Sunday 14 August 2011

Tidak Boleh Menipu Hal Agama

Kita tidak boleh mengunakan agama untuk menipu orang lain demi kepntingan sendiri, biasanya kalau menggunakan agama untuk menipu orang lain akan terkena perkara misteri atau ditimpa bala.

Ada satu cerita yang terjadi di kampung kami, seorang lelaki berniat untuk merampas tanah orang lain dan bersumpah palsu di hadapan Al-Quran di mahkamah. Semasa dalam perjalanan pulang, sebatang pokok menimpa keretanya, pokok itu betul-betul menimpa diatasnya, dia seorang sahaja yang meninggal dunia dalam tragedi itu sedangkan orang lain di dalam kereta semuanya selamat.
kisah tauladan ini sudah agak lama terjadi dan diceritakan kepada kami.

Adakah berani untuk menipu orang lain demi kepentingan sendiri dengan menggunakan agama,contohnya Al-Quran dan sebagainya, cuba bayangkan jika mati tiba-tiba sebelum sempat bertaubat, alangkah penderitaan di akhirat berpanjangan.....
Aunzubillah!