Saturday 30 June 2012

SB : Surah Baqarah


Surah Baqarah!

1. Baqarah adalah lembu betina dan bukannnya orang yang diibaratkan sebagai lembu betina.
 Ketika berkata Musa kepada kaumnya: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyembelih lembu betina. Jawap mereka itu: Adakah kau memperolok-olokkan kami?Berkata Musa: aku berlindung pada Allah,bahawa aku termasuk orang-orang jahil. (2:67)


2. Dalam quran ini,kita dapat jumpa tujuan kenapa Allah S.W.T  menyuruh Nabi Musa s.a.s menyembelih lembu betina itu, kerana ekor lembu betina itu akan digunakan untuk memukul orang yang sudah mati, sebagai salah satu mukjizat Nabi Musa s.a.s.
 Lalu Kami berkata: Pukullah orang mati itu dengan sebahagian anggota ekor lembu betina itu. Demikianlah Allah menghidupkan orang-orang mati dan memperlihatkan kepada mu ayat-ayat Nya, mudah-mudahan kamu memikirkannya. (2:73)


3. Dan bukanlah Allah menyuruh Nabi Musa s.a.s  membunuh manusia tanpa sebab, jika kamu  mengesyaki sesiapa adalah Baqarah yang dimaksudkan dan membunuh manusia itu  tanpa sebab, sebenarnya pembunuh itu adalah yang diumpamakan sebagai Baqarah dan akan dijejaki sampai ke lubang cacing.

Ketika kamu membunuh seseorang,lalu kamu berbantah-bantah tentang siapa yang membunuhnya, sedang Allah melahirkan apa-apa yang kamu sembunyikan. (2:72)