Friday 16 September 2011

Rahsia Mudah Nak masuk syurga Berdasarkan Al-Quran

Diantara syarat-syarat mudah yang difirmankan oleh Allah S.W.T di dalam Al-Quran untuk masuk syurga adalah : Buat Tiga perkara ini,

1. Jangan Tinggal Solat (Keep perform solah/worshipping god)
2. Bersedekah.
3. Membaca Al-Quran (dan maknanya sekali - kerana kita bukan orang arab yang faham bahasa arab)

So, jika buat 3 perkara diatas, berbahagialah di hari akhirat, itu adalah janji tuhan di dalam Al-Quran.
Bukan janji manusia dan sesiapa.
Nampak macam senang untuk buat 3 perkara diatas... tapi tidak sampai 1% pun orang disekeliling kita yang cukup syarat diatas.


LegNote :
Solat kita... tanda kita sujud dan patuh kepada Allah S.W.T
Sedekah kita... Tanda kita kasih dan simpati sesama manusia, mudah-mudahan Allah simpati kepada kita untuk dihumbankan ke dalam neraka,Simpati di balas dengan simpati.
Membaca Al-Quran.. Untuk kita memahami ayat-ayat nya dan patuh kepada ayat-ayat nya, barulah kita terasa bahawa dunia ini bagi orang yang beriman bagaikan penjara, dan kubur bagaikan taman syurga.

Syurga itu hak Allah, Dia Boleh memilih kepada sesiapa yang dia hendak berikan... Sekuat mana amalan kita, hanyalah untuk mendapat redha Allah ke syurga... Tapi, sebanyak mana sekalipun amalan kita,untuk membayar harga sebiji mata yang dianugerahkan Allah S.W.T kepada kita, tidak mampu untuk kita berbuat sedemikian, tidak sama nilainya.


 Jika tidak pandai membaca Al-Quran?
 -Jika tidak pandai membaca Al-Quran daripada huruf-hurufnya,membaca dengan cara mengahafal bacaannya,bagus jugak, lebih tepat bacaannya.