Monday 3 October 2011

Suami Isteri Bagaikan Pakaian Masing-masing

Al-Quran diwahyukan kepada Baginda Rosulullah S.A.W lebih 1400 tahun dahulu.
.
...
......
 ........
 ............
 ...................
 ..........................
Sebahagian Al-Quran, 
Allah S.W.T menegur Rosulullah S.A.W
Dan Rosulullah S.A.W menegur umatnya

Rosul patuh pada Tuhannya
Dan umat pula patuh pada Tuhan dan Rosulullah nya 
 (12 kali di sebut dalam Al-Quran,Patuh Allah,Patuh Rosul)
Bukan Alasan untuk tidak patuh kepada Rosulullah, hanya kerana Rosul berkerut dahi......

Tetapi, selidik dahulu tentang sesuatu perkara, jangan lah sehingga mengambil sesuatu yang di dakwa dari Rosulullah dan sebenarnya bukan dari Rosulullah S.A.W.
Kerana telah terjadi kepada umat Nabi terdahulu.



Berbalik kepada tajuk diatas: 

Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. 
Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Ia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. 
Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih dari benang hitam, iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib); dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid.
Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian manusia supaya mereka bertaqwa.
Ayat 187: surah Al-Baqarah. 


Apakah Fungsi Pakaian?
1. Memanaskan badan ketika kesejukan.
2. Menutup Aib


LegNote: Saya belum berkahwin lagi dan single.
(tidak semestinya kena berkahwin dulu baru boleh bercakap hal begini)