Friday 21 October 2011

Pegangan tanpa ragu-ragu.

1. Pegangan utama orang islam adalah Al-Quran
Kerana Al-Quran terjamin isi kandungannya sampai kiamat.

2. Hadis tidak dijamin Oleh Allah S.W.T akan kekal sampai kiamat
tanpa diubah oleh tangan manusia.

3. Jika kita menolak satu ayat Al-Quran bermakna kita menolak seluruh Al-Quran.
Kita hendaklah menolak tafsiran Al-Quran yang tidak betul
dan mengambil tafsiran yang betul dan tepat.
Kita tidak boleh mengambil ahli kitab yahudi atau pun nasrani
untuk mentafsirkan Ayat-Ayat Al-Quran.
Nescaya mereka akan memanipulasikan kita supaya mengikut agama mereka.

4. Kita hendaklah mengutamakan Ayat Al-Quran daripada segala-galanya....,
    Selepas itu boleh mengambil hadis yang tidak bercanggah dengan Ayat Al-Quran
    Boleh mengambil sunnah yang tidak bercanggah dengan Ayat Al-Quran.
    Cuba bayangkan, jika ada hadis yang sahih perawinya tetapi telah diubahkan ayatnya menjadikan kita  
    menyekutukan Allah, adakah kita mahu ikut? sudah tentu tidak!
    seperti mana yang telah terjadi kepada agama Kristian.

5. Ada ayat Al-Quran yang jelas dan terang maknanya... kita hendaklah beriman kepada ayat itu.
    Ayat Ayat Al-Quran yang tidak mampu kita fahami,hanya Allah dan Rosul-Nya sahaja yang tahu.
    Kalau kita cuba mentafsirkannya, nescaya sesatlah kita.