Tuesday 1 May 2012

Selain sebutan berbunyi "Muhamad" adalah Rosul Palsu.



Ramai yang mendakwa si fulan dan si fulan adalah Rosulullah,
sebenarnya itu adalah taksub dan sangkaan pengikut mereka terhadap guru-guru mereka sahaja.
Seperti:  ayah pin, kahar,guru nanak, rashad clickpar, davidian dan sebagainya. Semua itu Rosul palsu.


Berdasarkan Al-Quran

Allah turunkan kitab taurat kepada Nabi Musa.
Allah turunkan kitab injil kepada Nabi Isa
Allah turunkan kitab Quran kepada Nabi Ahmad.
Dan Muhammad adalah akhir kepada Nabi-Nabi.

 Ingatlah ketika Isa anak Mariam berkata: Hai bani Israel, sesungguhnya aku Rasul Allah kepada mu, serta membenarkan apa yang sebelum ku, iaitu Taurat dan memberi khabar gembira dengan seorang Rasul yang akan datang kemudian ku namanya Ahmad
 Ayat 5-6 : Surah Ash-Shaf


 (Muhamad tidak mempunyai anak laki-laki)
Muhamad itu bukan bapa salah seorang diantara laki-laki kamu, tetapi dia Rasul Allah dan kesudahan-kesudahan Nabi. Allah Maha mengetahui tiap-tiap sesuatu.
Ayat 40; Surah Al-Ahzab.      .

Berdasarkan Al-Quran, bahawasanya ada ruang untuk Allah mengutuskan Nabi dan Rosul baru iaitu Muhamad, jika dikehendaki oleh Allah.
Kita tidak boleh berkata, Allah tidak akan mengutuskan Nabi lagi,
nanti kita akan mengikut kehendak hawa nafsu kita mendahului kehendak Allah S.W.T.
Siapa kita untuk menafikan kehendak Allah, jika sesuatu itu dikehendaki oleh Allah.
Kita adalah hamba, dia adalah pencipta, Allah kata jadi, maka jadi lah.


Berdasarkan Hadis
Kita diberitahu bahawa, ada banyak hadis tentang kemunculan Isa alaihisalam.
Ulama berpendapat Isa alaihisalam adalah seorang Nabi.


Khutbah Nabi Terakhir
Khutbah terakhir  Nabi Rosulullah alaihisalam, yang diriwayatkan oleh banyak periwayat yang terkenal yang biasa meriwayatkan banyak hadis dan lebih sahih. Mengambil sepotong pesan baginda...

" Janganlah kamu melampau batas... berpeganglah pada kitab Allah yang ada pada kamu, nescaya kamu tidak akan sesat selamanya...."

Mengikut Al-Quran, Allah suruh kita taat kepada Rosulullah... iaitu ikut apa yang dibawa oleh baginda,
 bagi mazhab sunni memanggilnya sebagai "hadis dan sunnah"
 bagi mazhab syiah memanggilnya "ahlul bait".

Apa nama yang diberi untuk mengikut Rosulullah, yang penting kita mengikut apa yang dibawa oleh baginda dan jangan melampau batas.


Keputusannya
Berdasarkan Quran mahu pun Hadis-Hadis, Ia menjuruskan kita supaya percaya kepada kemunculan hamba Allah yang baru, yang akan membawa kebenaran.
Maka,Berdasarkan apakah untuk kamu berkata, tidak ada yang baru selepas ini?
Cuba jawap.


Jangan! Selagi mereka menunaikan Solat.

 Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim:
قال الرسول    : إنه يستعمل عليكم أمراء فتعرفون وتنكرون فمن كره فقد برىء ومن أنكر فقد سلم ولكن من رضي وتابع . قالوا : يارسول الله ألا نقاتلهم ؟ قال : لا ما أقاموا فيكم الصلاة
Maksudnya : Sesungguhnya akan muncul ke atasmu beberapa pemimpin yang kamu kenal kebaikan dan kejahatannya. Maka sesiapa yang membenci dalam hatinya maka bererti telah bebas, sesiapa yang menentang bererti selamat, sebaliknya siapa yang rela dan mengikutinya maka itulah yang  binasa. Sahabat bertanya : Wahai Rasulullah! Tidakkah lebih baik kami memerangi mereka dengan senjata?.
 Jawab nabi : Jangan! Selagi mana mereka masih solat.