Wednesday 23 May 2012

Ikhlas kerana Allah S.W.T


Jika kita berdakwah melalui tulisan semata-mata kerana Allah S.W.T atau menulis tentang agama,
bukan untuk mendapat popularity, bukan untuk mendapat wang melalui jualan tulisan dan sebagainya.

Kita tidak perlu risau tentang tulisan kita, sama ada orang nak ciplak,copy paste dan sebagainya.
Sama ada orang tahu atau tidak, bahawa tulisan saya ini adalah tulisan saya,
Copy & paste tulisan saya, jika anda mahu.
Kita tidak perlu risau, jika orang menuduh kita menciplak tulisan orang lain kerana pada logik akal mereka kita tidak mampu berkata demikian.
Apa yang penting, apa yang hendak disampai itu tercapai dan semata-mata kerana Allah S.W.T,
balasannya yang kita harapkan adalah di akhirat,
kita tidak mahu menjual akhirat untuk membeli dunia,

Jika kita/saya/anda menulis pasal agama,kenapa kita takut diciplak oleh orang lain? Adakah kita mahu dikenali oleh orang lain sebagai seorang yang dapat mengemukakan idea yang bernas?

Jika kita/saya/anda menulis pasal agama,kenapa kita takut diciplak oleh orang lain? Adakah kita mahu popular dan sanjungan daripada orang lain?


Jika kita/saya/anda menulis pasal agama,kenapa kita takut diciplak oleh orang lain? Adakah kita mahu menjualnya untuk mendapatkan sedikit wang royalty?

"Semua manusia berjaya disesatkan oleh iblis kecuali orang-orang yang Ikhlas"

Maka ikhlaskan agama semata-mata kerana Allah S.W.T ,semoga ilmu tidak tersekat oleh perbutan manusia yang menjual akhirat untuk mendapat dunia.

Jika mahu berniaga, janganlah "agama" turut diniagakan...... tetapi berniaga lah berlandaskan agama.

 Jual gorang pisang lebih baik daripada jual agama, jual buku matematik lebih baik daripada jual agama.

"Jadikanlah dakwah kita sebahagian jihad kita disisi Allah S.W.T,
dan bukanlah dakwah kita sebahagian daripada cita-cita kita untuk mendapat keuntungan dalam perniagaan." 
Ok. Salam sahabat semua