Saturday 5 May 2012

Apa ada pada nama?


Apa ada pada nama, nama yang kita miliki pun berkongsi dengan ramai orang lain yang mempunyai nama yang sama. Ada orang yang mempunyai nama seperti kita dari kalangan orang-orang baik dan ada juga orang yang mempunyai nama seperti kita dari kalangan orang-orang jahat.

Sesetengah orang suka mentafsirkan sikapnya berdasarkan namanya, kadang kala mereka mengikat tag nama mereka bersama-sama kunci motor untuk mendatangkan semangat baginya.

Ok lah. saya juga ingin menayang maksud nama saya(senyum) :

 Mohd Salihin.

*Mohd = adalah singkatan kepada Muhamad
 (berjuta-juta rakyat malaysia bernama "Muhamad" sebagai first name)
 *Salihin = Perlu sebut dengan betul, adalah perkataan di dalam Quran di tujukan kepada Nabi-Nabi,
                jadi ,perkataan "Salihin" bermaksud "Nabi-nabi yang soleh"

Mohd Salihin = bermaksud , Muhamad Nabi-Nabi yang soleh.


Seperti saya kata di atas, apa lah sangat yang ada pada nama, berapa ramai manusia di dunia yang bernama Mohd Salihin? terlalu ramai! ada yang baik dan ada pula yang kurang baik.

Kalau lah nama menjadi penentu segala-galanya nya, lebih baik anda letak nama anak anda sebagai
"Masuk Syurga Bin Anda" ... sudah tentu dia masuk syurga, jika ianya dinilai pada nama semata-mata.

Berbalik soal syurga dan neraka, siapa tak nak masuk syurga? Aku juga seperti kalian, mahu masuk syurga! Insya-Allah.
"Ya Allah, jadikan lah aku bersama orang-orang yang akan mendiami syurga mu nanti!