http://www.believeandbeliever.blogspot.com/
Friday, 15 February 2013
Saturday, 17 November 2012
mohD
Pengarang kitab memberitahu mohD adalah hidung mancung, dengan alasan, hidung mancung lebih cantik daripada hidung tidak mancung. Orang kristian menggambarkan Muhammad salalallah alaihi wa salam adalah sangat handsome, sebab itulah sebahagian orang kristian zaman Rosulullah alaihisalam dulu menolak baginda.
Pengarang kitab juga membuat ramalan, bahawa mohD adalah kaya.
Apa yang kita tahu daripada Al-Quran, Nabi-nabi yang mempunyai kerajaan yang hebat adalah daripada keturunan bani Israel, contohnya, Sulaiman dan Daud.
mohD - Hidung dia bengkok
- Daripada hadis kita dapat tahu bahawa hidung mohD adalah bengkok(tidak lurus), sahih atau tidak sahih hadis itu, Allah S.W.T sahaja yang maha mengetahuinya.
Check it Out !!
- Bengkok bukan bermakna bongkok.
- Kebanyakan hidung mancung adalah lurus dan tidak bengkok.....
- Kebanyakan hidung bengkok(tidak lurus) adalah tidak mancung atau kurang mancung.
mohD - Suka memberi,pemurah.
- Daripada hadis, kita dapat tahu mohD suka memberi,pemurah....
Check it Out!!
- Suka memberi tidak semestinya kaya.
- Jika dua orang yang mempunyai pendapatan yang sama, seorang suka memberi dan seorang kedekut,
siapa yang mempunyai baki yang lebih banyak? orang yang kedekut itu mempunyai baki lebih banyak dan dianggap lebih kaya.
-Orang baik suka memberi... jika seseorang yang sangat baik, contohnya mohD, sudah tentu dia sangat suka memberi.. bila sangat suka memberi.. adakah dia masih mempunyai harta yang banyak atau kaya? kecuali ada harta cukup untuk dirinya dan keluarga sahaja. Cukup bermakna tidak kurang dan tidak lebih.
Thursday, 15 November 2012
Muhammad
Yahudi, Nasrani(kristian) dan Muslim, ketiga-tiga agama wahyu ini menyebut Muhammad.
Kesemua agama wahyu ini, hari ini mengalami perpecahan fahaman yang banyak, hanya sebilangan kecil penganut Yahudi dan Nasrani yang percaya kepada muhammad.
Majority penganut yahudi berkata,tidak ada nabi lagi selepas Musa a.s,
Majority penganut Kristian pula berkata,tidak ada nabi lagi selepas Isa a.s.
Yahudi
- Dalam solat orang yahudi askenazi, antara perkataan yang disebut dalam solat mereka adalah,
"ashadu Muhammad", "Muhammad abdullah", "salihim".... bermakna, bukan sahaja di dalam solat kita menyebut Muhammad, tetapi dalam solat umat nabi Musa a.s. juga menyebut Muhammad.
Nasrani (kristian)
- Dalam agama Nasrani juga ada menyebut Muhammad, ini telah diterangkan oleh pendakwah-pendakwah islam di Amerika seperti Ahmad Deedat dan sebagainya.
Islam (dan akhir zaman)
- Rosulullah alaihisalam juga bernama Muhammad salallah alaihi wasalam dan namanya di dalam Al-Quran adalah Ahmad, berbangsa Arab dan diwahyukan kitab Al-Quran kepadanya di Mekah dan Madinah. Banyak nabi-nabi yang di sebut dalam Quran,bahawa agama mereka adalah Islam. Maknanya, dari dahulu lagi Allah telah menamakan agama-Nya adalah Islam.
Masa Akan Datang
- Pada masa akan datang... Muhammad adalah Imam mohD, Namanya Mohd(sound: Muhammad) dan bapanya Abdullah, dia tidak mengambil upah bila mengajar agama,dia lah yang mengajarkan Furqan kepada kami.
Wednesday, 14 November 2012
Warna Kulit.
Allah tidak menilai warna kulit kamu atau keturunan kamu untuk memberi rahmat kepada kamu.
Semua manusia dilahirkan suci bersih daripada dosa dan membesar dengan melakukan kesilapan demi kesilapan, itu adalah fitrah manusia, kerana manusia tidak bersifat sempurna dan bertaubat kepada Allah, pada dosa-dosa yang telah dilakukannya.
Allah jadikan manusia berbilang bangsa, supaya saling berkenalan diantara satu sama lain.
Lebih baik manusia memupuk sikap berkenalan dengan bangsa lain daripada memupuk sikap membenci kepada bangsa lain tanpa sebab.
..................................................................................................
Mukjizat Al-Quran.
Rosulullah bercakap-cakap dengan bahasa ibunda nya...
Allah wahyukan Al-Quran kepada Rosulullah salallah alaihi wasalam di dalam bahasa Arab standard (global), sedangkan Rosulullah salallah alaihi salam menggunakan bahasa Arab loghatnya sendiri.
Ini menunjukkan Al-Quran adalah wahyu daripada Allah S.W.T kepada baginda salallah alaihi salam.
di luar kemampuan Rosulullah salallah alaihi wasalam untuk menciptanya.
Dalam masyarakat Arab, Allah tidak utus seorang Rosul berbangsa Ajam.
Kalaulah Allah hendak mengutuskan seorang Rosul dalam masyaralat Ajam, sudah tentu Allah tidak memilih bangsa Arab dan memilih bangsa kaum itu sendiri.
Fitrah manusia sukakan kepada bangsa sendiri, etnik sendiri, keluarga sendiri,tempat asal sendiri dan sebagainya.
...............................................................................................
Wednesday, 31 October 2012
Allah Wahyukan Kitab Kepada Rosulullah untuk Gantikan Dengan Yang Lebih Baik.
Allah menguji manusia bergantung kepada kemampuannya,Allah tidak menguji di luar kemampuan manusia.
Allah menurunkan kitab kepada kaum terdahulu,contohnya pada zaman nabi Musa, Allah turunkan taurat, di dalamnya Allah mengharamkan kepada bani Israel memakan binatang berkaki 4 kerana kederhakaan mereka kepada Allah.
Selepas terpisah lama nabi-nabi, Allah utuskan Isa Ibnu Mariam, dan Allah wahyukan kepadanya kitab Injil.
Di dalam Injil, ada yang Allah kekalkan dan ada yang Allah gantikan dengan ayat yang lebih baik.
Jika mereka mengikut Isa Ibnu mariam ketika itu, nescaya sucilah mereka daripada dosa-dosa sebelumnya.
Allah tidak membebankan manusia dengan apa yang dia tidak mampu... Allah wahyukan injil,ada yang Allah kekalkan dan ada yang Allah gantikan dengan yang lebih baik.
Selepas itu, Allah wahyukan Al-Quran kepada hambanya,Nabi Ahmad salallah alaihi wasalam, seorang Nabi berbangsa Arab, dalam kelompok masyarakat Arab, Allah tidak mengutuskan dari bangsa Ajam dalam kelompok masyarakat Arab, jika Allah utuskan bangsa Ajam,nescaya mereka enggan untuk beriman, ini turut dijelaskan di dalam Quran.
Sebelum Allah wahyukan kitab Al-Quran,ada sebahagian ahli kitab yang sudah menjangkakan kemunculan Al-Quran, setelah Al-Quran diwahyukan,mereka membacanya,bercucuran air mata mereka sebagai tanda berterima kasih kepada Allah S.W.T
ada yang Allah kekalkan dan ada yang Allah gantikan dengan ayat yang lebih baik.
" Ada yang Allah gantikan dengan ayat yang lebih baik"
Allah tahu kemampuan hambanya, Allah itu maha pengasih,maha penyayang
kemunculan Rosulullah S.A.W adalah untuk menyucikan dosa manusia,
bila saya menyebut mengenai 'menyucikan dosa manusia', bukannya saya mengikut apa yang di ajar dari agama kristian, tetapi Allah sendiri menyebut di dalam Al-Quran bahawa orang yang tidak mahu mengikut Rosulullah S.A.W adalah orang yang tidak mahu menyucikan dosanya. Contohnya Walib bin Mughirah.
Orang muslim tidak boleh mengikut ajaran kristian, tetapi dibenarkan oleh Allah S.W.T untuk kembali kepada persamaan dengan mereka.
Sebagai contoh:
dalam agama Nasrani, disebut lembu warna merah tua,
dalam agama Islam , disebut lembu warna kuning tua,
kalau kita lihat lembu di padang, ada yang warnanya merah tua, ada yang warnanya kuning tua.
Kita sebagai orang islam, percaya pada warna kuning tua.
Contoh lain:
dalam agama Nasrani, Nabi adam dijadikan daripada debu.
dalam agama Islam, Nabi adam dijadikan daripada tanah.
berdasarkan tafsiran Al-Quran, Nabi adam dijadikan daripada 'tanah kering'.
Allahualam Bissawat.
Allah menurunkan kitab kepada kaum terdahulu,contohnya pada zaman nabi Musa, Allah turunkan taurat, di dalamnya Allah mengharamkan kepada bani Israel memakan binatang berkaki 4 kerana kederhakaan mereka kepada Allah.
Selepas terpisah lama nabi-nabi, Allah utuskan Isa Ibnu Mariam, dan Allah wahyukan kepadanya kitab Injil.
Di dalam Injil, ada yang Allah kekalkan dan ada yang Allah gantikan dengan ayat yang lebih baik.
Jika mereka mengikut Isa Ibnu mariam ketika itu, nescaya sucilah mereka daripada dosa-dosa sebelumnya.
Allah tidak membebankan manusia dengan apa yang dia tidak mampu... Allah wahyukan injil,ada yang Allah kekalkan dan ada yang Allah gantikan dengan yang lebih baik.
Selepas itu, Allah wahyukan Al-Quran kepada hambanya,Nabi Ahmad salallah alaihi wasalam, seorang Nabi berbangsa Arab, dalam kelompok masyarakat Arab, Allah tidak mengutuskan dari bangsa Ajam dalam kelompok masyarakat Arab, jika Allah utuskan bangsa Ajam,nescaya mereka enggan untuk beriman, ini turut dijelaskan di dalam Quran.
Sebelum Allah wahyukan kitab Al-Quran,ada sebahagian ahli kitab yang sudah menjangkakan kemunculan Al-Quran, setelah Al-Quran diwahyukan,mereka membacanya,bercucuran air mata mereka sebagai tanda berterima kasih kepada Allah S.W.T
ada yang Allah kekalkan dan ada yang Allah gantikan dengan ayat yang lebih baik.
" Ada yang Allah gantikan dengan ayat yang lebih baik"
Allah tahu kemampuan hambanya, Allah itu maha pengasih,maha penyayang
kemunculan Rosulullah S.A.W adalah untuk menyucikan dosa manusia,
bila saya menyebut mengenai 'menyucikan dosa manusia', bukannya saya mengikut apa yang di ajar dari agama kristian, tetapi Allah sendiri menyebut di dalam Al-Quran bahawa orang yang tidak mahu mengikut Rosulullah S.A.W adalah orang yang tidak mahu menyucikan dosanya. Contohnya Walib bin Mughirah.
Orang muslim tidak boleh mengikut ajaran kristian, tetapi dibenarkan oleh Allah S.W.T untuk kembali kepada persamaan dengan mereka.
Sebagai contoh:
dalam agama Nasrani, disebut lembu warna merah tua,
dalam agama Islam , disebut lembu warna kuning tua,
kalau kita lihat lembu di padang, ada yang warnanya merah tua, ada yang warnanya kuning tua.
Kita sebagai orang islam, percaya pada warna kuning tua.
Contoh lain:
dalam agama Nasrani, Nabi adam dijadikan daripada debu.
dalam agama Islam, Nabi adam dijadikan daripada tanah.
berdasarkan tafsiran Al-Quran, Nabi adam dijadikan daripada 'tanah kering'.
Allahualam Bissawat.
Sebelum Masuk Kubur
"Dari Jabir Radiallahu Anhu katanya: Rasulullah Sallahu Alaihi Wasalam melaknat orang yang makan riba dan orang yang memberi wakil pada riba dan penulisnya dan dua saksi. Sabda baginda: Mereka itu semuanya sama pada hukum mengambil riba" (Riwayat Imam Muslim)
Dan sesiapa yang mengulangi lagi perbuatan mengambil riba itu maka mereka itulah ahli neraka,mereka kekal didalamnya". Al-Baqarah 275
Dan sesiapa yang mengulangi lagi perbuatan mengambil riba itu maka mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya". Al-Baqarah 275
.............................................
So, bertaubatlah daripada melakukan riba dengan taubat nasuha dan tidak mahu mengulangi lagi,jika kamu mahu dunia dan perhiasannya dengan cara riba, maka dapatlah dunia,dan di akhirat kekal dalam neraka.
"benarlah kata Allah dalam Quran, orang beriman di dunia bagaikan dalam penjara, di dalam kubur pula bagaikan syurga."
Tapuk dada tanya selera!!
Kita boleh menipu diri sendiri dengan mencipta berbagai alasan untuk terjebak dengan riba,tetapi di akhirat diri sendiri yang menanggung atas perbuatan kita sendiri,bukan orang lain.
"bersediakah anda untuk mati jika di jemput pada bila-bila masa" ?
.............................................
Cash's Only - Tengok Boleh,Pinjam Boleh,Amal Riba Jangan,nanti masuk neraka.
Tuesday, 30 October 2012
Ibu Ayah
Kita menyembah hanya kepada Allah,dia lah tuhan yang satu, tiada sesuatu pun yang layak untuk disekutukan dengan Allah, Subhanallah!
Kita patuh kepada Allah dan RosulNya...
Selepas itu, patuh kepada ibu bapa...
Setinggi mana pengorbanan kita kepada ibu bapa, tidak dapat kita membalas setitis susu ibu yang disuapkan kepada kita ketika kita kecil.
Berlemah lembutlah bila bersuara dengan ibu bapa, jagalah hati ibu bapa.
Bila dewasa ini,suara saya yang paling lemah lembut adalalah ketika saya bercakap-cakap dengan ibu saya.
Besarkah nilai menunaikan kebajikan ibu bapa, jika selepas itu kata-kata kita dapat menguriskan hatinya.
Selepas bertanggungjawap kepada kebajikan kepada ibu bapa, maka, jagalah hatinya selepas itu.
'Ibu' kita adalah yang melahirkan kita sahaja....
Isteri Nabi adalah memegang gelaran 'ibu', isteri Nabi bukanlah ibu yang melahirkan kita, tetapi gelaran itu diberi oleh Allah S.W.T.
Sesiapa sahaja yang melahirkan anak adalah ibu...
yang mendapat gelaran ibu di sisi Allah S.W.T adalah isteri-isteri Nabi salallah alaihi wasalam
.....................................................................................................
Ada orang lelaki menuntut ilmu agama sebaik mungkin, menjaga maruah diri, bila hendak berkahwin, ingin memilih pasangan yang baik-baik dan bermaruah, zaman hari ini, nak cari wanita yang bermaruah serta menutup aurat agak susah, kalau ada pun beberapa kerap daripada kalangan anak-anak gadis pak tabligh atau ustaz pondok.
Contohnya,Selepas itu dia dapat berkahwin dengan anak orang tabligh, baik dan berpurdah, kerana itu adalah ciri-ciri wanita yang diingininya, selepas dapat anak orang, lain pulak yang terjadi, pandangan dia dan pak mertua tak secocok, dia selalu pertikai apa yang dibuat oleh mertua dan jemaahnya.
Kerana dia tidak menghormati pandangan mertuanya....
Maka adillah sampai satu masa dan ketika,dia mendapat menantu yang terbaik yang tidak menghormati pandangannya......
....................................................................................................
Wednesday, 24 October 2012
Sabar....
Point dari Quran...
(1) Allah beserta orang-orang sabar....
(2) Mereka sabar masuk mereka...
Kita mesti bersabar dengan setiap ujian Allah, setiap ujian Allah ada hikmahnya,dalam kehidupan hendaklah dihiasi dengan kesabaran yang disuruh dan ditetapkan oleh Allah S.W.T
Kita tidak disuruh menjadi seorang pengecut, bukankah kita tahu bahawa... mata dibalas dengan mata, gigi dibalas dengan gigi, setiap kisas ada kisasnya, kita tidak boleh menjadi pengecut dengan alasan berpura-pura bersabar atau cinta kepada dunia.
Kita bersabar mengikut apa yang disuruh oleh Allah S.W.T supaya bersabar,
kita membalas(kisas) mengikut apa yang dibenarkan oleh Allah tentang kisasnya(balasannya).
Ketika Nabi Isa salallah alaihi wasalam berdakwah kepada bani Israel, jawap bani israel, kami beriman hanya kepada Allah, ini adalah alasan yang sombong.
Sedangkan yang dibawa oleh Nabi Isa itulah jalan menuju kepada keredhaan Allah,
mereka sebenarnya menentang jalan Allah dan menurut jalan-jalan syaitan.
Sabar kerana Allah... Insya-Allah akan bersama Allah!!
Jika sabar menentang Allah dan RosulNya... Sabar masuk neraka!!
Contohnya,
Apabila kita mampu membalas(kisas) kepada golongan yang lebih lemah daripada kita,tetapi kita memaafkannya, ini adalah kesabaran.
Tetapi kalau niat kita benar-benar hendak melakukan kisas(pembalasan), tetapi kita tidak melakukannya kerana disebabkan oleh kerana orang itu lebih kuat daripada kita, ini bersabar kerana takut kepada manusia, bukan bersabar kerana Allah.
Apa-apa pun, saling memaafkan orang lain dan tidak memutuskan hubungan sesama muslim adalah terbaik!!
Thursday, 4 October 2012
Fobia
Ada orang fobia terhadap Ayat-Ayat Al-Quran,
Ada orang fobia terhadap Hadis dan Sunnah,
1. Orang-orang yang Fobia terhadap Ayat-Ayat Al-Quran
- Bekas pengikut ajaran anti-hadis. Kerana mereka pernah ditipu dengan sengaja atau tidak sengaja dan takut ditipu lagi.
- Orang-orang yang menganggap semua Ayat Al-Quran sukar difahami.
- Orang-orang yang menganggap dengan "mengaku" menjadi Sunnah Wal Jamaah sahaja boleh masuk syurga,secara tidak langsung mereka cenderung untuk mengabaikan makna al-Quran.
Sedangkan kalau mahu menjadi sunnah wal jemaah yang sebenar hendaklah membaca makna Al-Quran.
2. Orang-orang yang fobia terhadap Hadis dan Sunnah
- Orang-orang yang berjaya dipengaruhi oleh anasir dari barat supaya percaya kepada Al-Quran sahaja,tidak perlu mengikut Hadis dan Sunnah.
- Orang-orang yang mendapati bahawa banyak hadis dan sunnah telah dipalsukan, jadi, mereka takut untuk mengambil Hadis dan Sunnah.
3 point ada dalam ingatan saya melaui pembacaan makna Al-Quran...
1. Tidak beriman kepada Rosulullah jika tidak mengambil keputusan yang dibuat olehnya....
2. Sesungguhnya pada rosul Allah itu contoh tauladan yang baik...
3. Jangan mengambil sesuatu sebelum ditentukannya sahih....
Rinkasannya.... Kita hendaklah membaca seluruh makna Al-Quran...dan memahami seluruh Ayat-Ayat munkamat dan biarkan Ayat-Ayat mutashabihat kerana Allah sahaja yang tahu.
Kalau kita tidak membaca Al-Quran dan maknanya... kita akan mudah dipengaruhi oleh sesiapa,
Kita harus belajar, tetapi jangan sampai disesatkan oleh mana-mana guru yang menfatwa sesuatu mengikut kemahuannya.
Kalau kita tidak membaca Al-Quran dan maknanya seperti membaca buku yang kita minat.
Jika berguru dengan Salafi... akan jadi salafi
Jika berguru dengan Syiah.. akan jadi syiah
Jika berguru dengan Wahabbi... akan jadi Wahabi.
Jika berguru dengan Anti-Hadis... akan jadi anti-Hadis
Jika berguru dengan tarikat... akan jadi tarikat.
Bila kita sendiri membaca Al-Quran dan maknanya... barulah kita yakin tentang islam,
Tidak salah berguru dengan mana-mana guru selagi dia mengajarkan islam dan mengaku islam,
Asalkan kita dapat menapis ilmu yang disampaikannya....
Supaya kita dapat membezakan mana yang betul dan mana yang tersalah.
Banyak ilmu yang dipelajari, belum tentu ilmu yang kita anggap ilmu itu adalah ilmu di sisi Allah S.W.T
Ilmu yang sebenar adalah "kesahihan"....
Kesahihan menentukan kebenaran.
Islam itu mudah tetapi manusia sedaya upaya menyusahkannya.
Kalau Mengaku Umat Nabi
Kalau mengaku sebagai umat Nabi, orang muslim hendaklah menjaga diri daripada berzina,
kerana disebut dalam quran perbuatan itu tidak akan dilakukan oleh Nabi yakni tidak patut.
Ada di kalangan kita tidak mahu berzina... tetapi kadangkala menghampiri zina, ...pertama,kerana terlupa, ...kedua, kerana tanpa sedari kita yakin bahawa iman kita tebal.
Sebenarnya, Allah melarang berzina dan juga Allah melarang menghampiri zina... kedua-dua sekali Allah larang.
Bukan kami menulis bab zina supaya orang-orang yang pernah berzina berputus asa kepada Allah, tetapi supaya sesiapa jangan berzina....
-orang yang tidak pernah melakukan zina, so ,jangan berzina!
-orang yang pernah berzina, so, jangan diulang perbuatan zina itu dan bertaubat nasuha!
"Diketahui bahawa anda tidak dapat mengundurkan masa,
walaupun anda tidak dapat mengundurkan masa,
katakanlah,"jika aku dapat mengundurkan masa,aku tidak akan melakukannya..."
Monday, 1 October 2012
Rosul dan Nabi
Di sini, Saya nak berkongsi makna Rosul dan Nabi berdasarkan ayat-ayat Al-Quran.
Rosul-Rosul (Rosul Allah)
- Rosulullah adalah utusan Allah melalui perantaraan malaikat (jibril) atau Allah sendiri berkata-kata dengannya, "sebelum" diwahyukan Kitab Allah kepadanya.
Contohnya, Nabi kita ,Allah utuskan malaikat kepadanya, sedangkan Nabi Musa, Allah berkata-kata dengannya.
berdasarkan quran kita dapat tahu bahawa, "setiap rosul yang diutus diwahyukan kitab"....
Nabi-Nabi
- Nabi adalah hamba Allah yang diturunkan Kitab Allah kepadanya... contohnya, Allah utuskan Musa menjadi Rosul.. setelah Allah turunkan kitab Taurat kepada Musa, maka Musa sudah berpangkat Nabi, Musa merasakan tidak mampu untuk berdakwah seorang diri dengan alasan ada masalah pertuturan, maka Musa berdoa kepada Allah supaya Harun bersamanya, Allah terima doa Nabi Musa dan diturunkan kitab Taurat kepada Musa dan Harun.
Maka, Musa dan Harun menjadi Nabi.
Musa adalah "Rosul" dan juga "Nabi"..
Harun adalah "Nabi"...
Musa dan Harun bersaudara.
Dalam Quran, kalau kita perhatikan kisah-kisah Rosul, sebelum diutuskan menjadi Rosul, sebelum diwahyukan kitab Allah kepadanya, Allah berikan Hikmah kepadanya...
Kitab-Kitab Allah
Taurat... tiada siapa yang mampu mencipta buku setanding Taurat, melainkan Allah mewahyukan Injil selepas itu untuk membenarkannya.
Injil... Tiada siapa yang mampu menciptakan yang setanding dengannya, melainkan Allah mewahyukan Quran untuk membenarkannya.
Kumpullah seluruh manusia dan jin untuk ciptakan setanding Quran, tiada siapa yang mampu menciptakannya, yakinlah, bahawa Kalam Allah tidak boleh ditandingi oleh sesiapa apabila Allah turunkan kepada HambaNya....
Maha Suci yang menurunkan Furqan kepada hambaNya, supaya dia memberi peringatan kepada seluruh alam.
Ayat 1 : Surah Al-Furqan
Monday, 24 September 2012
Sejarah Orang-Orang Yang Disucikan
Laki-laki berzina tiada berkahwin melainkan dengan perempuan berzina pula atau perempuan musyrik. Perempuan berzina tiada berkahwin melainkan dengan laki-laki berzina pula atau laki-laki musyrik.
Yang demikian itu di haramkan atas orang-orang beriman.
Ayat 3: An-Nur
Hai Nabi! sesungguhnya telah kami halalkan bagi engkau isteri-isteri engkau yang telah engkau berikan maskawinnya dan perempuan yang engkau miliki di antara tawanan perang yang diberikan Allah kepada engkau dan anak perempuan dari saudara bapa yang laki-laki, anak perempuan dari saudara bapa yang perempuan, anak perempuan dari saudara ibu yang laki-laki,anak perempuan dari saudara ibu yang perempuan yang pergi hijrah bersama engkau dan perempuan mukmin jika ia memberikan dirinya kepada Nabi, sedang Nabi mau mengahwininya. Khusus untuk engkau sahaja,bukan untuk orang-orang mukmin. Sesungguhnya kami tahu apa yang telah kami perlukan untuk mereka(Nabi-nabi) terhadap isteri-isterinya dan hamba-hamba sahaya yang dimilikinya,supaya engkau tiada merasa kesempitan. Allah pengampun lagi penyayang.
Ayat 50: Al-Ahzab
1. Allah haramkan ke atas orang beriman untuk berkahwin dengan orang yang berzina...
Orang berzina hendaklah berkahwin dengan orang yang berzina juga.
2. Tetapi....Jika Allah utuskan Rosul, setiap rosul yang diutus diwahyukan kitab kepadanya...
"bila" diwahyukan kitab kepadanya, menjadi Nabi! (sebelum itu,Ketika usia remaja sebelum diutus menjadi Rosul, Allah berikan hikmah dan bijaksana kepadanya)
Bila diutuskan, Jika orang-orang mukmin beriman kepada Allah dan RosulNya, ketika itu ia seperti baru dilahirkan semula, suci dari segala dosa....."Maka, Boleh berkahwin dengan nabi, jika cukup syarat seperti di dalam ayat 50 surah Al-ahzab itu.
(Sejarah tentang Nabi kahwin ramai)
Kalau kita baca Quran, Allah takdirkan bukan semua isteri Nabi-Nabi terdahulu baik dan patuh, ada yang derhaka dan masuk neraka. Kalau lah mereka patuh, alangkah baiknya, dalam Quran,bukankah isteri nabi itu ibu orang mukmin? Ya. ibu seluruh orang mukmin.
3. So, dari cerita diatas,di akhir zaman ini,Sesiapa yang pernah melakukan zina, jangan berputus asa dari bertaubat nasuha kepada Allah S.W.T.
Jika tiada Taubat Nasuha diatas perbuatan berzina, bagaimana hendak mendapat petunjuk dalam agama.
Sunday, 9 September 2012
Response
-Orang baik, ada tanda pada hidung,kerana beriman kepada Muhammad,kerana kesan/bekas bergesel dengan lantai ketika sujud. (dahi dan hidung adalah di muka/wajah)
-Orang jahat, ada tanda pada hidung kerana tidak beriman pada hari akhirat.
" Tipu daya Allah amat kukuh....
Kepada siapa?
...kepada orang-orang yang tidak percaya akan Ayat-Ayat Allah."
Bagaimana tu?
...dalam sesuatu yang merupakan perjanjian!
Sunday, 2 September 2012
Correct!
Dalam Al-Quran tiada percanggahan isi kandungan,dengan kata lain,tiada ayat Al-quran yang menolak ayat quran yang lain. Tetapi disebabkan oleh tafsiran manusia secara "sambil lewa", secara tidak terperinci, menyebabkan ramai yang tersalah faham tafsirannya. sebagai contoh:
Dalam Quran, jika ayat quran itu menggunakan perkataan "Nabi", bermakna ia dituju kepada semua Nabi s.a.s.
Jika ayat Quran itu mengunakan perkataan "Rosul", bermakna ia dituju kepada semua para rosul s.a.s.
Jika ayat quran itu menggunakan perkataan "engkau" atau seumpamanya, ia dituju khas kepada baginda salallah alaihi wa salam.
Sebagai contoh,
"Yatim piatu", dituju khas kepada baginda salallah alaihi wa salam dan bukan semua nabi yatim piatu. Dalam ayat ini menggunakan perkataan "engkau".
"Ada tanda di atas bahu," dituju khas kepada baginda dan bukan kepada semua nabi s.a.s, kerana ayat ini mengunakan perkataan engkau.
Diriwayatkan oleh Abdul al-Hakim daripada Wah-hab bin Munabbih, berkata: "Allah tidak membangkitkan seseorang nabi melainkan terdapat tanda kenabian di tangan kanannya. Kecuali Nabi kita salallah alaihi wa salam, tanda kenabiannya "terletak di antara dua bahunya."
Thursday, 9 August 2012
Bangsa yang berkomunikasi dengan Quran selepas Arab?
Bangsa Arab yang berkomunikasi dengan Quran, selepas bangsa arab adalah bangsa Melayu yang kedua terbesar (bermula dari indonesia,malaysia,brunei,singapura,filipina hinggalah ke selatan thailand) yang berkomunikasi dengan Al-Quran,sebagai orang muslim dan beragama islam.
Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang Rosul dari bangsamu, yang amat berat baginya kesusahan kamu, serta harap akan keimananmu, lagi sangat kasihan dan penyayang kepada orang-orang yang beriman
Ayat 128: At-Taubah
Thursday, 2 August 2012
Who is coming with Cloud?
Perkataan Muhammad... Bila dieja jadi, = Min..Ha..Min..Da.
M(Muhmmad) , H(harun), D(Daud).
Dalam Islam ada dua Muhammad,dua Harun, dan dua Daud.
1. Dalam Quran ada dua Harun, (1)Harun saudara Mariam dan (2) Harun Saudara Nabi Musa.
2. Dalam Quran ada dua Daud, (1) Daud sebelum Nabi Musa dan (2) Daud selepas Nabi Musa.
(1)Daud sebelum Nabi Musa, Allah wahyukan kepadanya kitab Zabur (2) dan Daud selepas nabi Musa yang berjaya membunuh Jalut.
Nabi salallah alaihi wasalam, yang hidup lebih kurang 1430 tahun dulu, mengikut susunan atau turutan atau sanad/tanga ,dalam Quran disebut sebagai "Ahmad"dan dipanggil oleh "umatnya termasuk kita" sebagai Muhammad.
3. Dalam Quran, Muhammad disebut sebanyak 4 kali, dan Khatam Nabiyin.
Apakah maksud Khatam Nabiyin? Saya tidak bersetuju, maksud "Khatam Nabiyim",
adalah "Tidak ada lagi Nabi" selepas ini.
Kerana makna itu bercanggah dengan ayat Quran yang lain,di sebut dalam Quran,dalam turutan atau susunan bahawa selepas Nabi "isa" ada "Nabi-nabi" lain.
Dan tidak diberitahu bahawa selepas Nabi isa ,hanya seorang nabi.
Sesetengah orang ada tanda sujud di dahi, tanda sujud di dahi boleh hilang dalam masa lebih kurang 2 bulan atau kurang 2 bulan, Insya-Allah.
Saya selalu perhatikan, jika bertemu dengan orang yang ada tanda sujud di dahi, jika dia menentang,
Insya-Allah, dalam masa lebih kurang 2 bulan atau kurang 2 bulan, Insya-Allah, sempat hilang tanda di dahinya atau semakin menghilang walaupun tidak sempat hilang sepenuhnya.
mereka berkata; kalau sekiranya kami dahulu mendengar atau memikirkan, niscaya kami tiada termasuk penghuni neraka.
Ayat 10: Surah Al-Mulk.
Saturday, 30 June 2012
SB : Surah Baqarah
Surah Baqarah!
1. Baqarah adalah lembu betina dan bukannnya orang yang diibaratkan sebagai lembu betina.
Ketika berkata Musa kepada kaumnya: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyembelih lembu betina. Jawap mereka itu: Adakah kau memperolok-olokkan kami?Berkata Musa: aku berlindung pada Allah,bahawa aku termasuk orang-orang jahil. (2:67)
2. Dalam quran ini,kita dapat jumpa tujuan kenapa Allah S.W.T menyuruh Nabi Musa s.a.s menyembelih lembu betina itu, kerana ekor lembu betina itu akan digunakan untuk memukul orang yang sudah mati, sebagai salah satu mukjizat Nabi Musa s.a.s.
Lalu Kami berkata: Pukullah orang mati itu dengan sebahagian anggota ekor lembu betina itu. Demikianlah Allah menghidupkan orang-orang mati dan memperlihatkan kepada mu ayat-ayat Nya, mudah-mudahan kamu memikirkannya. (2:73)
3. Dan bukanlah Allah menyuruh Nabi Musa s.a.s membunuh manusia tanpa sebab, jika kamu mengesyaki sesiapa adalah Baqarah yang dimaksudkan dan membunuh manusia itu tanpa sebab, sebenarnya pembunuh itu adalah yang diumpamakan sebagai Baqarah dan akan dijejaki sampai ke lubang cacing.
Ketika kamu membunuh seseorang,lalu kamu berbantah-bantah tentang siapa yang membunuhnya, sedang Allah melahirkan apa-apa yang kamu sembunyikan. (2:72)
Sunday, 17 June 2012
Musa,Isa Dan Nabi-Nabi Dari Tuhan Mereka
Ketika Allah berkata: ya Isa sesungguhnya aku mewafatkan engkau dan meninggikan engkau kepadaKu dan menyucikan engkau dari orang-orang kafir dan menjadikan orang-orang yang mengikut engkau di atas mereka yang kafir, sampai hari kiamat. Kemudian tempat kembali kamu kepadaKu, lalu aku hukum antara kamu tentang apa-apa yang kamu perselisihkan.
Allah telah tetapkan bahawa umat Nabi Isa akan mengatasi orang-orang kafir sampai kiamat,tetapi mereka tidak boleh mengatasi orang-orang yang beriman.
Hari ini kebanyakkan orang-orang islam sudah terpesong jauh dari ajaran agama islam yang sebenar,mereka di datangi oleh orang-orang kafir ibarat burung datang kepada bangkai,membunuh sesuka hati, ibarat buih-buih di lautan,banyak bilangan tapi lemah mempertahankan agama sendiri kerana telah dijangkiti penyakit Al-wahan, cinta kepada dunia dan takut kepada mati.
Zaman dulu, satu demi satu negara islam ditubuhkan, sehingga hari ini berapa banyak negara islam ada di dunia. Hasil daripada dakwah dan jihad umat yang awal,mereka mendapat kemenangan kerana mereka beriman kepada Allah dan Rosulullah S.A.S, mereka tidak takut kepada sesiapa dan mengharapkan sepenuhnya kepada Allah. Mereka memahami Al-Quran dengan bersungguh-sunguh, mereka memahami cara nabi dengan shahih.
(1) Hari ini, ada orang mengikut cara nabi,tetapi pada masa yang sama terbalik dengan Al-Quran, secara tidak langsung usaha mereka termasuk dalam kategori berusaha "melemahkan" Allah.
(2) Hari ini, ada orang mengikut Al-Quran, tetapi pada masa yang sama menolak Hadis dan Sunnah, kerana mereka beriman kepada ayat-ayat "Mutasyabihat" dan menolak ayat-ayat "Munkahmat". Mereka beriman kepada ayat-ayat "Mutasyabihat" untuk menolak Hadis dan Sunnah.
Seharusnya orang islam, berpegang teguh pada Al-Quran dan mengikut cara Rosulullah S.A.S.
Zaman hari ini,satu demi satu negara islam tumbang, sehingga hari ini berapa banyak negara Islam tumbang, tumbungnya negara islam bersama-sama Iman-iman mereka.
"Tercabut iman-iman di dada mereka, ibarat pokok yang sudah mati akarnya,menanti masa untuk dipukul ribut putih."
Katakanlah: Kami beriman kepada Allah dan apa-apa yang diturunkan kepada kepada Ibrahim, Ismail,Ishaq,Yaaqub dan anak-anaknya dan apa-apa yang diberikan kepada Musa,Isa dan Nabi-Nabi dari tuhan mereka; tidaklah kami membezakan seorang juga diantara mereka itu dan kami tunduk kepada Allah.
(Ayat 84: Surah Ali Imran)
Allah telah tetapkan bahawa umat Nabi Isa akan mengatasi orang-orang kafir sampai kiamat,tetapi mereka tidak boleh mengatasi orang-orang yang beriman.
Hari ini kebanyakkan orang-orang islam sudah terpesong jauh dari ajaran agama islam yang sebenar,mereka di datangi oleh orang-orang kafir ibarat burung datang kepada bangkai,membunuh sesuka hati, ibarat buih-buih di lautan,banyak bilangan tapi lemah mempertahankan agama sendiri kerana telah dijangkiti penyakit Al-wahan, cinta kepada dunia dan takut kepada mati.
Zaman dulu, satu demi satu negara islam ditubuhkan, sehingga hari ini berapa banyak negara islam ada di dunia. Hasil daripada dakwah dan jihad umat yang awal,mereka mendapat kemenangan kerana mereka beriman kepada Allah dan Rosulullah S.A.S, mereka tidak takut kepada sesiapa dan mengharapkan sepenuhnya kepada Allah. Mereka memahami Al-Quran dengan bersungguh-sunguh, mereka memahami cara nabi dengan shahih.
(1) Hari ini, ada orang mengikut cara nabi,tetapi pada masa yang sama terbalik dengan Al-Quran, secara tidak langsung usaha mereka termasuk dalam kategori berusaha "melemahkan" Allah.
(2) Hari ini, ada orang mengikut Al-Quran, tetapi pada masa yang sama menolak Hadis dan Sunnah, kerana mereka beriman kepada ayat-ayat "Mutasyabihat" dan menolak ayat-ayat "Munkahmat". Mereka beriman kepada ayat-ayat "Mutasyabihat" untuk menolak Hadis dan Sunnah.
Seharusnya orang islam, berpegang teguh pada Al-Quran dan mengikut cara Rosulullah S.A.S.
Zaman hari ini,satu demi satu negara islam tumbang, sehingga hari ini berapa banyak negara Islam tumbang, tumbungnya negara islam bersama-sama Iman-iman mereka.
"Tercabut iman-iman di dada mereka, ibarat pokok yang sudah mati akarnya,menanti masa untuk dipukul ribut putih."
Katakanlah: Kami beriman kepada Allah dan apa-apa yang diturunkan kepada kepada Ibrahim, Ismail,Ishaq,Yaaqub dan anak-anaknya dan apa-apa yang diberikan kepada Musa,Isa dan Nabi-Nabi dari tuhan mereka; tidaklah kami membezakan seorang juga diantara mereka itu dan kami tunduk kepada Allah.
(Ayat 84: Surah Ali Imran)
Sunday, 3 June 2012
Dan Dia menurunkan Furqan.
Dia menurunkan Kitab kepada engkau dengan sebenarnya serta membenarkan yang sebelumnya dan Dia menurunkan Taurat dan injil, sebelum Quran,jadi petunjuk bagi manusia dan Dia menurunkan Furqan.
Sesungguhnya orang-orang kafir kepada ayat-ayat Allah, untuk mereka itu siksa yang keras dan Allah Maha perkasa,lagi mempunyai siksaan.
2-3: Surah Ali Imran (Keluarga Imran)(Imran adalah bapa kepada Mariam)
Sunday, 27 May 2012
Caliph is Coming with Cloud and Rain
Sesungguhnya Allah tiada malu menjadikan nyamuk, untuk jadi
perumpamaan atau benda yang lebih hina dari padanya. Adapun orang-orang yang
beriman mengetahui, bahawa yang demikian itu suatu kebenaran dari pada
tuhannya, tetapi orang-orang yang kafir berkata, apakah maksud Allah dengan
perumpamaan ini? disesatkan oleh Allah dengan perumpamaan itu kebanyakan orang
dan ditunjukiNya kebanyakan orang yang lain, tetapi Allah tidak meyesatkan
dengan dia, kecuali orang-orang yang fasik,orang-orang yang melanggar janji
Allah setelah teguhnya dan mereka itu memutuskan yang disuruh Allah
memperhubungkannya, lagi mereka membuat bencana di muka bumi. Mereka itulah
orang -orang merugi.
Ayat 26-27: Surah Baqarah.
Kelu-kelu untuk mengelak salah tafsir orang-orang dari
kalangan kita:
1. Bukan jahat umpama nyamuk,bukan melakukan dosa umpama
nyamuk dan sebagainya yang berkaitan
dengan dosa besar... Tapi hina umpama nyamuk.
2. Jika kamu beriman,kamu akan kata,"Ya,betul,ini
kebenaran dari Allah". Jika kamu disesatkan oleh Allah, mungkin kamu akan
berkata"Entahlah, apa makna perumpamaan ini"?
3. Allah yang memberi petunjuk kepada sesiapa yang
dikehendaki dan Allah juga yang tidak memberi petunjuk kepada sesiapa yang
layak tidak mendapat petunjuk. Jika Allah tidak memberi petunjuk, maka Allah
telah menyesatkan orang itu terhadap (mengenal) dia kerana sebab-sebab dinyatakan itu.
4. Mungkin maksud sebenar disebalik perumpamaan itu memalukan
dan melucukan... tetapi Allah tidak malu untuk membandingkan khalifah
pilihanNya dengan Nyamuk.
Ketika tuhanMu berfirman kepada malaikat: Sesunguhnya Aku
akan menjadikan seorang khalifah diatas bumi. Maka Jawap mereka itu: Adakah
patut Engkau jadikan diatas bumi orang yang akan berbuat bencana dan
menumpahkan darah, sedang kami tasbih memuji Engkau dan menyucikan Engkau? Allah
berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui apa-apa yang tiada kamu ketahui.
Ayat 30: surah Baqarah
Ketika pertama kali saya menghadiri satu pengumpulan jemaah
manusia yang menyeru kepada melakukan kerja dakwah Nabi Salallah Alahi wa Salam
(S.A.S) di Kuala Lumpur, saya terbaca tulisan di atas baju seorang
pelajar,dalam kiraan saya pelajar itu berumur belasan tahun.
Maksud tulisan itu lebih kurang bunyi begini "Tiada khalifah tanpa Tauhid dan Jihad",
Saya setuju dengan slogan itu
Al-Quran adalah panduan dari dulu sampai sekarang!
Kandungannya Muktamat dan tidak ada yang mengubah kalimat Allah kecuali gagal.
Subscribe to:
Posts (Atom)











