Saturday 19 November 2011

Quran Itu Wahyu Kepada Rosulullah dan Memberitahu kebenaran sepanjang zaman.



Ingatlah, Ketika Musa berkata kepada kaumnya: Hai Kaumku,mengapakah kamu menyakiti ku, padahal kamu mengetahui,bahawa aku Rasul Allah kepada mu. Maka tatkala mereka condong, Allah mencondongkan hati mereka. Allah tidak menunjuki kaum yang pasik.
Ingatlah ketika Isa anak Mariam (jesus) berkata: Hai bani Israel, sesungguhnya aku Rasul Allah kepada mu, serta membenarkan apa yang sebelum ku, iaitu Taurat dan memberi khabar gembira dengan seorang Rasul yang akan datang kemudian ku namanya Ahmad (Quran dan Islam). Maka tatkala Rasul itu datang kepada mereka dengan keterangan, mereka berkata: Ini sihir yang nyata.
Ayat 5-6 : Surah Ash-Shaf  (61: 5-6)


 Turutan Rosul-Rosul
 Musa, Isa, Ahmad(Quran & Islam)....
(Muhamad bukan bapa kepada mana-mana lelaki....
 ....Saya faham "Muhamad tidak akan  mempunyai anak laki-laki")


Muhammad itu bukan bapa salah seorang diantara laki-laki kamu, tetapi dia Rasul Allah dan kesudahan-kesudahan Nabi. Allah Maha mengetahui tiap-tiap sesuatu.
Ayat 40; Surah Al-Ahzab.


Nama Anak-Anak Lelaki/Putera  Rosulullah S.A.W

Abdullah bin Muhammad
Putra beliau dari Khadijah, meninggal ketika masih kecil.

Ibrahim bin Muhammad (wafat 10 H)
 Putra Nabi dari Mariah Qibtiah. Dia hanya hidup selama 18 bulan. Nabi menyaksikan ketika dia menghembuskan nafas yang terakhir sambil manitiskan air mata, beliau berkata “mata boleh manitiskan air, hati boleh bersedih, tapi kita tidak boleh mengucapkan kalimat yang tidak diridai Allah”.

Qasim bin Muhammad
Putra beliau dari Khadijah yang meninggal ketika masih kecil.