Saturday 29 October 2011

Orang dahulu ada yang mengubah berita.


Orang dahulu ada yang mengubah berita yang disampaikan daripada Rosulullah kepadanya
mungkin atas sebab perkauman,cemburu dan sebagainya.

Contohnya,
Jika bangsa dia kulit hitam, dia akan memadam perkataan "kulit putih" dan menukar dengan
perkataan "kulit hitam".
Jika bangsa dia kulit putih, dia akan memadam perkataan "kulit hitam" dan menggantikan dengan
perkataan "kulit putih"
Jika bangsa dia hidung tinggi, dia akan tukar perkataan "hidung rendah" kepada perkataan "hidung tinggi"
Jika bangsa dia hidung rendah, dia akan tukar perkataan "hidung tinggi" kepada perkataan "hidung rendah"
Jika bangsa dia rambut kerinting, dia akan tukar perkataan "rambut lurus" kepada perkataan "rambut kerinting" dan sebagainya...

Tetapi orang dahulu tidak boleh mengubah ayat Al-Quran kerana terjamin hingga kiamat...
Hadis dan sunnah yang tidak bercanggah dengan Al-Quran adalah sumber rujukan selepas Al-Quran.

Al-Quran turut mencatat bahawa orang dahulu kala telah mengubah berita daripada Rosul-Nya.

Kemudian orang-orang yang zalim itu mengubah perkataan yang dikatakan kepada mereka
dengan melakukan sebaliknya; maka Kami turunkan ke atas orang-orang yang zalim itu bala bencana dari langit,dengan sebab mereka sentiasa berlaku fasik. - Ayat 59,Surah Al-Baqarah


Sunnatullah tidak pernah berubah...