Saturday 8 October 2011

Berfikir : Al-Quran Menakjub kan



Al-Quran di dalam bahasa Arab
dan di wahyukan kepada Rosulullah S.A.W yang berbangsa Arab.
Tetapi, banyak isi kandungan Al-Quran menceritakan pasal Nabi Musa alaihissalam
dan Bani Israel.

Kerana Al-Quran itu diturunkan daripada Allah, tuhan semesta alam,
Bukan rekaan manusia
Dengan kehendak Allah, Agama Islam dapat diterima oleh seluruh masyarakat di pelusuk tanah Arab.

Cuba bayangkan:  Fikir sejenak....
Jika anda menulis sebuah buku tentang perjalanan hidup musuh tradisi kepada bangsa anda
dan menjual buku itu kepada bangsa anda sendiri.
Sudah tentu buku itu tidak laku dan orang akan menuduh anda orang gila.

Kerana Al-Quran itu wahyu Allah kepada RosulNya, ia diterima oleh masyarakat Arab dan selepas itu tersebar keseluruh dunia, segala nya dengan kehendak Allah yang
mengatasi segala perancangan manusia dan sangat mudah bagi Allah untuk menjadikan apa yang manusia sangka tidak boleh terjadi.

Tuhan kata jadi, maka jadi lah...