Saturday 5 November 2011

Relax lu Bro.. Ada Citer Pasal Kesan-kesan Berzina nie



Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman. (Surah An-Nuur :Ayat 2)

Kesan-kesan zina kepada seseorang ialah:

1. Menjadikan wajah pelakunya muram dan gelap.(Tak nampak aura lah pada wajah..bro n sis)

2. Membuatkan hati menjadi gelap dan mematikan sinarnya.(Wa tak tau nak Comment)

3. Menjadikan pelakunya selalu dalam kemiskinan sehingga tidak pernah berasa cukup dengan apa yang diterimanya. (duit selalu pokai tanpa sebab dan jiwa kacau)

4. Akan menghilangkan kehormatan pelakunya dan jatuh martabatnya, baik di hadapan Allah mahupun sesama manusia. (orang akan pandang hina bro.. orang pandang sebagai murahan sis)
    
6. Penzina akan dipandang manusia dengan pandangan mual dan tidak dipercayai.
   
7. Penzina mengharamkan dirinya untuk mendapat bidadari jelita (atau putera tampan) di syurga         nanti. (bab ni rasa rugilah bagi orang yang masuk syurga kalau tak dapat yang jelita giler atau     tampan giler di syurga)
     

8. Zina menghilangkan harga diri pelakunya dan merosakkan masa depannya disamping meninggalkan aib yang berpanjangan bukan sahaja kepada pelakunya malah kepada seluruh keluarganya.(orang pandang sebelah mata beb)

9. Perzinaan menyebabkan menularnya penyakit Aids, sifilis dan gonorhea atau kencing bernanah.
    (kena Aids baru padang muka)
 
10. Antara azab di akhirat nanti penzina akan dibesarkan kemaluan mereka, baik lelaki mahupun perempuan sebesar Bukit Uhud. Anda tahu Bukit Uhud?

Alhamdulillah jika kita masih suci daripada zina. Semoga kita dan anak keturunan kita terselamat daripada KESILAPAN INI! 
(Dipetik daripada petikan ustaz zawawi daripada akhbar dan ditambahkan dengan komen saya dalam kurungan/bracket ( ).
Saya ambil 9 sahaja daripada tulisan itu iaitu kesan-kesan berzina, kerana ramai orang yang takutkan kesan-kesan berzina daripada balasan berzina, kecuali bagi orang-orang yang beriman.