Friday, 30 September 2011

Ubat Dan Formula Matematik : 12-(a+b)//9-b , dgn izin Allah.

12-(a+b)//9-b ...... Nombor sali kepada nombor bulat.   //,simbol
3+n2-n1 -> 9-b ......Nombor bulat kepada nombor Sali.  ->, simbol.


Contohnya:  8->2  (a->b)

a=8 , b=2.
12-(8+2)//9-2 = (12-10)//7
                      = 2//7
                      = 2(10) + 7
      Jadi,         = 27 = (8->2)

27 ,  (n1n2)
n1=2, n2=7.

3+n2 -n1 -> 9-n2
3+7-2      -> 9- 7
            8 -> 2 = (27)

Kedua-dua penyelesaian itu membuktikan bahawa 8->2 = 27.
Anda boleh memasukkan nombor yang lain dalam persamaan itu.
Satu lagi yang saya tertinggal,
// = 10a+b.

LegNote : Formula Matematik ini ada Trade Secret (sumber) tersendiri, seperti mana rempah KFC ada Trade Secret (sumber rempah) sendiri. Orang lain tidak boleh menipu dengan mengaku hasil ciptaan orang lain adalah miliknya. So, macam tolong promosi kat orang lain.

Yang saya tunjuk diatas  ini adalah tentang formula matematik,
Bukan saya yang pintar, tapi tuhan yang memberi  ilham kepada saya untuk menciptanya.
Manalah tahu,selepas ini, tuhan berikan saya keajaiban yang lain.
Contohnya,
Tuhan berikan saya orang gila
Lepas tu saya dapat ubati orang gila dengan izinNya.
Tuhan berikan saya orang lumpuh
Lepas tu saya dapat ubati orang lumpuh dengan izinNya.
Manalah tahu Jika suatu masa nanti ,saya berjumpa dengan seorang Pakcik yang mempunyai anak yang cun...
Gamaknya, Peluang yang cerahlah untuk saya memilikinya. hehe.

Monday, 26 September 2011

Perkara Pelik Pasal Penzina


(Azab Allah pada penzina amat berat di akhirat dimana kemaluannya ditusuk-tusuk)

Berikut adalah cerita dan bukti azab Allah kepada penzina semasa hidup di dunia lagi.

1)Bangkok-Thailand. Polis Thailand menyerbu sebuah pusat pelacuran yang terkenal dan mendapati seorang pelacur telah mati selepas 2 jam melakukan zina dengan pelanggannya. Keadaan pelacur itu amat mengerikan,pihak polis mendapati wajah dan tubuh pelacur itu hitam terbakar. Gambar diatas.

2)Seorang ustaz menceritakan suatu kejadian yang berlaku di Melaka apabila seorang isteri berzina dengan teman lelaki simpanannya ketika suaminya bekerja. Ketika berzina,tubuh kedua-dua pasangan itu melekat dan tidak dapat dipisahkan. Ketika pasangan ini dibawa ke hospital untuk dibedah,salah seorang pasangan itu telah meninggal dunia.

3)Negara Arab. Seorang penceramah terkenal menceritakan tentang seorang remaja lelaki yang warak dan taat pada agama. Ketika bercuti,dia telah bertemu dengan seorang wanita. Bermula dengan minum arak, pemuda tersebut dipaksa oleh wanita untuk minum air kencing setan itu. Setelah dipaksa,dia tewas. Dia minum arak bersama wanita itu hingga mabuk. Selepas mabuk,wanita itu membawa pemuda itu ke sebuah hotel berdekatan. Wanita itu mengajaknya melakukan zina dan pemuda itu bersetuju. Selepas berzina,pemuda itu meninggal dunia serta merta di atas katil.

4)Negara Arab- Sepasukan ahli Jabatan Agama bahagian pencegah maksiat melakukan serbuan di sebuah hotel mewah yang menjadi sarang pelacuran. Ketika tiba di satu bilik,semua anggota terkejut melihat seorang wanita dan dua lelaki bertelanjang bulat mati di atas katil tanpa sebab.

Info ini Dipetik daripada laman web dibawah:
http://pendekar-hud.blogspot.com/2011/05/azab-allah-pada-penzina.html

Friday, 23 September 2011

Tahu Tersilap Tapi Tidak Tahu Tempatnya

Bismillahirahmanirahim.

Setiap Manusia melakukan kesilapan
Cara untuk memulangkan kesilapan kita adalah
Bertaubat kepada yang Satu
Dialah penerima ampunan
Tanpa membeza warna kulit dan pangkat
Dialah pemberi rezeki
Tanpa mengira kafir atau muslim
Banyak atau sikit
Malas atau rajin


Jika kita tahu silap kita
Tapi tidak tahu dimana punca silap kita
Tidak perlu kita memcari puncanya
Jika kita tidak akan bertemu puncanya
Terus bertaubat
Jika kita tahu silap kita
Tempat kita tahu itu adalah silap kita
Kalau kita tidak mengakuinya
Itu sudah dikira sombong, ego dan takbur.
Biarlah kita malu didunia
Asalkan jiwa tenang sepanjang masa
dengan penyesalan kita
Daripada kita takbur
yang membuat kita gelisah sepanjang waktu.

Iblis tahu dia disesatkan Oleh Allah S.W.T
Dia kecewa disesatkan
Dia tahu tapi akhirnya dia sanggup menerima kesesatan itu
Semata-mata kerana malu
untuk tunduk kepada makhluk
yang lebih rendah darjat daripadanya.

Tuhan Terimalah Taubatku !!

Thursday, 22 September 2011

Lalat Tidak hinggap diatas Rosul ?????


Ada orang berkata, lalat tidak hinggap diatas Rosulullah S.A.W,
Berdasarkan kisah-kisah Nabi dan Rosul di dalam Al-Quran, ada diantara mereka
Yang terkena penyakit teruk sehingga berulat-ulat, ada yang hidup sederhana, ada yang menjadi peminpin yang hebat yang tidak lalai dengan tanggungjawap,ada yang kaya, ada yang miskin dan sebagainya.

Cuba kita fikirkan?
Jika kaki berulat-ulat, darimanakah datang ulat itu?
Biasanya, ulat-ulat terjadi disebabkan oleh hinggapan lalat.
Belum ada lagi fakta yang menyatakan bahawa ulat-ulat dalam daging manusia  terbentuk disebabkan selain daripada hinggapan lalat.
Allah boleh jadikan begitu dengan izinNya
Allah boleh jadikan apa sahaja dengan kehendaknya.
Allah jadikan Nabi Isa tanpa bapa
Allah jadikan Hawa daripada tulang rusuk adam.
Semua itu diberitahu oleh Allah S.W.T di dalam Al-Quran
Dan bukannya kita tahu sendiri tanpa diberitahu (Oleh Alah S.W.T).


Malah, ada ayat Al-Quran yang bermaksud lebih kurang begini:
Berkata orang-orang kafir, Lalat tidak hinggap di atas hidung Rosul...

Allah sudah kategorikan hambanya melalui kata-katanya,
Maka, kita akan kenal manusia yang akan menjadi penentang kepada perintah tuhan
DI MASA HADAPAN.............

Friday, 16 September 2011

Rahsia Mudah Nak masuk syurga Berdasarkan Al-Quran

Diantara syarat-syarat mudah yang difirmankan oleh Allah S.W.T di dalam Al-Quran untuk masuk syurga adalah : Buat Tiga perkara ini,

1. Jangan Tinggal Solat (Keep perform solah/worshipping god)
2. Bersedekah.
3. Membaca Al-Quran (dan maknanya sekali - kerana kita bukan orang arab yang faham bahasa arab)

So, jika buat 3 perkara diatas, berbahagialah di hari akhirat, itu adalah janji tuhan di dalam Al-Quran.
Bukan janji manusia dan sesiapa.
Nampak macam senang untuk buat 3 perkara diatas... tapi tidak sampai 1% pun orang disekeliling kita yang cukup syarat diatas.


LegNote :
Solat kita... tanda kita sujud dan patuh kepada Allah S.W.T
Sedekah kita... Tanda kita kasih dan simpati sesama manusia, mudah-mudahan Allah simpati kepada kita untuk dihumbankan ke dalam neraka,Simpati di balas dengan simpati.
Membaca Al-Quran.. Untuk kita memahami ayat-ayat nya dan patuh kepada ayat-ayat nya, barulah kita terasa bahawa dunia ini bagi orang yang beriman bagaikan penjara, dan kubur bagaikan taman syurga.

Syurga itu hak Allah, Dia Boleh memilih kepada sesiapa yang dia hendak berikan... Sekuat mana amalan kita, hanyalah untuk mendapat redha Allah ke syurga... Tapi, sebanyak mana sekalipun amalan kita,untuk membayar harga sebiji mata yang dianugerahkan Allah S.W.T kepada kita, tidak mampu untuk kita berbuat sedemikian, tidak sama nilainya.


 Jika tidak pandai membaca Al-Quran?
 -Jika tidak pandai membaca Al-Quran daripada huruf-hurufnya,membaca dengan cara mengahafal bacaannya,bagus jugak, lebih tepat bacaannya.

Kepada kawan2 Yang Nak Jadi Samseng

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Orang laki-laki yang paling dibenci oleh Allah ialah orang yang keras kepala lagi suka bertengkar.” (Hadis Riwayat Muslim)

Monday, 12 September 2011

Jika Kisah Adam Dan Hawa Berulang?



Jika Aku Adalah Adam
Kau adalah Hawa....
Siapakah?
yang merancang sehingga Adam dan Hawa
bertelanjang bulat jatuh ke bumi.

Adam sangat inginkan teman hidup
maka dijadikan hawa untuknya

Bila sebut Adam
Seluruh lelaki adalah Adam
Bila sebut Hawa
Seluruh Wanita adalah Hawa.

Maka datang lah adam ke tempat
seperti dalam perjanjian
kali ke empat
Hawa sudah menanti
menanti dengan senyuman manis

Di hadapan terhidam
makanan dan minuman
Adam sudah diberi alamat
supaya berjaga-gaja dengan makanan dan miniman
ADAM TERLUPA
Hawa kata tidak mengapa
Demi Kau dan Aku untuk terus bersama sampai syurga

Adam dan Hawa
Makan dan minum semua yang ada
Dalam banyak-banyak gelas
Ada gelas arak yang tidak diberitahu
Maka adam tidak sedar diri
Hawa separuh sedar
Dibawa oleh mereka ke hotel
Sebaik sahaja sampai di hotel
Empat minit kemudian
Datanglah malaikat ibu negeri
Berpakaian serba putih
Mengetuk pintu dan memberi salam
Adam dibawa keluar dari kamar
Maka Bermulalah kisah baru
Adam dan Hawa

Adam masih suci
Tuhan selamatkan dia dalam rancangan itu.
Adam tidak menyentuh hawa
Melainkan selepas mereka disatukan secara halal.

Wednesday, 7 September 2011

Terkenang Arwah


Ramadhan baru saja berlalu
kini kita berada dalam bulan Syawal
Bulan syawal adalah salah satu bulan mulia dalam kalender islam
Pada Zaman Rosulullah S.A.W dulu,
Pada bulan ini diharamkan berperang
Dan Semua masyarakat Arab mematuhi nya

Ini bulan Syawal, Ini bulan mulia!!

Apabila kita teringat.... Paling tidaknya memberi kesan Positif kepada Aktiviti kita
Dan mengubah kearah yang lebih baik daripada yang sepatutnya kita lakukan.

Ramadhan - Bulan yang sangat mulia dan diturunkan Al-Quran pada bulan ini.

Ketika Arwah bapa saya ada dulu, setiap kali berada di bulan Ramadhan, biasanya Arwah akan mengkhatamkan bacaan Al-Quran 2 kali, kalau dia tidak dapat menghabiskan 2 kali, dia meluahkan rasa kerugian, setiap petang saya selalu ternampak dia sedang membaca Al-Quran di penjuru rumah dan kini semuanya tingal kenangan dan sekali sekala terasa seperti dia masih ada..........

Ya Allah kasihanilah kedua ibu-bapaku seperti mana dia mengasihani aku ketika aku masih kecil.

Thursday, 25 August 2011

Ayat Pokok Cherry Part 2 : Pasal Jodoh.. Let's Cool


Bismillahirahmanirahim....

Tuhan telah tetapkan jodoh seseorang itu sejak azali lagi....

Jika ada Seseorang yang anda sangat cinta padanya....
 Don't worry.. be Cool!!
JIKA dia jodoh anda...  
Allah akan tutup pintu hati dia untuk mencintai orang lain,
 Walaupun berapa ramai orang yang dia temui....
Walaupun berapa hebat orang yang datang ...
Walaupun berapa banyak ayat power yang dilemparkan...
(Nak banyak lagi,tambah "walaupun" anda sendiri!!)
.....sehinggalah dia menemui anda, barulah pintu hati dia terbuka.

Bagaikan setangkai anak kunci... 
hanya satu sahaja yang dapat membuka kunci.
Andalah kuncinya...

JIKA dia bukan jodoh anda...
Anggaplah itu semua ketentuan dari yang maha mengetahui,
Dia yang menciptakan kita semua,
Dia lebih mengetahui tentang kita semua.

Kita patut rasa berterima kasih kepada Allah dengan apa jua ketetapannya,
Alhamdulillah!
Lagi pun, kita tak bayar "Seposen" pun dengan ketetapan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.
Kepada kita semua.


LegNote: bab kata hati yg "rebel" kebanyakan owang, nak dia jugak! xde dah owang laen.

Wednesday, 24 August 2011

Kenapa Beruk Ekor Pendek Dan Kera Ekor Panjang?



Jawapan Saya ;

Beruk dan kera biasanya tinggal pada habitat yang sama,
beruk lebih besar daripada kera,
beruk lebih kuat daripada kera,
kera akan menjadi mangsa kepada beruk.

Jika Allah jadikan kera ekor pendek seperti beruk, kera tidak dapat melarikan diri
daripada beruk, disebabkan kera mempunyai ekor panjang, jadi kera dapat melarikan diri
ke hujung ranting dengan bantuan ekor nya, dimana tempat itu tidak boleh di capai oleh beruk.

Kalau Allah jadikan beruk ekor panjang seperti kera, ke mana kera nak melarikan diri daripada beruk?

Psst: A Beruk can't catch A Keraaaaa





Sunday, 14 August 2011

Tidak Boleh Menipu Hal Agama

Kita tidak boleh mengunakan agama untuk menipu orang lain demi kepntingan sendiri, biasanya kalau menggunakan agama untuk menipu orang lain akan terkena perkara misteri atau ditimpa bala.

Ada satu cerita yang terjadi di kampung kami, seorang lelaki berniat untuk merampas tanah orang lain dan bersumpah palsu di hadapan Al-Quran di mahkamah. Semasa dalam perjalanan pulang, sebatang pokok menimpa keretanya, pokok itu betul-betul menimpa diatasnya, dia seorang sahaja yang meninggal dunia dalam tragedi itu sedangkan orang lain di dalam kereta semuanya selamat.
kisah tauladan ini sudah agak lama terjadi dan diceritakan kepada kami.

Adakah berani untuk menipu orang lain demi kepentingan sendiri dengan menggunakan agama,contohnya Al-Quran dan sebagainya, cuba bayangkan jika mati tiba-tiba sebelum sempat bertaubat, alangkah penderitaan di akhirat berpanjangan.....
Aunzubillah!

Tuesday, 9 August 2011

Sebelum Dan Selepas Nabi Yusof Menjadi PeMiMpiN

Sebelum Nabi Yusof jadi pemimpin:
Ayat 4: Surah Yusof
(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku". 


Selepas Nabi Yusof menjadi pemimpin
Ayat 100: Surah Yusof
Dan ia dudukkan kedua ibu bapanya (bersama-samanya) di atas kerusi kebesaran. Dan setelah itu mereka semuanya tunduk memberi hormat kepada Yusuf. Dan (pada saat itu) berkatalah Yusuf: "Wahai ayahku! Inilah dia tafsiran mimpiku dahulu. Sesungguhnya Allah telah menjadikan mimpiku itu benar. Dan sesungguhnya Ia telah melimpahkan kebaikan kepadaku ketika Ia mengeluarkan daku dari penjara; dan Ia membawa kamu ke mari dari dosa sesudah Syaitan (dengan hasutannya) merosakkan perhubungan antaraku dengan saudara-saudaraku. Sesungguhnya Tuhanku lemah-lembut tadbirNya bagi apa yang dikehendakiNya; sesungguhnya Dia lah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Friday, 8 July 2011

Cinta....

Tuhan ciptakan manusia berpasangan...
Cinta sebenar adalah kerana Allah,
Cinta seorang lelaki kepada wanita kerana Allah,
Cinta seorang wanita kepada lelaki kerana Allah,
Jika cinta kerana paras rupa, hilang paras rupa hilang lah cinta
jika cinta kerana harta, hilang harta hilang lah segalanya
Walaupun tinggal sebumbung,tapi hati berbilik-bilik...

Jika cinta kerana Allah
Hati menjadi satu
Bila kita bersedih...
dia tumpang bersedih
Bila kita gembira...
dia jadi ceria
Bila disanjung...
dia turut tersenyum
Bila diejek...
dia turut termenung

Apakah bukti bahawa kita cinta dia kerana Allah?
Kita mencintainya kerana pegangan agamanya,

Contohnya:
Mungkin dia seorang Lelaki yang ikhlas, dia berani berkata perkara yang benar
walaupun berdepan cacian dan hinaan.
Dia juga seorang wanita/isteri yang hebat, jika sanggup menjadi pendamping hidup,sepanjang kehidupan kepada lelaki ikhlas...


Ayat yang aku suka : “Aku mengagumi kelebihan mu, tapi aku mencintai kekurangan mu”.

Thursday, 23 June 2011

Asal sebut nama, mesti terserempak


Kalau aku tersalah sebut nama orang tu, biasanya aku akan terserempak dengan orang tu...
ni salah satu cerita yang tersalah sebut.

2 bulan lepas,Kawan aku mengadu sakit gigi, aku temankan dia ke hospital...
sampai kat hospital, tiba2 keluar seorang nurse yang cantik...
tiba-tiba kawan aku mengomel.. ehhh, nurse ni, cantiklah, macam puan wardina lah..........
balas aku, canik ke Wardina (Puan Wardina), tak pernah tengok pun kak luar, tengok kat TV jer...
kak luar tak sama kot?

wei kuat kau cakap, nanti dia dengar, bini orang kot?
Tiba-tiba dia menggelengkan kepala...
kau pun cakap kuat jugak, dia dengar tu! dia geleng kepala tu!

Alahhh.. bukan kita nak kacau dia, kita cakap dia cantik salah ke?
kalau aku ada bini, orang cakap bini aku cantik, aku suka jer...
aku tanya dia balik, Lu jealous ker brother?
Kalau kacau2, sorry arr.. cuba try kalu nak makan nasi ikut wire kat wad kecemasan.


2 hari kemudian, aku dan kawan keluar jalan2 sekitar KL, singgah suria KLCC jap...
sebaik sahaja masuk waktu solat maghrib, kami bergegas ke masjid sebelah suria KLCC.

Masa nak solat maghrib tu, ternmpak Puan Wardina sedang mendukung anaknya ditemankan suaminya.

Ehh, dua hari lepas kau cakap tak pernah tengok dia kat luar, hari ni dah terserempak dengan dia.
Aku memang macam ni selalu.. pantang sebut nama sapa-sapa, tak lama lepas tu mesti jumpa.

Monday, 9 May 2011

Sains & Falsafah Pokok Cherry Part2 - Hujan sedikit Tetapi Air Melimpah Banyak

                                            Merokok Membahayakan Nyawa

Apabila hujan, air hujan turun ke bumi
dan meresap ke dalam tanah
Di bawah tanah terdapat tekanan untuk menolak air naik ke atas,
disebabkan permukaan tanah kering
air dari bawah tanah atau dipanggil sebagai air mata terhalang untuk keluar.
Apabila hujan turun,
air hujan meresap masuk ke dalam tanah
DAN RUANG DI ANTARA BUTIR - BUTIR PASIR SUDAH MENJADI LALUAN UNTUK AIR
Maka air dibawah tanah atau dipanggil sebagai Mata Air
Menggunakan laluan ini untuk naik ke atas dan bergabung dengan air hujan
Dan menyebabkan terdapat banyak air di bumi
.....Walaupun air hujan yang mencurah itu sedikit.

Falsafah nya : Kalau ingin membuat perigi, carilah tempat yang lebih basah,kerana disitu mengandungi  Mata Air yang banyak air.

Wassalam...

Sunday, 1 May 2011

Sains&Falsafah Pokok Cherry Part1 : Burung Lebih Genius Drpd Manusia?



Kita tidak sama seperti burung
Kita tidak pandai tanpa belajar terlebih dahulu
Tapi burung boleh buat sesuatu tanpa belajar
"Kita tidak pandai buat rumah...
Kalau kita tidak belajar bertukang"
"Tapi Burung pandai buat sarang mereka
tanpa belajar menjahit"
Jadi... Burung lebih Genius daripada manusia?
Tidak

Manusia di bekalkan dengan akal fikiran
Tapi burung tidak ada fikiran cuma ada otak

Fikiran mausia boleh di simpan di otak
Dan diterjemahkan kepada perbuatan
Tetapi burung mempunyai otak
Tetapi Tidak boleh menterjemahkan apa yang diterima
Cuma boleh bertindak sebagai CENSOR
" Sebagai contoh: apabila kita menghampiri burung, burung pun terbang....

Kenapa burung pandai buat sesuatu tanpa belajar terlebih dahulu?
Pandai ehem-ehem, lepas tu bertelur,mengeram,menyuap umpan kepada anak-anaknya
Dan tugas terakhir mengajar anak-anaknya terbang.

Burung pandai buat sesuatu bukan kerana burung genius tetapi kerana burung mendapat ILHAM daripada Allah,
Allah menganugerahkan ILHAM SEMULAJADI  kepada pokok-pokok,binatang dan haiwan untuk terus melangsungkan kehidupan dan kebolehan ini tidak terdapat pada manusia.................

Nota : Belum ada lagi manusia dapat membuat sarang burung buatan tangan secantik sarang burung tempua.

Ayat Pokok Cherry - Part1




Awak! kalau orang pernah panggil awak ULAT..
SABAR jer lah..
Setiap manusia tidak dapat lari dari KESILAPAN,
Setiap manusia "SentiasaAdaMasa.jpg" untuk BERUBAH.....
BUKTIKAN!!
Suatu masa nanti.. biar orang PANDANG awak sebagai RAMA-RAMA...


NotA uNtuK Woman :   ~~Dulu cantik macam rama-rama, Skarang berjubah macam rama-rama~~

Translate Mood :
Skarang (Now), lari(free), jer lah (just..),