Thursday, 9 August 2012

Bangsa yang berkomunikasi dengan Quran selepas Arab?


Bangsa Arab yang berkomunikasi dengan Quran, selepas bangsa arab adalah bangsa Melayu yang kedua terbesar (bermula dari indonesia,malaysia,brunei,singapura,filipina hinggalah ke selatan thailand) yang berkomunikasi dengan Al-Quran,sebagai orang muslim dan beragama islam.

Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang Rosul dari bangsamu, yang amat berat baginya kesusahan kamu, serta harap akan keimananmu, lagi sangat kasihan dan penyayang kepada orang-orang yang beriman

Ayat 128: At-Taubah

Thursday, 2 August 2012

Who is coming with Cloud?


Perkataan Muhammad... Bila dieja jadi, = Min..Ha..Min..Da.

M(Muhmmad) , H(harun), D(Daud).

Dalam Islam ada dua Muhammad,dua Harun, dan dua Daud.

1.  Dalam Quran ada dua Harun, (1)Harun saudara Mariam dan (2) Harun Saudara Nabi Musa.
2.  Dalam Quran ada dua Daud, (1) Daud sebelum Nabi Musa dan (2) Daud selepas Nabi Musa.
  (1)Daud sebelum Nabi Musa, Allah wahyukan kepadanya kitab Zabur (2) dan Daud selepas nabi Musa   yang berjaya membunuh Jalut.

Nabi salallah alaihi wasalam, yang hidup lebih kurang 1430 tahun dulu, mengikut susunan atau turutan atau sanad/tanga ,dalam Quran disebut sebagai "Ahmad"dan dipanggil oleh "umatnya termasuk kita" sebagai Muhammad.

3. Dalam Quran, Muhammad disebut sebanyak 4 kali, dan Khatam Nabiyin.

Apakah maksud Khatam Nabiyin? Saya tidak bersetuju, maksud "Khatam Nabiyim",
adalah "Tidak ada lagi Nabi" selepas ini.
Kerana makna itu bercanggah dengan ayat Quran yang lain,di sebut dalam Quran,dalam turutan atau susunan bahawa selepas Nabi "isa" ada "Nabi-nabi" lain.
Dan tidak diberitahu bahawa selepas Nabi isa ,hanya seorang nabi.

Sesetengah orang ada tanda sujud di dahi, tanda sujud di dahi boleh hilang dalam masa lebih kurang 2 bulan atau kurang 2 bulan, Insya-Allah.

Saya selalu perhatikan, jika bertemu dengan orang yang ada tanda sujud di dahi, jika dia menentang,
Insya-Allah, dalam masa lebih kurang 2 bulan atau kurang 2 bulan, Insya-Allah, sempat hilang tanda di dahinya atau semakin menghilang walaupun tidak sempat hilang sepenuhnya.

 mereka berkata; kalau sekiranya kami dahulu mendengar atau memikirkan, niscaya kami tiada termasuk penghuni neraka.

Ayat 10: Surah Al-Mulk.






Saturday, 30 June 2012

SB : Surah Baqarah


Surah Baqarah!

1. Baqarah adalah lembu betina dan bukannnya orang yang diibaratkan sebagai lembu betina.
 Ketika berkata Musa kepada kaumnya: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyembelih lembu betina. Jawap mereka itu: Adakah kau memperolok-olokkan kami?Berkata Musa: aku berlindung pada Allah,bahawa aku termasuk orang-orang jahil. (2:67)


2. Dalam quran ini,kita dapat jumpa tujuan kenapa Allah S.W.T  menyuruh Nabi Musa s.a.s menyembelih lembu betina itu, kerana ekor lembu betina itu akan digunakan untuk memukul orang yang sudah mati, sebagai salah satu mukjizat Nabi Musa s.a.s.
 Lalu Kami berkata: Pukullah orang mati itu dengan sebahagian anggota ekor lembu betina itu. Demikianlah Allah menghidupkan orang-orang mati dan memperlihatkan kepada mu ayat-ayat Nya, mudah-mudahan kamu memikirkannya. (2:73)


3. Dan bukanlah Allah menyuruh Nabi Musa s.a.s  membunuh manusia tanpa sebab, jika kamu  mengesyaki sesiapa adalah Baqarah yang dimaksudkan dan membunuh manusia itu  tanpa sebab, sebenarnya pembunuh itu adalah yang diumpamakan sebagai Baqarah dan akan dijejaki sampai ke lubang cacing.

Ketika kamu membunuh seseorang,lalu kamu berbantah-bantah tentang siapa yang membunuhnya, sedang Allah melahirkan apa-apa yang kamu sembunyikan. (2:72)


                                

Sunday, 17 June 2012

Musa,Isa Dan Nabi-Nabi Dari Tuhan Mereka

Ketika Allah berkata: ya Isa sesungguhnya aku mewafatkan engkau dan meninggikan engkau kepadaKu dan menyucikan engkau dari orang-orang kafir dan menjadikan orang-orang yang mengikut engkau di atas mereka yang kafir, sampai hari kiamat. Kemudian tempat kembali kamu kepadaKu, lalu aku hukum antara kamu tentang apa-apa yang kamu perselisihkan.


Allah telah tetapkan bahawa umat Nabi Isa akan mengatasi orang-orang kafir sampai kiamat,tetapi mereka tidak boleh mengatasi orang-orang yang beriman.
 Hari ini kebanyakkan orang-orang islam sudah terpesong jauh dari ajaran agama islam yang sebenar,mereka di datangi oleh orang-orang kafir ibarat burung datang kepada bangkai,membunuh sesuka hati, ibarat buih-buih di lautan,banyak bilangan tapi lemah mempertahankan agama sendiri kerana telah dijangkiti penyakit Al-wahan, cinta kepada dunia dan takut kepada mati.

Zaman dulu, satu demi satu negara islam ditubuhkan, sehingga hari ini berapa banyak negara islam ada di dunia. Hasil daripada dakwah dan jihad umat yang awal,mereka mendapat kemenangan kerana mereka beriman kepada Allah dan Rosulullah S.A.S, mereka tidak takut kepada sesiapa dan mengharapkan sepenuhnya kepada Allah. Mereka memahami Al-Quran dengan bersungguh-sunguh, mereka memahami cara nabi dengan shahih.

(1) Hari ini, ada orang mengikut cara nabi,tetapi pada masa yang sama terbalik dengan Al-Quran, secara tidak langsung usaha mereka termasuk dalam kategori berusaha "melemahkan" Allah.
(2) Hari ini, ada orang mengikut Al-Quran, tetapi pada masa yang sama menolak Hadis dan Sunnah, kerana mereka beriman kepada ayat-ayat "Mutasyabihat" dan menolak ayat-ayat "Munkahmat". Mereka beriman kepada ayat-ayat "Mutasyabihat" untuk menolak Hadis dan Sunnah.

Seharusnya orang islam, berpegang teguh pada Al-Quran dan mengikut cara Rosulullah S.A.S.

Zaman hari ini,satu demi satu negara islam tumbang, sehingga hari ini berapa banyak negara Islam tumbang, tumbungnya negara islam bersama-sama Iman-iman mereka.

"Tercabut iman-iman di dada mereka, ibarat pokok yang sudah mati akarnya,menanti masa untuk dipukul ribut putih."



Katakanlah: Kami beriman kepada Allah dan apa-apa yang diturunkan kepada kepada Ibrahim, Ismail,Ishaq,Yaaqub dan anak-anaknya dan apa-apa yang diberikan kepada Musa,Isa dan Nabi-Nabi dari tuhan mereka; tidaklah kami membezakan seorang juga diantara mereka itu dan kami tunduk kepada Allah.
(Ayat 84: Surah Ali Imran)


Sunday, 3 June 2012

Dan Dia menurunkan Furqan.

Dia menurunkan Kitab kepada engkau dengan sebenarnya serta membenarkan yang sebelumnya dan Dia menurunkan Taurat dan injil, sebelum Quran,jadi petunjuk bagi manusia dan Dia menurunkan Furqan.

Sesungguhnya orang-orang kafir  kepada ayat-ayat Allah, untuk mereka itu siksa yang keras dan Allah Maha perkasa,lagi mempunyai siksaan.

2-3: Surah Ali Imran (Keluarga Imran)(Imran adalah bapa kepada Mariam)

Sunday, 27 May 2012

Caliph is Coming with Cloud and Rain



Sesungguhnya Allah tiada malu menjadikan nyamuk, untuk jadi perumpamaan atau benda yang lebih hina dari padanya. Adapun orang-orang yang beriman mengetahui, bahawa yang demikian itu suatu kebenaran dari pada tuhannya, tetapi orang-orang yang kafir berkata, apakah maksud Allah dengan perumpamaan ini? disesatkan oleh Allah dengan perumpamaan itu kebanyakan orang dan ditunjukiNya kebanyakan orang yang lain, tetapi Allah tidak meyesatkan dengan dia, kecuali orang-orang yang fasik,orang-orang yang melanggar janji Allah setelah teguhnya dan mereka itu memutuskan yang disuruh Allah memperhubungkannya, lagi mereka membuat bencana di muka bumi. Mereka itulah orang -orang merugi.

Ayat 26-27: Surah Baqarah.


Kelu-kelu untuk mengelak salah tafsir orang-orang dari kalangan kita:

1. Bukan jahat umpama nyamuk,bukan melakukan dosa umpama nyamuk dan sebagainya yang berkaitan   dengan dosa besar... Tapi hina umpama nyamuk.

2. Jika kamu beriman,kamu akan kata,"Ya,betul,ini kebenaran dari Allah". Jika kamu disesatkan oleh Allah, mungkin kamu akan berkata"Entahlah, apa makna perumpamaan ini"?

3. Allah yang memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki dan Allah juga yang tidak memberi petunjuk kepada sesiapa yang layak tidak mendapat petunjuk. Jika Allah tidak memberi petunjuk, maka Allah telah menyesatkan orang itu terhadap (mengenal) dia kerana sebab-sebab dinyatakan itu.

4. Mungkin maksud sebenar disebalik perumpamaan itu memalukan dan melucukan... tetapi Allah tidak malu untuk membandingkan khalifah pilihanNya dengan Nyamuk.


Ketika tuhanMu berfirman kepada malaikat: Sesunguhnya Aku akan menjadikan seorang khalifah diatas bumi. Maka Jawap mereka itu: Adakah patut Engkau jadikan diatas bumi orang yang akan berbuat bencana dan menumpahkan darah, sedang kami tasbih memuji Engkau dan menyucikan Engkau? Allah berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui apa-apa yang tiada kamu ketahui.
Ayat 30: surah Baqarah


Ketika pertama kali saya menghadiri satu pengumpulan jemaah manusia yang menyeru kepada melakukan kerja dakwah Nabi Salallah Alahi wa Salam (S.A.S) di Kuala Lumpur, saya terbaca tulisan di atas baju seorang pelajar,dalam kiraan saya pelajar itu berumur belasan tahun. 

Maksud tulisan itu lebih kurang bunyi begini "Tiada khalifah tanpa Tauhid dan Jihad",
Saya setuju dengan slogan itu

Al-Quran adalah panduan dari dulu sampai sekarang! Kandungannya Muktamat dan tidak ada yang mengubah kalimat Allah kecuali gagal.


Wednesday, 23 May 2012

Ikhlas kerana Allah S.W.T


Jika kita berdakwah melalui tulisan semata-mata kerana Allah S.W.T atau menulis tentang agama,
bukan untuk mendapat popularity, bukan untuk mendapat wang melalui jualan tulisan dan sebagainya.

Kita tidak perlu risau tentang tulisan kita, sama ada orang nak ciplak,copy paste dan sebagainya.
Sama ada orang tahu atau tidak, bahawa tulisan saya ini adalah tulisan saya,
Copy & paste tulisan saya, jika anda mahu.
Kita tidak perlu risau, jika orang menuduh kita menciplak tulisan orang lain kerana pada logik akal mereka kita tidak mampu berkata demikian.
Apa yang penting, apa yang hendak disampai itu tercapai dan semata-mata kerana Allah S.W.T,
balasannya yang kita harapkan adalah di akhirat,
kita tidak mahu menjual akhirat untuk membeli dunia,

Jika kita/saya/anda menulis pasal agama,kenapa kita takut diciplak oleh orang lain? Adakah kita mahu dikenali oleh orang lain sebagai seorang yang dapat mengemukakan idea yang bernas?

Jika kita/saya/anda menulis pasal agama,kenapa kita takut diciplak oleh orang lain? Adakah kita mahu popular dan sanjungan daripada orang lain?


Jika kita/saya/anda menulis pasal agama,kenapa kita takut diciplak oleh orang lain? Adakah kita mahu menjualnya untuk mendapatkan sedikit wang royalty?

"Semua manusia berjaya disesatkan oleh iblis kecuali orang-orang yang Ikhlas"

Maka ikhlaskan agama semata-mata kerana Allah S.W.T ,semoga ilmu tidak tersekat oleh perbutan manusia yang menjual akhirat untuk mendapat dunia.

Jika mahu berniaga, janganlah "agama" turut diniagakan...... tetapi berniaga lah berlandaskan agama.

 Jual gorang pisang lebih baik daripada jual agama, jual buku matematik lebih baik daripada jual agama.

"Jadikanlah dakwah kita sebahagian jihad kita disisi Allah S.W.T,
dan bukanlah dakwah kita sebahagian daripada cita-cita kita untuk mendapat keuntungan dalam perniagaan." 
Ok. Salam sahabat semua


Saturday, 5 May 2012

Apa ada pada nama?


Apa ada pada nama, nama yang kita miliki pun berkongsi dengan ramai orang lain yang mempunyai nama yang sama. Ada orang yang mempunyai nama seperti kita dari kalangan orang-orang baik dan ada juga orang yang mempunyai nama seperti kita dari kalangan orang-orang jahat.

Sesetengah orang suka mentafsirkan sikapnya berdasarkan namanya, kadang kala mereka mengikat tag nama mereka bersama-sama kunci motor untuk mendatangkan semangat baginya.

Ok lah. saya juga ingin menayang maksud nama saya(senyum) :

 Mohd Salihin.

*Mohd = adalah singkatan kepada Muhamad
 (berjuta-juta rakyat malaysia bernama "Muhamad" sebagai first name)
 *Salihin = Perlu sebut dengan betul, adalah perkataan di dalam Quran di tujukan kepada Nabi-Nabi,
                jadi ,perkataan "Salihin" bermaksud "Nabi-nabi yang soleh"

Mohd Salihin = bermaksud , Muhamad Nabi-Nabi yang soleh.


Seperti saya kata di atas, apa lah sangat yang ada pada nama, berapa ramai manusia di dunia yang bernama Mohd Salihin? terlalu ramai! ada yang baik dan ada pula yang kurang baik.

Kalau lah nama menjadi penentu segala-galanya nya, lebih baik anda letak nama anak anda sebagai
"Masuk Syurga Bin Anda" ... sudah tentu dia masuk syurga, jika ianya dinilai pada nama semata-mata.

Berbalik soal syurga dan neraka, siapa tak nak masuk syurga? Aku juga seperti kalian, mahu masuk syurga! Insya-Allah.
"Ya Allah, jadikan lah aku bersama orang-orang yang akan mendiami syurga mu nanti!






Tuesday, 1 May 2012

Selain sebutan berbunyi "Muhamad" adalah Rosul Palsu.



Ramai yang mendakwa si fulan dan si fulan adalah Rosulullah,
sebenarnya itu adalah taksub dan sangkaan pengikut mereka terhadap guru-guru mereka sahaja.
Seperti:  ayah pin, kahar,guru nanak, rashad clickpar, davidian dan sebagainya. Semua itu Rosul palsu.


Berdasarkan Al-Quran

Allah turunkan kitab taurat kepada Nabi Musa.
Allah turunkan kitab injil kepada Nabi Isa
Allah turunkan kitab Quran kepada Nabi Ahmad.
Dan Muhammad adalah akhir kepada Nabi-Nabi.

 Ingatlah ketika Isa anak Mariam berkata: Hai bani Israel, sesungguhnya aku Rasul Allah kepada mu, serta membenarkan apa yang sebelum ku, iaitu Taurat dan memberi khabar gembira dengan seorang Rasul yang akan datang kemudian ku namanya Ahmad
 Ayat 5-6 : Surah Ash-Shaf


 (Muhamad tidak mempunyai anak laki-laki)
Muhamad itu bukan bapa salah seorang diantara laki-laki kamu, tetapi dia Rasul Allah dan kesudahan-kesudahan Nabi. Allah Maha mengetahui tiap-tiap sesuatu.
Ayat 40; Surah Al-Ahzab.      .

Berdasarkan Al-Quran, bahawasanya ada ruang untuk Allah mengutuskan Nabi dan Rosul baru iaitu Muhamad, jika dikehendaki oleh Allah.
Kita tidak boleh berkata, Allah tidak akan mengutuskan Nabi lagi,
nanti kita akan mengikut kehendak hawa nafsu kita mendahului kehendak Allah S.W.T.
Siapa kita untuk menafikan kehendak Allah, jika sesuatu itu dikehendaki oleh Allah.
Kita adalah hamba, dia adalah pencipta, Allah kata jadi, maka jadi lah.


Berdasarkan Hadis
Kita diberitahu bahawa, ada banyak hadis tentang kemunculan Isa alaihisalam.
Ulama berpendapat Isa alaihisalam adalah seorang Nabi.


Khutbah Nabi Terakhir
Khutbah terakhir  Nabi Rosulullah alaihisalam, yang diriwayatkan oleh banyak periwayat yang terkenal yang biasa meriwayatkan banyak hadis dan lebih sahih. Mengambil sepotong pesan baginda...

" Janganlah kamu melampau batas... berpeganglah pada kitab Allah yang ada pada kamu, nescaya kamu tidak akan sesat selamanya...."

Mengikut Al-Quran, Allah suruh kita taat kepada Rosulullah... iaitu ikut apa yang dibawa oleh baginda,
 bagi mazhab sunni memanggilnya sebagai "hadis dan sunnah"
 bagi mazhab syiah memanggilnya "ahlul bait".

Apa nama yang diberi untuk mengikut Rosulullah, yang penting kita mengikut apa yang dibawa oleh baginda dan jangan melampau batas.


Keputusannya
Berdasarkan Quran mahu pun Hadis-Hadis, Ia menjuruskan kita supaya percaya kepada kemunculan hamba Allah yang baru, yang akan membawa kebenaran.
Maka,Berdasarkan apakah untuk kamu berkata, tidak ada yang baru selepas ini?
Cuba jawap.


Jangan! Selagi mereka menunaikan Solat.

 Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim:
قال الرسول    : إنه يستعمل عليكم أمراء فتعرفون وتنكرون فمن كره فقد برىء ومن أنكر فقد سلم ولكن من رضي وتابع . قالوا : يارسول الله ألا نقاتلهم ؟ قال : لا ما أقاموا فيكم الصلاة
Maksudnya : Sesungguhnya akan muncul ke atasmu beberapa pemimpin yang kamu kenal kebaikan dan kejahatannya. Maka sesiapa yang membenci dalam hatinya maka bererti telah bebas, sesiapa yang menentang bererti selamat, sebaliknya siapa yang rela dan mengikutinya maka itulah yang  binasa. Sahabat bertanya : Wahai Rasulullah! Tidakkah lebih baik kami memerangi mereka dengan senjata?.
 Jawab nabi : Jangan! Selagi mana mereka masih solat.



Sunday, 29 April 2012

Jika




" Jika buta,pekak dan bisu. Apakah yang terakhir di lihat,di dengar dan di ucap?

Jawapan saya :

"Jika buta, yang terakhir dilihat adalah cahaya.
Jika pekak, yang terakhir di dengar adalah bunyi
Jika bisu, yang terakhir di ucap adalah suara."







Sunday, 22 April 2012

Tunjuklah


Maksud saya pada tulisan dibawah, "Tunjuklah"  adalah lawan kepada perkataan "Sesatlah".

Tunjuklah "Laillahaillallah"  = Maksudnya, Janganlah Engkau sesatkan aku dari memahami,"Laillahaillallah.

Tunjuklah "Muhammad Rosulullah" = Maksudnya, Janganlah Engkau sesatkan aku dari memahami atau mengenal, "Muhammad Rosulullah".

Ini doa saya, Perkataan "Tunjuklah" dalam doa saya juga boleh membawa maksud supaya Allah tunjuk pada ciptaan alam dan sebagainya, contohnya,dulu, tumbuh pokok yang tertulis 2 kalimah syahadah di jerman ( kalau tak silap saya, berlaku pada tahun 1982, nak kepastian lagi, pergilah sendiri ke daerah yang tumbuh pokok itu dan bertanya pada orang muslim di kawasan itu), ini adalah ayat-ayat tanda kebesaran Allah. Ini boleh memberi keimanan kepada orang-orang yang mahu mencari kebenaran, Insya-Allah.

Kalaulah zaman dahulu, zaman sebelum diturunkan Al-Quran, Orang-orang nasrani yang betul-betul berpegang pada injil dan bimbang kepada pendustaan dalam agama mereka, mereka boleh berdoa atau mungkin mereka berdoa berbunyi begini " Ya, Allah.. "Tunjuklah aku salib" (maknanya, janganlah Engkau sesatkan aku dari memahami peristiwa salib yang sebenar).

dan Allah telah ceritakan peristiwa salib itu yang sebenar-benarnya di dalam Al-Quran, satu pengetahuan baru bagi mereka, ada yang menerima dan ada yang menolak.

Allahualam Bissawat.

Bismillah, kita sebagai orang muslim, sepatutnya kita yakin kepada ayat-ayat Quran yang jelas dan terang maknanya, yang tidak jelas dan terang itu hanya Allah yang sangat mengetahuinya. Jika ada diantara kita yang memberi maknanya sendiri, sesatlah.

Sepatutnya, Orang muslim yakin pada Al-Quran dan risau(berhati-hati) pada yang selain dari Al-Quran.
Bukannya, Yakin pada yang lain dari Al-Quran tetapi risau(tidak yakin)  pada Al-Quran.

yakin pada Al-Quran, yakin pada Allah..
yakin pada yang selain dari Quran, yakin pada yang selain dari Allah..

Yakin pada ciptaan-ciptaan Allah, bahawa sesuatu kejadian yang luar biasa itu datang dari Allah S.W.T, dan manusia tidak dapat menciptanya.
jika manusia melakukan sihir, itu datang dari syaitan yang di rejam (dengan keizinan takdir Allah) dia akan mengajak kita atau meletakkan syarat-syarat supaya kita jatuh kepada syirik. itu adalah kerja syaitan.

Contohnya, apa yang telah dilakukan oleh  Samiri pada zaman Nabi Musa alaihissalam, supaya pengikut-pengikutnya menyembah anak lembu. Ini kerja syaitan.

Ringkasan perbandingan Rosul Allah dan Tukang Sihir

 (1)Kelebihan(yakni mukjizat) para Rosul .... (2)mengajak orang kepada jalan Tuhan dengan berkata,
 "Tiada tuhan selain Tuhan" (Selain daripadaNya adalah Makhluk, Tuhan hanya satu)

(1) Perbuatan sihir oleh ahli-ahli syihir.... (2) mengajak orang kepada jalan syaitan dengan berkata contohnya, "Syaitan itu tuhan sementara"(ini contoh yang sudah berlaku)


 SubHanAllah, maha suci tuhan, tuhan sekalian alam, tiada sekutu bagiNya.






Monday, 16 April 2012

Petunjuk Atau Sesat

Bismilahirahmanirrahim.

Ya Allah, izinkanlah untuk aku berkata-kata dengan benar, dan janganlah engkau sesatkan aku dalam ibadat ku kepada Mu dan berikanlah petunjuk kepada ku dan redhai lah aku dan masukanlah aku dalam golongan orang-orang salih, tunjuklah aku "LaillahailAllah" dan tunjuklah  aku "Muhammad Rosulullah".

Bismillah...

Orang-orang yang sesat adalah orang-orang yang melampau batas, orang-orang yang melampau batas adalah orang-orang yang tidak mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh Allah dan rosulNya.

 1. Orang-orang yang menolak ayat-ayat Allah, tanda-tanda kebesaran Allah. contohnya, orang-orang dahulu yang menolak mukjizat yang diberikan Allah kepada rosul-rosulNya.
Atau Menolak tanda-tanda kebesaran Allah pada kejadian Alam dan sebagainya. contohnya, Allah berikan unta kepada nabi Salleh, tetapi unta itu disembelih oleh kaumnya dan mereka ditimpa bala oleh S.W.T.

 2. Mengambil sesuatu yang bukan dari Rosulullah S.A.W tetapi mendakwa perbuatan itu atau pesanan itu datang dari baginda S.A.W. Berdusta atas nama rosulullah S.A.W.

3. Menolak sesuatu yang datang dari Rosulullah S.A.W. 
Kalau kita hidup zaman Rosulullah S.A.W, kita hendaklah terus mengambil apa yang disampaikan kepada kita, kalau kita tidak hidup zaman Rosulullah S.A.W, kita hendaklah menentukannya sebagai sahih terlebih dahulu sebelum mengambilnya supaya tidak jatuh ke lembah dusta.


Rosulullah S.A.W berpesan, Taqwa itu seperti berjalan di atas batu... cuba ingat ketika anda pergi berkelah di jeram yang berbatu-batu, bagaimana caranya ketika anda berjalan di atas batu? sudah pasti tidak selaju berjalan diatas jalan tar.
Ketika berjalan diatas batu,sebelum kita memijak batu itu,kita kena pastikan batu itu licin atau tidak licin untuk dipijak,untuk memastikan kita tidak terjatuh.

Allahulam Bissawat.

 "Mereka tiada memberikan sesuatu contoh kepada engkau, melainkan Kami berikan pula kebenaran kepada engkau beserta keterangan yang terbaik." (25:33 Al-Quran)

Saturday, 31 March 2012

Allah binasakan umat sebelumnya sebelum mewahyukan kitab kepada Nabi Musa


Sesungguhnya telah kami berikan kepada Musa kitab, sesudah kami binasakan umat-umat yang dahulunya, sebagai pelita hati bagi manusia dan petunjuk serta rahmat, mudah-mudahan mereka mendapat peringatan.
Ayat 43: Al-Qashash.

1. Kita banyak menpelajari sejarah, apa kata kita mengingat sejarah yang telah berlaku pada zaman dahulu kala yang dirakamkan oleh Allah S.W.T di dalam Quran,contohnya seperti di dalam ayat di atas.
Harapan kita, dengan sejarah ini... Mudah-mudahan menjadi pelita hati, mendapat petunjuk dan dirahmati oleh Allah S.W.T

Allah binasakan umat sebelumnya... sebelum mewahyukan kitab kepada Nabi Musa.

Sunday, 4 March 2012

Terbit Bulan Purnama Dari Kampung "Thani"




Tala'al-Badru 'alayna,
min Thani yatil-Wada'
wajaba al-shukru 'alayna,
ma da'a lillahi da'

Ayyuha al-mab'uthu fina
ji'ta bi-al-amri al-muta'
Ji'ta sharrafta al-Madinah
marhaban ya khayra da'

Ayyuha al-mab'uthu fina
ji'ta bi-al-amri al-muta'
Ji'ta sharrafta al-Madinah
marhaban ya khayra da'

Friday, 2 March 2012

Song of "Sabai Sabai"

Sabai sabai   -It's OK
thuk jai ko khop kan pai - If we like each other then we'll go together
praok chan pen khon mai son arai - Because I'm the kind of person who isn't interested in anything
mai khei khid kuan jai khrai  - I never think of bothering anybody
sabai sabai  - I'm cool; I'm "comfortable" with this arrangement
hak rau ja khop kan pai - If we go on together
chan kho phiang kwam rak le jingjai  - I'll only ask for love and sincerity.
mai khei tong karn arai   - I won't ever want anything
sabai sabai   - It's OK
leaw ther ko khong khaw jai   - And you'll probably understand,
rau nan ja yu rian ru kan pai -  We'll live and learn together.
cak thuk cak suk phiang nai   - However much pain and pleasure there is
sabai sabai   - it'll be OK

Lirik baris nombor tiga macam best je, ayat merendah diri...
"Kerana saya orang baik yang tak punya kelebihan(tarikan) dalam apa-apa pun"

Sunday, 19 February 2012

Shaking Hands

When shaking hands, 8 fingers to meet
8 years, a condition for Moses must work with his father-in-law

And 2 thumbs to meet
 If Moses do not mind, he can add two more years.
And 82 is the year I was born
28 years was in 2011
If two pairs of 11 are 22
A man enough to be responsible when aged 40 years 
in the year 2022 I was 40 years old


Mohd Salihin Abdullah

Berjabat Tangan

Bila berjabat Tangan ,tanda pertemuan ,tanda persetujuan
Bila berjabat tangan, 8 jari bertemu
8 tahun syarat untuk Musa bekerja dengan mertuanya
Dan 2 ibu jari bertemu
Jika Musa tidak keberatan, boleh dilanjutkan dua tahun lagi.
Dan 82 adalah tahun aku dilahirkan
Dan 28 tahun adalah pada tahun 2011
Dan jika 2 pasang 11 adalah 22
Lelaki cukup untuk bertanggungjawap bila berumur 40 tahun
Tahun 2022 aku berusia 40 tahun.

By Mohd Salihin Abdullah

Thursday, 9 February 2012

Mischief

وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ لَا تُفْسِدُوا فِي الْأَرْضِ قَالُوا إِنَّمَا نَحْنُ مُصْلِحُونَ(11) When it is said to them: "Make not mischief on the earth," they say: "Why, we only Want to make peace!"
أَلَا إِنَّهُمْ هُمُ الْمُفْسِدُونَ وَلَٰكِن لَّا يَشْعُرُونَ(12) Of a surety, they are the ones who make mischief, but they realise (it) not.
وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ آمِنُوا كَمَا آمَنَ النَّاسُ قَالُوا أَنُؤْمِنُ كَمَا آمَنَ السُّفَهَاءُ ۗ أَلَا إِنَّهُمْ هُمُ السُّفَهَاءُ وَلَٰكِن لَّا يَعْلَمُونَ(13) When it is said to them: "Believe as the others believe:" They say: "Shall we believe as the fools believe?" Nay, of a surety they are the fools, but they do not know.


 (11-13: Al-Baqarah,Quran)








































































Thursday, 2 February 2012

They Are Not Arrogant / Mereka Tidak Sombong



You will surely find the most intense of the people in animosity toward the believers [to be] the Yahudi(Jews) and those who associate others with Allah(God) ; and you will find the nearest of them in affection to the believers those who say, "We are Nassa'ra(Cristian Monoteist)." That is because among them are priests and monks and because they are not arrogant.
 And when they hear what has been revealed to the Messenger, you see their eyes overflowing with tears because of what they have recognized of the truth. They say, "Our Lord, we have believed, so register us among the witnesses.
 And why should we not believe in Allah and what has come to us of the truth? And we aspire that our Lord will admit us [to Paradise] with the righteous people."
 {82-84: Surah Al-Maidah }


 Demi sesungguhnya engkau akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Dan demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: “Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani” yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong.
  
Dan apabila mereka mendengar apa yang diturunkan kepada Rasulullah, engkau melihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan apa yang mereka ketahui dari kebenaran, sambil mereka berkata: “Wahai Tuhan kami, kami beriman, oleh itu tetapkanlah kami bersama-sama orang-orang yang menjadi saksi.
 “Dan tidak ada sebab bagi kami tidak beriman kepada Allah dan kepada kebenaran yang sampai kepada kami, padahal kami ingin, supaya Tuhan kami memasukkan kami bersama-sama orang-orang yang soleh”


{Ayat 82-84 : Surah Al-Ma'idah}

Wednesday, 1 February 2012

Syirik



 “Sesiapa mempersekutukan sesuatu dengan Allah maka adalah dia seolah-olah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau diterbangkan angin ke tempat yang jauh.” (Surah al-Hajj : 31)

 Sesungguhnya orang-orang musyrik itu najis. [al-Taubah :28]

Telah hampir saat  dan terbelahlah bulan.
Dan kalau mereka melihat sesuatu mukjizat, mereka berpaling ingkar sambil berkata: sihir yang terus menerus berlaku. (Ayat 1-2: surah Al-Qamar)

  

Friday, 27 January 2012

Buang Bau Busuk (remove bad smell)

Bila Bangkai Biawak    (when dead monitor lizards)
Berbau Busuk              (rotten smelling)
Burung Berebut-rebut  (bird are vying)
Berselerak                   (Scattered)

Bila Bandar Banyak Beca    (when the city many trishaw)
Bila Basikal Bingkas Bangun (when the bike up quickly)
Bila Bos Bertemu Bawahan (when the boss meets the "lower")

Bila Beg Berisi Bom             (when the bag containing the bomb)
Bom Berdentum Berhala       (A bomb exploded idol)
Bila Bulan Belah                   (When splitting the the moon)
Bermula Berita Baru             (Starting a new news)

Saturday, 14 January 2012

Banana

Banana
Have you eating a banana
its taste satisfaction
it is also mentioned in the quran
Inhabitants of heaven saying, "I have eaten this fruit when living in the world"
one of its is bananas

its yellow color match the color of your teeth
its bent form that is not easily damaged when you placed
it only bear fruit once
if it bear fruit two times,
the tree would fall before the fruit ripe for the second time
because of its soft stems
its leaves big because it has no branches

By Mohd Salihin Abdullah


Monday, 19 December 2011

Berita Tentang Kemunculan Al-Mahdi

Di sini saya tuliskan mengenai Al-mahdi yang akan muncul di akhir zaman berdasarkan hadis-hadis yang terkumpul.
Sebelum saya menulis lebih lanjut, saya ingin memberi tahu kalian dengan ikhlas sebelum anda menuduh atau mengesyaki saya ingin dikatakan sebagai Al-mahdi,tidak betul tuduhan itu.
Buat apa saya hendak bersungguh-sungguh mengaku jika dia bukan diri saya,tetap bukan diri saya,bukan?
Hanya untuk berkongsi Maklumat daripada Hadis-Hadis,mungkin dia kenalan anda dan sudah wujud atau belum wujud dan akan muncul suatu masa nanti.
Allahualam Bissawat.


5 Hadis-Hadis Sahih
(Tawaatur - diriwayatkan oleh banyak orang dan datang dari banyak isnad)

1) - Nama Al-Mahdi seperti nama baginda Rosulullah SAWS iaitu nama baginda adalah

 - Ahmad(nama dalam Quran)
 - Muhammad(nama dalam masyarakat)
 - Al-Amin (gelaran baginda) 
dan nama bapa Al-Mahdi seperti nama bapa baginda Rosulullah SAWS iaitu Abdullah. 
Jadi nama Al-Mahdi adalah... Ahmad @ Muhammad @ Al-Amin Bin Abdullah

 2) Daripada Keluarga Rosulullah SAWS daripada keturunan Fatimah.

3) Dahi luas,kurus dan hidung melengkung  
    (mungkin melengkung mancung,mungkin melengkung kemek, Allahualam bissawat)

4) Hidung Tajam - memerintah selama 7 tahun.

5) Selepas kematian pemerintah akan ada beberapa pertikaian antara rakyat. Pada masa itu seorang penduduk Madinah melarikan diri dan pergi ke Makkah. Ketika di Makah, Orang2 ada orang akan mendekati dia di antara Hajar Ul Asad dam Makam Nabi Ibrahim untuk mengikat setia janji mereka kepadanya. Selepas itu, tentera yang besar dari syria tetapi apabila mereka berada di Baida,terletak diantara Mekah dan Madinah,mereka di telan ke dalam tanah. Lalu Abdal Sham seperti juga sebilangan besar orang iraQ akan datang kepadanya dan berjanji setia kepadanya. Kemudian orang dari Quraisym yang bapa saudaranya dari kaum Bani Kalb yang akan menghantar tentara untuk menyerang dia, hanya untuk menguasai dengan kehendak Allah,tentera dar bani Kalb dikalahkan, malangnya dia tidak menerima bahagian dari harta rampasan perang Kalb itu. Orang ini akan mengagihkan harta rampasan perang selepas pertempuran. Dia akan memnpin mengikut Sunnah dan pemerintahan Islam akan tersebar ke seluruh dunia. Dia kekal samapai tujuh tahun,meningal dunia dan Umat Islam menunaikan Solat jenazah beliau. (Abu Daud)

(Sumber Hadis ini,dari kitab mana,siapa periwayat,isnad dan sebagainya, Rujuk di dalam terjemahan bahasa Inggeris dibawah)
...................................................................................................................

A. Sabda Nabi SAW,
“Al-Mahdi adalah termasuk orang yang sukar bertutur kata (ketika awal munculnya).”
B. Sabda Nabi SAW,
“Jika al-Mahdi merasa sukar berbicara, maka dia akan menepuk paha kirinya dengan tangan kanannya.”
 ( A. dan B. ini dipetik daripada ceramah Ustaz Hawari Bin Abdul Malik)

.............................................................................................................


 In English

-Abu Sa’eed al-Khudri reported that the Messenger of Allaah (Peace & Blessings of Allaah be upon Him) said: "At the end of the time of my ummah, the Mahdi will appear. Allaah will grant him rain, the earth will bring forth its fruits, he will give a lot of money, cattle will increase and the ummah will become great. He will rule for seven or eight years. (Mustadrak al-Haakim, 4/557-558; he said: this is a hadeeth whose isnaad is saheeh, Al-Dhahabi agreed with him, and al-Albaani said: this is a saheeh sanad, and its men are thiqaat (trustworthy), Silsilat al-ahaadeeth al-saheehah, vol. 2, p. 336, hadeeth 771)
 
 - The world will not come to pass until a man from among my family, whose name will be my name, rules over the Arabs. (Tirmidhi Sahih, Vol. 9, P. 74; Abu Dawud, Sahih, Vol. 5, P. 207; also narrated by Ali b. Abi Talib, Abu Sa'id, Umm Salma, Abu Hurayra)

-Abdullaah ibn Mas’ood reported that the Prophet (Peace & Blessings of Allaah be upon Him) said: "The world will not come to an end until the Arabs are ruled by a man from my family whose name will be the same as mine." (Musnad Ahmad, 5/199, hadeeth 3573. Another version says: "… whose name is the same as mine and whose father’s name is the same as my father’s." Sunan Abi Dawud, 11/370).

-Allah will bring out from concealment al-Mahdi from my family and just before the day of Judgment; even if only one day were to remain in the life of the world, and he will spread on this earth justice and equity and will eradicate tyranny and oppression. (Musnad Ahmad Ibn Hanbal, Vol. 1, P. 99)

-Even if only a day remains for Qiyamah to come, yet Allah will surely send a man from my family who will fill this world with such justice and fairness, just as it initially was filled with oppression. (Abu Dawood)

-The promised Mahdi will be among my family. God will make the provisions for his emergence within a single night. (Ibn Majah, Sahih, Vol. 2, P. 519)

-‘Ali (may Allah be pleased with him) said: "The Messenger of Allaah (Peace & Blessings of Allaah be upon Him) said: ‘The Mahdi is one of us, a member of my family. Allah will guide him in a single night.’" (Musnad Ahmad, 2/58, hadeeth 645, edited by Ahmad al-Shaakir, who said: its isnaad is saheeh; Sunan Ibn Maajah, 2/1367. This hadeeth was also classed as saheeh by al-Albaani in Saheeh al-Jaami’ al-Sagheer, 6735). Ibn Katheer said: "This means that Allaah will forgive him, grant him help, inspire him and guide him, when he was not like this before." (Al-Nihaayah, al-Fitan wa’l-Malaahim, 1/29; edited by Taha Zayni).

-The promised Mahdi will be among my progeny, among the descendants of Fatima. (Abu Dawud, Sahih, Vol. 2, P. 207; Ibn Majah, Sahih, Vol. 2, P. 519)

- Umm Salamah said: "I heard the Messenger of Allaah (Peace & Blessings of Allaah be upon Him) say: ‘The Mahdi is of my lineage and family, from the descendants of Fatimah.’" (Sunan Abu Dawud, 11/373; Sunan Ibn Maajah. 2/1368. Al-Albaani said that it is saheeh in Saheeh al-Jaami, 6734)

-The Mahdi will be of my family, of the descendants of Fatima (the Prophet's daughter). (Sunan Ibn Majah, Vol. 2, Tradition No. 4086)

-Al-Mahdi is one of us, the members of the household (Ahlul-Bayt). (Sunan Ibn Majah, Vol. 2, Tradition No. 4085)

-Abu Sa’eed al-Khudri said: "The Messenger of Allaah (Peace & Blessings of Allaah be upon Him) said: ‘The Mahdi is of my lineage, with a high forehead and a long, thin, curved nose. He will fill the earth with fairness and justice as it was filled with oppression and injustice, and he will rule for seven years.’" (Sunan Abi Dawud, Kitaab al-Mahdi, 11/375, hadeeth 4265; Mustadrak al-Haakim, 4/557; he said: this is a saheeh hadeeth according to the conditions of Muslim, although it was not reported by al-Bukhaari and Muslim. See also Saheeh al-Jaami, 6736).

-Our Mahdi will have a broad forehead and a pointed nose. He will fill the earth with justice as it is filled with injustice and tyranny. He will rule for seven years. (Abu Dawud, Sahih, Vol. 2, p. 208; Fusul al-muhimma, p. 275)

-After the death of a Ruler there will be some dispute between the people. At that time a citizen of Madina will flee (from Madina) and go to Makkah. While in Makkah, certain people will approach him between Hajr-ul Aswad and Maqaame Ibraheem, and forcefully pledge their allegiance to him. Thereafter a huge army will proceed from Syria to attack him but when they will be at Baida, which is between Makkah and Madina, they will be swallowed into the ground. On seeing this, the Abdaals of Shaam as well as large numbers of people from Iraq will come to him and pledge their allegiance to him. Then a person from the Quraish, whose uncle will be from the Bani Kalb tribe will send an army to attack him, only to be overpowered, by the will of Allah. This (defeated) army will be that of the Bani Kalb. Unfortunate indeed is he who does not receive a share from the booty of the Kalb. This person (Imam Mahdi) will distribute the spoils of war after the battle. He will lead the people according to the Sunnah and during his reign Islam will spread throughout the world. He will remain till seven years (since his emergence). He will pass away and the Muslims will perform his Janazah salaat. (Abu Dawood)

-Jaabir (may Allaah be pleased with him) said: "The Messenger of Allaah (Peace & Blessings of Allaah be upon Him) said: ‘‘Eesaa ibn Maryam will descend, and their leader the Mahdi will say, "Come and lead us in prayer," but he will say, "No, one of them should lead them as an honour to this ummah from Allaah."’" The version narrated by Muslim says: "… Then ‘Eesaa ibn Maryam (Peace be upon him) will descend and their leader will say, ‘Come and lead us in prayer,’ but he will say, ‘No, some of you are leaders over others as an honour from Allaah to this ummah.’" (Reported by Muslim, 225)
Abu Sa’eed al-Khudri (may Allaah be pleased with him) said: "The Messenger of Allaah (Peace & Blessings of Allaah be upon Him) said: "He is one of us, behind whom ‘Eesaa ibn Maryam will pray." (Reported by Abi Na’eem in Akhbaar al-Mahdi. Al-Albaani said it is saheeh; see al-Jaami’ al-Sagheer, 5/219, hadeeth 5796).




~yang silap Itu kelemahan diri saya sendiri,Yang Betul Lagi Benar itu datang dari petunjuk Allah S.W.T

Wednesday, 14 December 2011

Tuhan Yang Satu Tiada Sekutu

Tuhan Dialah Yang Satu                                                      
Tiada sesuatu yang seperti dengan Nya                               
Tidak tidur
Tidak berkeluarga
Tiada sekutu
Tuhan tidak boleh dipanggil kepada apa apa sekali pun
Tiada Tuhan sementara
Tiada jelmaan tuhan
Tiada tuhan selain Tuhan

Monday, 12 December 2011

Khutbah Jumaat 2011(Friday Sermon) - Sedikit Petikan Mengenai Tahun 2022 Masihi



Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Ketika kita membaca tentang beberapa teori tentang keruntuhan zionis pada tahun 2022 seperti teori seorang pendeta Yahudi mengatakan bahawa kerajaan Yahudi Israel akan kekal selama 74 tahun sahaja sejak penubuhan negara  Israel iaitu 1948 sehingga 2022. Begitu juga teori pimpinan Israel yang menganggap bahawa selepas peperangan terhadap Lubnan pada 1982 adalah tahun nikmat bagi zionis yahudi sehingga 40 tahun seperti yang di tafsirkan dalam Kitab Taurat mereka. Ini bermakna penamatnya ialah pada 2022 .
Ada juga teori kebetulan yang disebut mengenai bilangan jumlah huruf dari ayat 2 surah Isra’ hingga ayat 104 berjumlah 1443 huruf di mana tahun 1443 Hijrah bersamaan 2022 Masihi..........
Selanjutnya klik link di bawah dan baca,
http://ekhutbah.wordpress.com/2011/06/02/isra-mikraj-dihayati-kemenangan-dirai/



{Kebetulan Tahun 2022 adalah tahun saya berumur 40 tahun".}


 Hai bani Israel, ingatlah akan nikmat Ku yang telah Aku anugerahkan kepada mu, dan sempurnakan lah janji Ku,
niscaya Aku sempurnakan janji Ku untuk mu dan hanyalah kepada Aku hendaklah kamu takut.
Dan berimanlah kamu kepada yang Aku turunkan ,yang membenarkan yang ada serta kamu dan jangan lah kamu orang yang mula-mula kafir dengan dia, dan jangan lah kamu jual ayat-ayat Ku dengan wang sedikit, dan takutlah kepada Ku.
Al-Baqarah: 40-41

Tidak Ada Yang Membatalkannya


Sesungguhnya orang-orang yang kafir(ingkar) akan peringatan, setelah sampai kepadanya.
Sungguh Quran ini kitab yg mulia.
Tidak ada yang akan membatalkannya dari hadapannya dan
tidak pula dari belakangnya diturunkan dari yang maha bijaksana lagi maha terpuji.

As-Sajdah: 41-42

Di sini saya nak berikan satu daripada faktor-faktor untuk meyakinkan kita bahawa Al-Quran
adalah original dan tidak diubah oleh sesiapa.

Banyak pasangan perkataan di dalam Quran yang mempunyai bilangan yang sama banyak,
Contohnya:
Perkataan "Dunia", 115 kali diulang.
Perkataan "Akhirat", 115 kali juga diulang.

Perkataan malaikat, 88 kali diulang.
Perkataan Syaitan,  88 kali diulang.

Dan sebagainya.

Sunday, 4 December 2011

Orang-Orang Salih

                         (Saiz gambar ini, 105 kb)

 Dalam surah Al-Anbiyak, 4 kali kita jumpa terjemahan yang bermaksud "Orang-orang Salih".
"3" ayat daripadanya ditujukan kepada Nabi-nabi, Anbiyak.
"1" ayat daripadanya ditujukan kepada Umat yang akan mewarisi bumi ini.

Ketika ayat ditujukan kepada Nabi-Nabi, Allah mengunakan perkataan "salihin"(orang-orang salih)
Tetapi apabila ditujukan kepada Umat, Allah gunakan perkataan "salihun" (orang-orang salih)
Bila hendak menyebut "Salihin"  atau "Salihun", bunyi perkataan "sa" itu bunyinya seperti orang kelantan menyebut "sa"(yang bermaksud satu).

Daripada surah Al-Anbiyak, perkatan "Salihin" ditujukan kepada Nabi-nabi, manakala perkataan "Salihun" ditujukan kepada Umat.

Kami anugerahkan kepadanya Ishaq dan Jaakub sebagai tambahannya, masing-masing Kami jadikan orang yang Salih. 
Ayat 72, Al-Anbiyak

Dan Kami masukkan dia (Nabi Luth) ke dalam rahmat Kami. Sesungguhnya dia seorang yang Salih. 
Ayat 75, Al-Anbiyak


Ismail,Idris dan Zulkifli. Masing-masingnya termasuk orang sabar.Kami masukkan mereka itu kedalam rahmat kami. Sesungguhnya mereka itu orang-orang yang salih.
Ayat 86, Al-Anbiyak

Sesungguhnya telah kami tuliskan dalam Zabur, sesudah peringatan, bahawa bumi akan diwarisi oleh hamba-hamba ku yang salih. 
Ayat 105, Al-Anbiyak.

(Perkataan asal dalam ayat 105 adalah "Salihun" dan dalam ayat yang lain surah Al-Anbiyak yang dituju kepada Nabi-Nabi,semuanya perkataan asal adalah "Salihin")

Wednesday, 30 November 2011

Dedikasi kepada siapa.



Ayat Quran adalah tepat, kepada siapa ayat itu ditujukan.

1. Jika sesuatu ayat itu ditujukan kepada Rosulullah S.A.S (Solallah Alaihi waSalam), maka, Ayat itu disebut dengan menggunakan perkataan "Engkau,Kamu" dan sebagainya yang sesuai.

2. Jika sesuatu ayat ditujukan khas kepada Rosul-rosul, maka ayat Quran itu akan disebut dengan menggunakan perkataan "Rosul".
Maka semua Rosul adalah begitu seperti yang disebut. Jika tidak begitu, maka hamba itu bukan Rosul.

3. Jika sesuatu ayat ditujukan khas kepada Nabi-Nabi akan disebut di dalam Quran dengan menggunakan perkataan "Nabi".
Maka semua Nabi adalah begitu seperti yang disebut. Jika tidak begitu, maka hamba itu bukan Nabi

4. Jika ditujukan khas kepada Muhammad akan disebut  menggunakan perkataan "Muhammad".
"Muhammad" hanya disebut empat kali sahaja di dalam Quran.

 Contoh:

Di dalam Al-Quran menyubut, Engkau tidak pernah membaca kitab sebelum ini dan tidak menulis dengan tangan kananmu.
Ayat ini ditujukan kepada baginda Rosulullah S.A.S, kerana baginda sebelum diwahyukan Al-Quran kepadanya , baginda tidak pernah membaca mana-mana kitab. Menyebabkan pada masa itu,ahli kitab berasa hairan untuk menolak dakwah Rosulullah S.A.S, kerana apa yang diajarkan oleh Rosulullah membenarkan kitab yang ada disampingnya dan tidak salah. Bagaimana Rosulullah boleh berkata benar? Melainkan apa yang dibawa oleh baginda itu adalah betul-betul wahyu daripada tuhan.

Dan ada Nabi-nabi lain yang belajar kitab lain selain daripada kitab yang diwahyukan kepadanya,
Contohnya ,Nabi Idris a.s dan Nabi Isa a.s , Nabi Isa a.s Allah S.W.T  wahyukan kepada baginda kitab Injil dan pada masa yang sama Allah ajarkan kitab taurat kepada baginda, kitab Taurat adalah kitab yang diwahyukan sebelumnya kepada nabi Musa a.s.

Jika Banyak sifat-sifat Rosul yang kebetulan ada persamaan dengan Rosul-rosul lain tetapi tidak di sebut sifatnya di dalam Al-Quran. Mungkin persamaan itu disebut di dalam Kitab Allah yang lain, di sebut dalam Taurat atau Injil.

Mengikut ajaran Kristian, sifat "Muhammad" adalah ada persamaan dengan sifat "Nabi Musa" Alaihi Salam.

Allah Knows Best .. Allah Lebih Mengetahui.. Allahualam Bissawat

Ameen.. perkenankan
InsyaAllah.

Thursday, 24 November 2011

Ya atau Tidak



Adakah tuhanmu menentukan anak laki-laki untukmu dan Dia mengambil malaikat menjadi anak perempuan? Sesungguhnya kamu mengeluarkan perkataan yang besar.
Ayat 40: Surah Al-Israak

Jawapan kepada soalan diatas adalah "Tidak"!
Bila jawapannya tidak, penerangannya akan jadi begini,
"Tuhan tidak tentukan anak laki-laki kepadanya dan
Tuhan tidak mengambil malaikat menjadi anak perempuan."

Kalau jawapan diatas adalah "Ya", maka jawapan itu adalah syirik dan tidak betul.


Muhammad itu bukan bapa salah seorang diantara laki-laki kamu, tetapi dia Rasul Allah dan kesudahan-kesudahan Nabi. Allah Maha mengetahui tiap-tiap sesuatu.
Ayat 40; Surah Al-Ahzab.

Sunday, 20 November 2011

Kecewa - Tidak Mampu Menbaca Tulisan Wahyu Tetapi Boleh Membaca Tulisan Lain



Dalam hidup ini
Ada perkara yang kita kecewa
Arwah bapa ku dan ibu ku
Mereka boleh mengajar Al-Quran
Umur 6 tahun, bapa ku hantar ku mengaji Al-Quran
kepada seorang lelaki tua, bekas gurunya.

Aku pergi  mengaji Al-Quran bersama X,
Kini X seorang yang diperhati oleh polis dan dibenci oleh keluarga sendiri
tetapi dia dipayung oleh ahli "Mahkota", tiada ramai berani menganggu nya. .
Kini, Entah kemana X menghilangkan diri.
Kampung halaman menjadi negeri asing baginya.

Jika aku bertemu dengan X,
dia tidak pernah sombong dengan aku, tidak menyakiti hati aku.
dia kawan zaman sekolah.


Aku perhatikan, jika seseorang samseng atau gangster yang bersalah dengan polis sengaja menyakiti hati ku,
Selalu terjadi, lebih kurang 3 hari selepas itu akan ditangkap polis.


Yang aku kesal sampai sekarang...
Kenapa?
Aku belajar Al-Quran sejak umur 6 tahun lagi, sampai sekarang aku tidak boleh membaca Al-Quran,
Cuma aku menghafalkannya dan membaca maknanya.
Tetapi aku boleh membaca Jawi, ketika diatas bas, tatkala melintasi tanah perkuburan islam.. aku boleh membaca tulisan itu dalam tulisan jawi,
"Tanah Perkuburan Islam".
Sedangkan, Tidak ada orang yang mengajar aku tulisan jawi pun.