Sunday 2 September 2012

Correct!


Dalam Al-Quran tiada percanggahan isi kandungan,dengan kata lain,tiada ayat Al-quran yang menolak ayat quran yang lain. Tetapi disebabkan oleh tafsiran manusia secara "sambil lewa", secara tidak terperinci, menyebabkan ramai yang tersalah faham tafsirannya. sebagai contoh:

Dalam Quran, jika ayat quran itu menggunakan perkataan "Nabi", bermakna ia dituju kepada semua Nabi s.a.s.
Jika ayat Quran itu mengunakan perkataan "Rosul", bermakna ia dituju kepada semua para rosul s.a.s.
Jika ayat quran itu menggunakan perkataan "engkau" atau seumpamanya, ia dituju khas kepada baginda salallah alaihi wa salam.

 Sebagai contoh,
"Yatim piatu", dituju khas kepada baginda salallah alaihi wa salam dan bukan semua nabi yatim piatu. Dalam ayat ini menggunakan perkataan "engkau".
"Ada tanda di atas bahu," dituju khas kepada baginda dan bukan kepada semua nabi s.a.s, kerana ayat ini mengunakan perkataan engkau.

 Diriwayatkan oleh Abdul al-Hakim daripada Wah-hab bin Munabbih, berkata: "Allah tidak membangkitkan seseorang nabi melainkan terdapat tanda kenabian di tangan kanannya. Kecuali Nabi kita salallah alaihi wa salam, tanda kenabiannya "terletak di antara dua bahunya."