Thursday 25 August 2011

Ayat Pokok Cherry Part 2 : Pasal Jodoh.. Let's Cool


Bismillahirahmanirahim....

Tuhan telah tetapkan jodoh seseorang itu sejak azali lagi....

Jika ada Seseorang yang anda sangat cinta padanya....
 Don't worry.. be Cool!!
JIKA dia jodoh anda...  
Allah akan tutup pintu hati dia untuk mencintai orang lain,
 Walaupun berapa ramai orang yang dia temui....
Walaupun berapa hebat orang yang datang ...
Walaupun berapa banyak ayat power yang dilemparkan...
(Nak banyak lagi,tambah "walaupun" anda sendiri!!)
.....sehinggalah dia menemui anda, barulah pintu hati dia terbuka.

Bagaikan setangkai anak kunci... 
hanya satu sahaja yang dapat membuka kunci.
Andalah kuncinya...

JIKA dia bukan jodoh anda...
Anggaplah itu semua ketentuan dari yang maha mengetahui,
Dia yang menciptakan kita semua,
Dia lebih mengetahui tentang kita semua.

Kita patut rasa berterima kasih kepada Allah dengan apa jua ketetapannya,
Alhamdulillah!
Lagi pun, kita tak bayar "Seposen" pun dengan ketetapan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.
Kepada kita semua.


LegNote: bab kata hati yg "rebel" kebanyakan owang, nak dia jugak! xde dah owang laen.