Friday 23 September 2011

Tahu Tersilap Tapi Tidak Tahu Tempatnya

Bismillahirahmanirahim.

Setiap Manusia melakukan kesilapan
Cara untuk memulangkan kesilapan kita adalah
Bertaubat kepada yang Satu
Dialah penerima ampunan
Tanpa membeza warna kulit dan pangkat
Dialah pemberi rezeki
Tanpa mengira kafir atau muslim
Banyak atau sikit
Malas atau rajin


Jika kita tahu silap kita
Tapi tidak tahu dimana punca silap kita
Tidak perlu kita memcari puncanya
Jika kita tidak akan bertemu puncanya
Terus bertaubat
Jika kita tahu silap kita
Tempat kita tahu itu adalah silap kita
Kalau kita tidak mengakuinya
Itu sudah dikira sombong, ego dan takbur.
Biarlah kita malu didunia
Asalkan jiwa tenang sepanjang masa
dengan penyesalan kita
Daripada kita takbur
yang membuat kita gelisah sepanjang waktu.

Iblis tahu dia disesatkan Oleh Allah S.W.T
Dia kecewa disesatkan
Dia tahu tapi akhirnya dia sanggup menerima kesesatan itu
Semata-mata kerana malu
untuk tunduk kepada makhluk
yang lebih rendah darjat daripadanya.

Tuhan Terimalah Taubatku !!