Sunday 20 November 2011

Kecewa - Tidak Mampu Menbaca Tulisan Wahyu Tetapi Boleh Membaca Tulisan Lain



Dalam hidup ini
Ada perkara yang kita kecewa
Arwah bapa ku dan ibu ku
Mereka boleh mengajar Al-Quran
Umur 6 tahun, bapa ku hantar ku mengaji Al-Quran
kepada seorang lelaki tua, bekas gurunya.

Aku pergi  mengaji Al-Quran bersama X,
Kini X seorang yang diperhati oleh polis dan dibenci oleh keluarga sendiri
tetapi dia dipayung oleh ahli "Mahkota", tiada ramai berani menganggu nya. .
Kini, Entah kemana X menghilangkan diri.
Kampung halaman menjadi negeri asing baginya.

Jika aku bertemu dengan X,
dia tidak pernah sombong dengan aku, tidak menyakiti hati aku.
dia kawan zaman sekolah.


Aku perhatikan, jika seseorang samseng atau gangster yang bersalah dengan polis sengaja menyakiti hati ku,
Selalu terjadi, lebih kurang 3 hari selepas itu akan ditangkap polis.


Yang aku kesal sampai sekarang...
Kenapa?
Aku belajar Al-Quran sejak umur 6 tahun lagi, sampai sekarang aku tidak boleh membaca Al-Quran,
Cuma aku menghafalkannya dan membaca maknanya.
Tetapi aku boleh membaca Jawi, ketika diatas bas, tatkala melintasi tanah perkuburan islam.. aku boleh membaca tulisan itu dalam tulisan jawi,
"Tanah Perkuburan Islam".
Sedangkan, Tidak ada orang yang mengajar aku tulisan jawi pun.