Wednesday 30 November 2011

Dedikasi kepada siapa.



Ayat Quran adalah tepat, kepada siapa ayat itu ditujukan.

1. Jika sesuatu ayat itu ditujukan kepada Rosulullah S.A.S (Solallah Alaihi waSalam), maka, Ayat itu disebut dengan menggunakan perkataan "Engkau,Kamu" dan sebagainya yang sesuai.

2. Jika sesuatu ayat ditujukan khas kepada Rosul-rosul, maka ayat Quran itu akan disebut dengan menggunakan perkataan "Rosul".
Maka semua Rosul adalah begitu seperti yang disebut. Jika tidak begitu, maka hamba itu bukan Rosul.

3. Jika sesuatu ayat ditujukan khas kepada Nabi-Nabi akan disebut di dalam Quran dengan menggunakan perkataan "Nabi".
Maka semua Nabi adalah begitu seperti yang disebut. Jika tidak begitu, maka hamba itu bukan Nabi

4. Jika ditujukan khas kepada Muhammad akan disebut  menggunakan perkataan "Muhammad".
"Muhammad" hanya disebut empat kali sahaja di dalam Quran.

 Contoh:

Di dalam Al-Quran menyubut, Engkau tidak pernah membaca kitab sebelum ini dan tidak menulis dengan tangan kananmu.
Ayat ini ditujukan kepada baginda Rosulullah S.A.S, kerana baginda sebelum diwahyukan Al-Quran kepadanya , baginda tidak pernah membaca mana-mana kitab. Menyebabkan pada masa itu,ahli kitab berasa hairan untuk menolak dakwah Rosulullah S.A.S, kerana apa yang diajarkan oleh Rosulullah membenarkan kitab yang ada disampingnya dan tidak salah. Bagaimana Rosulullah boleh berkata benar? Melainkan apa yang dibawa oleh baginda itu adalah betul-betul wahyu daripada tuhan.

Dan ada Nabi-nabi lain yang belajar kitab lain selain daripada kitab yang diwahyukan kepadanya,
Contohnya ,Nabi Idris a.s dan Nabi Isa a.s , Nabi Isa a.s Allah S.W.T  wahyukan kepada baginda kitab Injil dan pada masa yang sama Allah ajarkan kitab taurat kepada baginda, kitab Taurat adalah kitab yang diwahyukan sebelumnya kepada nabi Musa a.s.

Jika Banyak sifat-sifat Rosul yang kebetulan ada persamaan dengan Rosul-rosul lain tetapi tidak di sebut sifatnya di dalam Al-Quran. Mungkin persamaan itu disebut di dalam Kitab Allah yang lain, di sebut dalam Taurat atau Injil.

Mengikut ajaran Kristian, sifat "Muhammad" adalah ada persamaan dengan sifat "Nabi Musa" Alaihi Salam.

Allah Knows Best .. Allah Lebih Mengetahui.. Allahualam Bissawat

Ameen.. perkenankan
InsyaAllah.