Thursday 20 October 2011

Guna Akal

Saya cuba senaraikan beberapa statemant yang terdapat di dalam Al-Quran untuk kita berfikir, kerana Al-Quran sendiri menberitahu bahawa "Orang buta adalah orang yang tidak menggunakan akalnya".
Maka,gunakanlah akal untuk memahami Ayat Al-Quran.

1. Umat yang awal ramai masuk syurga dan umat yang akhir sedikit masuk syurga.
2. Dunia bagaikan penjara bagi orang beriman dan bagaikan syurga bagi orang kafir.
    Di dalam Kubur terdapat dua macam iaitu Taman syurga atau Lubang neraka.
3. Ada orang sakit yang amat sangat ketika hendak mati dan ada orang terasa mati itu seperti keluar angin
    sahaja.
4. Turutan Nama Nabi di dalam Al-Quran adalah, selepas Musa adalah Isa, dan selepas Isa adalah
    Ahmad(Al-Quran dan islam). Dan penutupnya adalah Muhammad.


Apakah pangkat Al-Mahdi sebenarnya?
Orang biasa atau rosul Allah? Jika Rosul Allah hendaklah memenuhi ciri-ciri Rosul yang disebut di dalam Al-Quran.

Al-Quran suruh kita bertanya kepada orang ahli zikir...

"Ringkas ceritanya, anda perlu bertanya kepada orang yang ada ciri-ciri ini.
-Pertama,Orang yang selalu mengingati Allah S.W.T beserta selalu berzikir,
-Hendak meyakinkan lagi, orang yang hendak ditanya itu hendaklah ada kesan sujud di dahi.
-Hendak meyakinkan lagi, orang yang hendak ditanya itu hendaklah "makna dan maksud" Ayat Al-Quran  berada dalam kepala nya. iaitu Orang yang membaca Al-Quran seperti membaca buku, Arif pasal cerita di dalam  Al-Quran.

Selamat bertanya.... dan anda akan dapat jawapannya sendiri.

"Orang-orang yang Kami berikan Kitab itu mengetahui serta mengenalinya sebagaimana mereka mengenal anak-anak mereka sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian dari mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu, sedang mereka mengetahui." 146: Al-Baqarah


Rosulullah S.A.W pernah berpesan:
Islam bermula dengan terasing dan berakhir dengan terasing...........
Maka, beruntunglah Orang terasing,
Al-Quran ada menyatakan,"Ahli syurga disangka sebagai ahli neraka"
Kerana ahli syurga disangkakan sesat di pandangan orang ramai.
Kerana telah tetap perjanjian Allah dalam Al-Quran, umat yang akhir sedikit masuk syurga.
Tuhan telah berjanji dalam Al-Quran akan penuhkan api neraka dengan manusia dan jin sebagai bahan bakarannya..........

Ya Allah Ya Rabbi, Aku tidak sanggup menjadi bahan bakaran api neraka Mu, Maka selamatkan lah aku dan seluruh keluarga ku daripada menjadi bahan bakaran Api neraka Mu yang sangat azab itu.