Sunday 17 June 2012

Musa,Isa Dan Nabi-Nabi Dari Tuhan Mereka

Ketika Allah berkata: ya Isa sesungguhnya aku mewafatkan engkau dan meninggikan engkau kepadaKu dan menyucikan engkau dari orang-orang kafir dan menjadikan orang-orang yang mengikut engkau di atas mereka yang kafir, sampai hari kiamat. Kemudian tempat kembali kamu kepadaKu, lalu aku hukum antara kamu tentang apa-apa yang kamu perselisihkan.


Allah telah tetapkan bahawa umat Nabi Isa akan mengatasi orang-orang kafir sampai kiamat,tetapi mereka tidak boleh mengatasi orang-orang yang beriman.
 Hari ini kebanyakkan orang-orang islam sudah terpesong jauh dari ajaran agama islam yang sebenar,mereka di datangi oleh orang-orang kafir ibarat burung datang kepada bangkai,membunuh sesuka hati, ibarat buih-buih di lautan,banyak bilangan tapi lemah mempertahankan agama sendiri kerana telah dijangkiti penyakit Al-wahan, cinta kepada dunia dan takut kepada mati.

Zaman dulu, satu demi satu negara islam ditubuhkan, sehingga hari ini berapa banyak negara islam ada di dunia. Hasil daripada dakwah dan jihad umat yang awal,mereka mendapat kemenangan kerana mereka beriman kepada Allah dan Rosulullah S.A.S, mereka tidak takut kepada sesiapa dan mengharapkan sepenuhnya kepada Allah. Mereka memahami Al-Quran dengan bersungguh-sunguh, mereka memahami cara nabi dengan shahih.

(1) Hari ini, ada orang mengikut cara nabi,tetapi pada masa yang sama terbalik dengan Al-Quran, secara tidak langsung usaha mereka termasuk dalam kategori berusaha "melemahkan" Allah.
(2) Hari ini, ada orang mengikut Al-Quran, tetapi pada masa yang sama menolak Hadis dan Sunnah, kerana mereka beriman kepada ayat-ayat "Mutasyabihat" dan menolak ayat-ayat "Munkahmat". Mereka beriman kepada ayat-ayat "Mutasyabihat" untuk menolak Hadis dan Sunnah.

Seharusnya orang islam, berpegang teguh pada Al-Quran dan mengikut cara Rosulullah S.A.S.

Zaman hari ini,satu demi satu negara islam tumbang, sehingga hari ini berapa banyak negara Islam tumbang, tumbungnya negara islam bersama-sama Iman-iman mereka.

"Tercabut iman-iman di dada mereka, ibarat pokok yang sudah mati akarnya,menanti masa untuk dipukul ribut putih."



Katakanlah: Kami beriman kepada Allah dan apa-apa yang diturunkan kepada kepada Ibrahim, Ismail,Ishaq,Yaaqub dan anak-anaknya dan apa-apa yang diberikan kepada Musa,Isa dan Nabi-Nabi dari tuhan mereka; tidaklah kami membezakan seorang juga diantara mereka itu dan kami tunduk kepada Allah.
(Ayat 84: Surah Ali Imran)