberi keimanan kepada orang-orang yang mahu mencari kebenaran, Insya-Allah.

Kalaulah zaman dahulu, zaman sebelum diturunkan Al-Quran, Orang-orang nasrani yang betul-betul berpegang pada injil dan bimbang kepada pendustaan dalam agama mereka, mereka boleh berdoa atau mungkin mereka berdoa berbunyi begini " Ya, Allah.. "Tunjuklah aku salib" (maknanya, janganlah Engkau sesatkan aku dari memahami peristiwa salib yang sebenar).

dan Allah telah ceritakan peristiwa salib itu yang sebenar-benarnya di dalam Al-Quran, satu pengetahuan baru bagi mereka, ada yang menerima dan ada yang menolak.

Allahualam Bissawat.

Bismillah, kita sebagai orang muslim, sepatutnya kita yakin kepada ayat-ayat Quran yang jelas dan terang maknanya, yang tidak jelas dan terang itu hanya Allah yang sangat mengetahuinya. Jika ada diantara kita yang memberi maknanya sendiri, sesatlah.

Sepatutnya, Orang muslim yakin pada Al-Quran dan risau(berhati-hati) pada yang selain dari Al-Quran.
Bukannya, Yakin pada yang lain dari Al-Quran tetapi risau(tidak yakin)  pada Al-Quran.

yakin pada Al-Quran, yakin pada Allah..
yakin pada yang selain dari Quran, yakin pada yang selain dari Allah..

Yakin pada ciptaan-ciptaan Allah, bahawa sesuatu kejadian yang luar biasa itu datang dari Allah S.W.T, dan manusia tidak dapat menciptanya.
jika manusia melakukan sihir, itu datang dari syaitan yang di rejam (dengan keizinan takdir Allah) dia akan mengajak kita atau meletakkan syarat-syarat supaya kita jatuh kepada syirik. itu adalah kerja syaitan.

Contohnya, apa yang telah dilakukan oleh  Samiri pada zaman Nabi Musa alaihissalam, supaya pengikut-pengikutnya menyembah anak lembu. Ini kerja syaitan.

Ringkasan perbandingan Rosul Allah dan Tukang Sihir

 (1)Kelebihan(yakni mukjizat) para Rosul .... (2)mengajak orang kepada jalan Tuhan dengan berkata,
 "Tiada tuhan selain Tuhan" (Selain daripadaNya adalah Makhluk, Tuhan hanya satu)

(1) Perbuatan sihir oleh ahli-ahli syihir.... (2) mengajak orang kepada jalan syaitan dengan berkata contohnya, "Syaitan itu tuhan sementara"(ini contoh yang sudah berlaku)


 SubHanAllah, maha suci tuhan, tuhan sekalian alam, tiada sekutu bagiNya.






Monday 16 April 2012

Petunjuk Atau Sesat

Bismilahirahmanirrahim.

Ya Allah, izinkanlah untuk aku berkata-kata dengan benar, dan janganlah engkau sesatkan aku dalam ibadat ku kepada Mu dan berikanlah petunjuk kepada ku dan redhai lah aku dan masukanlah aku dalam golongan orang-orang salih, tunjuklah aku "LaillahailAllah" dan tunjuklah  aku "Muhammad Rosulullah".

Bismillah...

Orang-orang yang sesat adalah orang-orang yang melampau batas, orang-orang yang melampau batas adalah orang-orang yang tidak mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh Allah dan rosulNya.

 1. Orang-orang yang menolak ayat-ayat Allah, tanda-tanda kebesaran Allah. contohnya, orang-orang dahulu yang menolak mukjizat yang diberikan Allah kepada rosul-rosulNya.
Atau Menolak tanda-tanda kebesaran Allah pada kejadian Alam dan sebagainya. contohnya, Allah berikan unta kepada nabi Salleh, tetapi unta itu disembelih oleh kaumnya dan mereka ditimpa bala oleh S.W.T.

 2. Mengambil sesuatu yang bukan dari Rosulullah S.A.W tetapi mendakwa perbuatan itu atau pesanan itu datang dari baginda S.A.W. Berdusta atas nama rosulullah S.A.W.

3. Menolak sesuatu yang datang dari Rosulullah S.A.W. 
Kalau kita hidup zaman Rosulullah S.A.W, kita hendaklah terus mengambil apa yang disampaikan kepada kita, kalau kita tidak hidup zaman Rosulullah S.A.W, kita hendaklah menentukannya sebagai sahih terlebih dahulu sebelum mengambilnya supaya tidak jatuh ke lembah dusta.


Rosulullah S.A.W berpesan, Taqwa itu seperti berjalan di atas batu... cuba ingat ketika anda pergi berkelah di jeram yang berbatu-batu, bagaimana caranya ketika anda berjalan di atas batu? sudah pasti tidak selaju berjalan diatas jalan tar.
Ketika berjalan diatas batu,sebelum kita memijak batu itu,kita kena pastikan batu itu licin atau tidak licin untuk dipijak,untuk memastikan kita tidak terjatuh.

Allahulam Bissawat.

 "Mereka tiada memberikan sesuatu contoh kepada engkau, melainkan Kami berikan pula kebenaran kepada engkau beserta keterangan yang terbaik." (25:33 Al-Quran)

Saturday 31 March 2012

Allah binasakan umat sebelumnya sebelum mewahyukan kitab kepada Nabi Musa


Sesungguhnya telah kami berikan kepada Musa kitab, sesudah kami binasakan umat-umat yang dahulunya, sebagai pelita hati bagi manusia dan petunjuk serta rahmat, mudah-mudahan mereka mendapat peringatan.
Ayat 43: Al-Qashash.

1. Kita banyak menpelajari sejarah, apa kata kita mengingat sejarah yang telah berlaku pada zaman dahulu kala yang dirakamkan oleh Allah S.W.T di dalam Quran,contohnya seperti di dalam ayat di atas.
Harapan kita, dengan sejarah ini... Mudah-mudahan menjadi pelita hati, mendapat petunjuk dan dirahmati oleh Allah S.W.T

Allah binasakan umat sebelumnya... sebelum mewahyukan kitab kepada Nabi Musa.

Sunday 4 March 2012

Terbit Bulan Purnama Dari Kampung "Thani"




Tala'al-Badru 'alayna,
min Thani yatil-Wada'
wajaba al-shukru 'alayna,
ma da'a lillahi da'

Ayyuha al-mab'uthu fina
ji'ta bi-al-amri al-muta'
Ji'ta sharrafta al-Madinah
marhaban ya khayra da'

Ayyuha al-mab'uthu fina
ji'ta bi-al-amri al-muta'
Ji'ta sharrafta al-Madinah
marhaban ya khayra da'

Friday 2 March 2012

Song of "Sabai Sabai"

Sabai sabai   -It's OK
thuk jai ko khop kan pai - If we like each other then we'll go together
praok chan pen khon mai son arai - Because I'm the kind of person who isn't interested in anything
mai khei khid kuan jai khrai  - I never think of bothering anybody
sabai sabai  - I'm cool; I'm "comfortable" with this arrangement
hak rau ja khop kan pai - If we go on together
chan kho phiang kwam rak le jingjai  - I'll only ask for love and sincerity.
mai khei tong karn arai   - I won't ever want anything
sabai sabai   - It's OK
leaw ther ko khong khaw jai   - And you'll probably understand,
rau nan ja yu rian ru kan pai -  We'll live and learn together.
cak thuk cak suk phiang nai   - However much pain and pleasure there is
sabai sabai   - it'll be OK

Lirik baris nombor tiga macam best je, ayat merendah diri...
"Kerana saya orang baik yang tak punya kelebihan(tarikan) dalam apa-apa pun"

Sunday 19 February 2012

Shaking Hands

When shaking hands, 8 fingers to meet
8 years, a condition for Moses must work with his father-in-law

And 2 thumbs to meet
 If Moses do not mind, he can add two more years.
And 82 is the year I was born
28 years was in 2011
If two pairs of 11 are 22
A man enough to be responsible when aged 40 years 
in the year 2022 I was 40 years old


Mohd Salihin Abdullah