Monday 12 September 2011

Jika Kisah Adam Dan Hawa Berulang?



Jika Aku Adalah Adam
Kau adalah Hawa....
Siapakah?
yang merancang sehingga Adam dan Hawa
bertelanjang bulat jatuh ke bumi.

Adam sangat inginkan teman hidup
maka dijadikan hawa untuknya

Bila sebut Adam
Seluruh lelaki adalah Adam
Bila sebut Hawa
Seluruh Wanita adalah Hawa.

Maka datang lah adam ke tempat
seperti dalam perjanjian
kali ke empat
Hawa sudah menanti
menanti dengan senyuman manis

Di hadapan terhidam
makanan dan minuman
Adam sudah diberi alamat
supaya berjaga-gaja dengan makanan dan miniman
ADAM TERLUPA
Hawa kata tidak mengapa
Demi Kau dan Aku untuk terus bersama sampai syurga

Adam dan Hawa
Makan dan minum semua yang ada
Dalam banyak-banyak gelas
Ada gelas arak yang tidak diberitahu
Maka adam tidak sedar diri
Hawa separuh sedar
Dibawa oleh mereka ke hotel
Sebaik sahaja sampai di hotel
Empat minit kemudian
Datanglah malaikat ibu negeri
Berpakaian serba putih
Mengetuk pintu dan memberi salam
Adam dibawa keluar dari kamar
Maka Bermulalah kisah baru
Adam dan Hawa

Adam masih suci
Tuhan selamatkan dia dalam rancangan itu.
Adam tidak menyentuh hawa
Melainkan selepas mereka disatukan secara halal.